Tuesday 26 July 2011

Retreat Pemuda PAS Sarawak: Pemuda PAS Bersedia Tawan Parlimen di Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Ijtima’ Pemuda PAS Negeri Sarawak (IMPAK 2.0)  pada 23-24 Julai 2011. IMPAK 2.0 telah diadakan di Markaz PAS Sarawak di Kuching dengan kehadiran lebih 100 orang pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan. Antara kawasan yang hadir adalah Limbang, Miri, Sibuti, Bintulu, Sibu, Sarikie, Lubok Antu, Sri Aman, Samarahan, Batang Lupar, Batang Sadong dan Petrajaya.


(Gambar: Ketua Pemuda Sarawak menyerahkan kek lapis Sarawak dengan tulisan PAS di atasnya kepada Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia)
IMPAK 2.0 pada kali ini amat bermakna bagi pemfokusan gerak-kerja pemuda PAS Sarawak terutama selepas Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas dan persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Segala kelemahan dalam pilihanraya negeri yang lepas telah dikenalpasti dan telah dicari cara penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka sekitar hujung tahun ini atau awal tahun hadapan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 2 kerusi Parlimen dengan penyusunan gerak-kerja jentera sebelum dan semasa pilihanraya berlangsung. Selain itu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak akan terus diteguhkan dengan usaha daftar pemilih secara bersama.

IMPAK 2.0 telah dirasmikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia  dan penutup dirasmikan oleh Saudara Khairul Faizi, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia. Turut bersama-sama menjayakan IMPAK 2.0 kali ini adalah Dr Zuhdi Marzuki Pengarah Jabatan Strategi Pemuda PAS Malaysia dan Ir. Hj. Khairil Nizam, Bendahari Pemuda PAS Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More