Monday, 4 July 2011

Pemuda PAS Sarawak gesa segerakan Tabung Amanah Bumiputera (TAB)

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyambut baik reaksi positif daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri kepada cadangan menubuhkan Tabung Amanah Bumiputera (TAB) ketika Sidang DUN Sarawak yang lalu. TAB yang dicadangkan bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sarawak ini adalah satu langkah penting dalam memastikan pengagihan kekayaan negeri berlaku dengan lebih adil, merentas perbezaan kaum.

Berdasarkan statistik terkini, terdapat 55,975 buah keluarga miskin di Sarawak yang berdaftar dengan sistem e-Kasih dan 49% daripada jumlah ini pula dikategorikan sebagai golongan miskin tegar (hardcore poor). Daripada jumlah ini, lebih 80% adalah dari kalangan kaum Bumiputera dan hanya sekitar 2% - 4% dari kalangan kaum bukan Bumiputera. Perangkaan ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ini menunjukkan pola pengagihan ekonomi yang tidak seimbang di kalangan pelbagai kaum di Sarawak

Pemuda PAS Sarawak dalam konteks ini, ingin mencadangkan agar TAB digunakan sepenuhnya untuk membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan di kalangan anak-anak dari keluarga-keluarga miskin Bumiputera seperti yang dilaporkan di atas. Ini adalah kerana hanya melalui pendidikan yang baik, mobiliti sosial golongan ini dapat berlaku dengan berkesan. Bantuan ini tidak seharusnya ditumpukan kepada aspek penyediaan barangan keperluan sekolah semata-mata, malahan yang jauh lebih penting adalah dengan merangka program bersepadu seperti tuisyen komuniti khusus untuk mereka. Kami melihat potensi badan-badan sukarela, NGO-NGO, persatuan-persatuan masyarakat dan institusi-institusi agama seperti masjid dan surau dalam menjadi teraju utama (driver) menjayakan program-program seumpama ini melalui geran dan pembiayaan khas dari TAB. Penumpuan khusus juga harus diberikan agar pelajar-pelajar kurang berkemampuan ini dibantu untuk menguasai subjek-subjek teknikal dan kejuruteraan dengan harapan mereka akan menjadi nadi utama memajukan sektor industri di negeri ini khususnya di SCORE yang dikatakan bakal menawarkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2030.

Di samping itu, Pemuda PAS Sarawak juga ingin menyarankan agar sejumlah peruntukan yang sesuai dikhususkan sebagai tabungan masa depan untuk keluarga-keluarga miskin ini. Dana ini harus diletakkan atas nama peserta-peserta dan boleh digunakan untuk dilaburkan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang selamat agar mereka boleh menikmati dividen tahunan yang bersesuaian. Dana ini dicadangkan untuk ditadbir dan diurus secara profesional oleh mereka yang berkelayakan dan memiliki kecenderungan tinggi untuk membantu golongan miskin Bumiputera meningkatkan tahap ekonomi mereka. Wang tabungan ini pula hanya boleh dikeluarkan oleh peserta dalam amaun terhad selepas tempoh tertentu untuk keperluan-keperluan khas seperti pendidikan dan kesihatan. Dengan adanya tabungan khas ini, secara tidak langsung, kita akan dapat membantu golongan miskin Bumiputera ini untuk menabung, sesuatu yang mustahil dalam suasana terhimpit mereka itu. 

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga ingin menyatakan rasa tidak bersetuju kepada cadangan agar TAB digunakan sebagai wahana pemberian modal kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera sedia-ada mendapatkan pinjaman atau pembiayaan untuk memajukan lagi perusahaan mereka. Kami berpandangan, suatu instrumen lain boleh diwujudkan untuk tujuan tersebut dan bukan melalui TAB. Malahan, kami melihat dalam konteks sekarang, telah ada pelbagai badan-badan lain yang telah menawarkan peluang-peluang tersebut bagi mereka yang layak. Bagi Pemuda PAS Sarawak, TAB seharusnya digunakan secara khusus untuk membantu golongan miskin Bumiputera Sarawak  melalui peningkatan kecemerlangan pendidikan dan penabungan masa depan.

Pemuda PAS Sarawak amat berharap agar usaha meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum Bumiputera ini dapat dijayakan dengan penuh komitmen oleh pihak Kerajaan Negeri. Penubuhan TAB dirasakan tepat dan amat perlu disegerakan supaya pembangunan dan kemajuan negeri ini dapat dinikmati oleh semua secara adil dan saksama.

UNIT KAJIAN POLISI
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SARAWAK
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS Youth urges Bumiputra Trust Fund (BTF) to be expedited

Sarawak PAS Youth welcomes the positive response from the Sarawak Chief Minister, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud on the proposal to establish Bumiputra Trust Fund (BTF) as advocated during the recently concluded State Assembly seating. BTF which was put forward to narrow down the socio-economic gap between Bumiputras and non-Bumiputras in Sarawak should be seen as a pivotal step in ensuring a more equitable distribution of wealth amongst the people of various races in the state.

Based on the latest statistics from the e-Kasih system, Sarawak has 55,975 poor families with 49% of them registered as hardcore poor. From this figure, more than 80% of the poor and hardcore poor families are amongst the Bumiputras and approximately 2% - 4% are from the non-Bumiputras. These figures are in fact, disturbing as it clearly shows a serious trend of uneven and inequitable economic distribution across the Sarawak population. 

Sarawak PAS Youth in this context, would like to propose that BTF is fully used to help improving educational performance amongst Bumiputra students coming from the above poor families. We feel that, only through good education, social mobility amongst the poor could be effectively achieved. Assistance from BTF should not only revolve around giving the appropriate school bags, uniforms and the likes, but more importantly, we need to launch an integrated community tuitions specially-designed to cater for their needs and situation. We see huge potential amongst the existing voluntary organizations, NGOs, community groups and religious institutions including mosques and suraus to be the drivers of such programmes via grants and funding from BTF. Special focus must also be given to help these poor students to master technical and engineering subjects with the hope that these students will become the driving workforce in the State’s burgeoning industrial sector particularly in SCORE which has been lauded to be able to offer 1.5 million jobs by 2030.

Apart from this, Sarawak PAS Youth is of the opinion that, there should be a certain portion of fund from BTF to be specially allocated as savings for these poor Bumiputra families. This special fund shall be registered under their names and it can be invested in any economically-rewarding activities which are safe so that the participants can enjoy reasonable yearly dividends out of the investment. This fund shall be professionally managed by those who are qualified and passionate about bringing economic betterment to the Sarawak’s poorest. The savings can be allowed to be withdrawn by the participants at certain limited amount after certain maturity years for their special needs such as education and health. This initiative will effectively help the poor to start saving for the future and for the rainy days, something which is quite impossible under their current sorry state of affairs.

At the same time, Sarawak PAS Youth would like to express our disagreement to the proposal to use BTF as a platform to give financing facilities for existing Bumiputra entrepreneurs in expanding their businesses. We view that, it would be better for the State Government to launch a separate scheme for that purpose and not through BTF. In fact, we feel, there are already many instruments and schemes out there to serve the qualified Bumiputra entrepreneurs to finance their business expansion. For Sarawak PAS Youth, BTF should be specially utilized to bring Sarawak’s poorest Bumiputras out of poverty via educational excellence amongst their children and the chance to save for their future.

Sarawak PAS Youth highly hope that this gargantuan task to uplift the current socio-economic conditions of the Bumiputras will be successfully implemented by the State Government. The establishment of BTF for this purpose is timely and in fact, should be expedited in order that Sarawak’s development and progress is shared fairly and equitably by all Sarawakians.

POLICY RESEARCH UNIT
SARAWAK PAS YOUTH

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More