Tuesday, 5 July 2011

Tangkapan pertama BERSIH di Sarawak

Miri, 5 Julai - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak. Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.


Zulhaidah dihadapkan ke mahkamah pagi ini dan ditahan reman selama 3 hari sehingga Jumaat. Penyokong-penyokong Zulhaidah mula membanjiri mahkamah sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap exco AMK tersebut. 

PAS Sarawak melalui Ketua Penerangan, M Azwani Rani, Ketua Pemuda, M Arifiriazul dan exco-exco Dewan Pemuda Sarawak turut hadir ke Mahkamah Miri hari ini bagi menyatakan sokongan PAS terhadap Zulhaidah. 

M Azwani, yang ditemui wartawan sejurus selepas itu, menyatakan kekesalan PAS terhadap penahanan itu yang disifatkan sebagai mencemari semangat demokrasi dan perlembagaan Malaysia. Azwani juga menyatakan komitmen PAS Sarawak terhadap tuntutan BERSIH yang menuntut pilihanraya yang lebih bersih dan adil di samping akan mematuhi saranan dan pandangan Yang di-Pertuan Agong semalam terhadap tuntutan BERSIH.

IMG-20110705-00070.jpg
Azwani bersama Arifiriazul ditemuramah wartawan di luar mahkamah.
Turut bersama di Mahkamah pagi tadi ialah Dr Micheal Teo, Pengerusi PKR Cabang Miri dan ahli keluarga Zulhaidah. 

IMG-20110705-00066.jpg
Antara penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir 

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More