Selamat Datang

Blog Rasmi Pemuda PAS Sarawak

Anak Muda Memimpin Kebangkitan!

Ayuh anak muda Malaysia,kita buktikan!

Sunday 11 November 2012

Futsal Padang Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Kampung Batu Satu, Miri


Miri, 11/11/2012 - Dewan Pemuda PAS kawasan Miri telah Berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal padang bersama penduduk Kg Batu 1 yang telah disertai oleh 16 Pasukan dari sekitar Senadin, Tudan dan Pemyjaya. Pertandingan bermula pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo dengan mengambil tendangan sudut penalti sebagai simbolik upacara perasmian.

Di dalam ucapan perasmiannya, Mohammad Arifiriazul menyebut bahawa PAS Sarawak mengambil berat perkembangan golongan belia di Sarawak. Dalam dokumen 12 Tawaran Rakyat PAS Sarawak, PAS Sarawak meletakkan satu tawaran khas untuk golongan belia. Antara perkara yang PAS Sarawak tawarkan kepada golongan belia adalah Meningkatkan capaian internet Sarawak kepada 100% dalam masa 2 tahun. RM 50 juta khusus untuk pembangunan belia dan sukan di seluruh negeri dan insentif khas untuk membantu golongan muda mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban kos perkahwinan.

Pertandingan berakhir pada pukul 4.00 petang dan Pasukan Tsunami Tackle telah dinobatkan sebagai Juara bagi tahun 2012 apabila menewaskan pasukan Basicalloca pada perlawanan akhir dengan jaringan 6-2. Tempat ketiga jatuh kepada Pasukan War 8 yang memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menewaskan pasukan Formula 1. 


Penganjuran Futsal kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung yang bermain dengan penuh semangat kesukanan dan Dewan Pemuda PAS akan terus bersama dengan pemuda serta akan menganjurkan perlawanan yang lebih besar pada masa akan datang. 

Tuesday 30 October 2012

Laporan Ketua Audit Negara: Jambatan Ke Belukar, Rakyat Dinafikan Hak Pembangunan


Laporan Ketua Audit Negara: Jambatan Ke Belukar, Rakyat Dinafikan Hak Pembangunan

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan beberapa kelemahan ketara kerajaan negeri Sarawak di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, kami merasa kesal dan kecewa atas kelemahan-kelemahan yang seharusnya dapat dielakkan.

Antara kelemahan kerajaan negeri yang harus diambil perhatian serius ialah; kelewatan projek pembangunan kemudahan asas, kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek di bawah peruntukan yang disediakan, kelemahan ketara dalam bantuan kebajikan kepada rakyat miskin dan kelemahan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Saya mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Peruntukan khas RM1 billion gagal dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan baik, sedangkan peruntukan ini berbentuk ‘once off’ dan tiada projek sambungan dalam Rancangan Malaysia ke 10. Daripada 31 projek pembangunan yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, hanya 14 projek yang telah dijalankan (45.2%) setakat 31 Disember 2010, manakala 17 lagi projek gagal disiapkan. Hanya RM271.07 juta dibelanjakan, (46.3%) oleh kerajaan negeri. Ini bermaksud, rakyat Sarawak terlepas peluang menikmati pembangunan bernilai RM314.39 juta. Nilai pembangunan ini tidak lagi dapat diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Rakyat Sarawak dinafikan hak pembangunan disebabkan kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan projek pembangunan di negeri ini. Harus dinyatakan di sini, kebanyakan projek di bawah peruntukan khas ini ialah projek jalan raya dan jambatan, yang merupakan antara infrastruktur paling asas sebuah negeri membangun.

Saya juga kesal dengan pendedahan Jambatan Batang Strap, Seri Aman yang dibina ‘ke belukar’ tanpa jalan raya yang menyambungkannya. Ini suatu kelucuan dan pembaziran wang rakyat sebanyak RM20 juta. Dewan Pemuda PAS Sarawak menggesa kerajaan negeri untuk mengambil langkah serius dalam pengurusan projek pembangunan, dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga.

Saya juga ingin menyatakan kebimbangan dengan penemuan audit mengenai bantuan rakyat miskin. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai data yang lengkap mengenai jumlah sebenar rakyat miskin di negeri ini. Bantuan yang diberikan sejak 10 tahun dahulu tidak dikaji semula, walaupun peningkatan sara hidup yang ketara. Bantuan ini sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan negeri memandangkan masih ramai rakyat Sarawak yang hidup dalam kemiskinan terutama daripada golongan kurang upaya dan golongan emas. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, kami mencadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih proaktif, dengan mengumpul sebanyak mungkin data daripada NGO-NGO, sukarelawan dan parti-parti politik yang terlibat secara langsung dengan masalah rakyat. Dewan Pemuda PAS Sarawak sendiri, mempunyai banyak pengalaman membantu rakyat miskin di seluruh Sarawak dan kami tiada masalah untuk berkongsi maklumat dengan JKM.

Pengurusan Jabatan-jabatan kerajaan juga masih boleh dipertingkatkan. Paling mengejutkan, pendedahan mengenai Jabatan Muzium negeri yang masih kekurangan infrastrukur asas, hingga menyebabkan artifak-artifak berharga bakal musnah. Kelemahan-kelemahan asas lain seperti pengurusan kontrak, pengurusan projek dan kewangan Jabatan-jabatan kerajaan perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri. Ambillah contoh kerajaan negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Kelantan yang mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara atas kecekapan pengurusan mereka.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, saya menggesa langkah pembaikan yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan dan mengambil serius saranan Laporan Ketua Audit Negara ini.

English Version
Report of the Auditor General recently revealed some weaknesses in the state government under the rule of Barisan Nasional. On behalf of the Sarawak PAS Youth, we were disappointed on the weaknesses that should be avoided.

Among the weaknesses of the state government that should be taken seriously are; delays in development project , failure of the state government to utilize development budget and allocation, weaknesses in welfare assistance to the poor and administrative weakness state government departments.

I take the example of state failure to manage development projects under the 9th Malaysia Plan. Special allocation of RM1 billion was not utilized by the state government, while this provision is a  'once off' and no extension project in the 10th Malaysia Plan. Of the 31 development projects allocated under the 9th Malaysia Plan, only 14 projects have been carried out (45.2%) as of 31 December 2010, while another 17 was not completed. Only RM271.07 million spent, (46.3%) by the state government. This means that the people of Sarawak miss the opportunity to enjoy development worth RM314.39 million. The value of this development can no longer be continued under the 10th Malaysia Plan. The people of Sarawak denied the right for development due to the weakness of the state government in managing development projects. It must be mentioned here, most of the projects under this special provision is roads and bridges, which are the most basic infrastructures of a developing country.

I also regret the exposure of Batang Strap Bridge, Sri Aman, which was built ‘to connect the bush' without any roads connecting the bridge. This is a humor and waste of RM20 millions of public funds. Sarawak PAS Youth urged the state government to take serious steps in the management of development projects, and not take it lightly.

I also wish to express concerns with the audit findings on the assistance to the poor. Department of Social Welfare does not have complete data on the actual number of poor people in the state. The assistance provided since 10 years ago is not reviewed, although a significant increase in cost of living. This assistance should be the main focus of the state government of Sarawak as there are still many people living in poverty, especially among the disabled and the old people. On behalf of the Sarawak PAS Youth, we recommend that the Department of Social Welfare to be more proactive, and collect as much data from NGOs, volunteers and political parties who are directly involved with the problems of the people. Sarawak PAS Youth itself, has a lot of experience helping poor people throughout the state and we have no problem to share information with the department.

Management of government departments can be improved. The most shocking, the exposure of the state Department of Museums still lack basic infrastructure and led to valuable artifact destroyed. Fundamental weaknesses such as contract management, project management and finance management of departments should be taken seriously by the state government. Take the example of the Pakatan Rakyat state such as Selangor and Kelantan which won praise from the Auditor General on the efficiency of their management.

On behalf of the Sarawak PAS Youth, I urge remedial measures in earnest from the government and to take seriously the recommendations of the Auditor General's Report.

Mohammad Arifiriazul B Paijo
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak

BELANJAWAN 2013 TIDAK PEKA KEPERLUAN KHUSUS SARAWAK



KENYATAAN MEDIA RASMI

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SARWAK

Perdana Menteri Malaysia baru sahaja membentangkan Belanjawan Malaysia 2013 dengan tema Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Detepati. Pemuda PAS Sarawak melihat belanjawan yang telah

dibentangkan oleh Perdana Menteri ini sebabai belanjawan yang tidak Peka dengan keperluan mendesak rakyat Sarawak. dengan bajet keseluruhan sebanyak rm251.6 billion, sarawak hanya memperolehi:
  1. Peruntukan bagi membiayai 40,000 tong simpanan air dengan peruntukan sebanyak RM100 juta ke kawasan pedalaman Sarawak dilihat sebagai suatu usaha yang tidak holistik terhadap memenuhi keperluan rakyat Sarawak di pedalaman yang memerlukan bekalan air bersih terus ke rumah. Usaha ini seumpama melepaskan batuk ditangga dengan hanya memberikan suatu penyelesaian bersifat sementara tahun demi tahun. Peruntukan seumpama ini menunjukkan suatu petanda jelas bahawa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN masih buntu dalam memberi suatu penyelesaian konkrit bagi keperluan rakyat Sarawak di pedalaman.
  2. Sebagai contoh di kawasan Pulau Bruit di dalam parlimen Tanjung Manis. Pada tahun 1997 telah diumumkan untuk diadakan projek pimbanaan tali air bagi tujuan penyediaan sumber air kepada penduduk di kawasan tersebut. Namun sehingga ke tahun ini hanya tali air yang ada namun ia tidak mengalirkan air bagi menjadi sumber air kepada penduduk di kawasan tersebut.
  3. Di dalam Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri tiada suatu peruntukan khusus terhadap pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah walaupun umum sedia maklum bahawa Sarawak serta Sabah masih lagi memerlukan suntikan dana yang banyak bagi pembangunan infrastruktur asas terutama jaringan jalan raya. Berbeza dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat meletakkan khusus satu peruntukan khusus bagi pemulaan projek Lebuhraya Pan Borneo. Kami yakin bahawa dengan pembinaan satu lebuh yang yang baik di Sarawak dan Sabah bakal merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Sarawak. 
  4. Kami juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan persekutuan untuk membuat penilaian semula terhadap royalti minyak dan gas yang diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas. Royalti sebanyak 5% itu merupakan nilaian yang diambil kira pada tahun 1970an dan perlu ditambah paling minima 15% lagi menjadi 20% seperti mana yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Ini merupakan nilaian yang munasabah dengan mengambil kira sekarang negeri-negeri pengeluar minyak ini di antara negeri yang dikategorikan masih terkebelakang dari infrastruktur asas dan miskin. 
  5. Jelas, selama setahun akan datang Jika BN masih lagi memerintah, Sarawak masih lagi berada dalam keadaan sekarang malah mungkin lebih teruk kerana tiada suntikan dana untuk kemajuan fizikal dan sosial masyarakat disediakan. Rakyat perlu berfikir dengan membandingkan bajet PR dan BN yang mana satu memberi dan membantu rakyat secara berterusan dan yang mana pula memberi dan membantu secara “once-off”. 
  6. Secara kesimpulannya Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan pada kali ini masih lagi bernada yang sama dan tiada pembaharuan khusus melainkan dilihat sebagai belanjawan pilihanraya apabila banyak insentif "once off" seperti pemberian BR1M, bantuan kepada mereka yang bujang dan rebat RM200 terhadap pembelian talifon pintar. Sekali lagi kami tegaskan bahawa Sarawak dan Sabah masih lagi terpinggir di dalam belanjawan ini mungkin atas sebb BN melihat bahawa Sarawak dan Sabah masih lagi sebagai simpanan tetap BN.
Mohammad Arifiriazul,
Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak
arifiriazul@pas.org.my

ISLAM ASAS KERJASAMA PAS DENGAN NON-MUSLIM


KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS SARAWAK:
ISLAM ASAS KERJASAMA PAS DENGAN NON-MUSLIM

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berasa amat kesal dengan tuduhan tanpa asas Ahli Parlimen Santubong, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang jelas menunjukkan tahap berpolitik beliau yang kebudakan-budakan bagi seorang  yang juga memegang jawatan Timbalan Speaker Parlimen Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana Sarawak semalam. Dalam masa yang sama, kenyataan beliau itu juga menunjukkan tahap kefahaman Islam beliau yang rendah bagi seorang yang pemimpin masyarakat Muslim.

Untuk pengetahuan Tuan Timbalan Speaker, PAS tidak pernah berubah pendirian dalam perjuangannya menegakkan Islam dan ajarannya yang meletakkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 lagi. Asas kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam adalah didasarkan dalil-dalil jelas daripada Al-Qur’an dan perjalanan hidup Nabi Muhammad baik di Mekah mahupun Madinah. Kerjasama antara masyarakat Islam dan bukan Islam dalam pembinaan sebuah negara yang makmur dan adil jelas dapat dilihat melalui Perlembagaan Madinah yang ditandatangani dan dipersetujui oleh semua orang Islam, golongan musyrikin dan Yahudi di Madinah pada waktu tersebut.

Janganlah kita hanya sibuk menyambut Maulid Nabi tetapi dalam masa yang sama buta dengan kisah di mana pada zaman awal dakwah Nabi di Mekah, perjuangan Nabi dilindungi oleh beberapa pimpinan bukan Islam di sana. Kita juga perlu ingat bahawa ketika Nabi berhijrah ke Madinah, penunjuk jalan beliau dan Abu Bakar adalah seorang non-muslim . Kisah-kisah ini jelas menunjukkan keharusan bekerjasama dengan masyarakat non-muslim dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sebenarnya bukan PAS tetapi BNlah yang bersifat seperti ‘chameleon’ atau ‘sumpah-sumpah’ yang boleh bertukar-tukar warna dalam memancing undi rakyat. Di hadapan kaum Cina, BN menuduh DAP ditunggangi PAS, manakala di hadapan pengundi Melayu, BN memfitnah PAS ditunggangi DAP. Dalam suatu majlis, Perdana Menteri BN berceramah panjang tentang kesederhanaan tetapi dalam ketika yang lain lebih RM400,000 dibelanjakan untuk majlis pertunangan puteri beliau. Kerajaan BN diwar-warkan sebagai berkebajikan dengan inisiatif BR1M tetapi dalam masa yang sama menghadiahkan lebih RM 500 juta dalam bentuk pelupusan hutang kepada bekas Pengerusi Eksekutif MAS, Tan Sri Tajudin Ramli yang telah menggagalkan syarikat penerbangan negara itu.

Tuduhan Dr Wan Junaidi yang kononnya dahulu PAS memperjuangkan Negara Islam sehinggakan semua orang hendak diislamkan seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Borneo semalam juga bukti nyata penyelewengan fakta yang amat serius oleh seorang Timbalan Speaker Parlimen. Sekiranya fitnah Dr Wan Junaidi ini benar, tentu sekali tiada orang bukan Muslim di Kelantan yang telah diperintah dengan jayanya oleh PAS selama lebih 20 tahun. Hakikatnya, penduduk bukan Islam di Kelantan adalah kelompok pengundi tegar PAS yang berdiri teguh menyokong kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebenarnya, isu PAS herhasrat meletakkan calon pilihanraya dari kalangan non-muslim bukanlah sesuatu yang baru. Calon bukan Islam pertama yang diletakkan PAS ialah Saudari Kumutha Raman di Johor pada tahun 2008.  Dalam masa yang sama perlu dijelaskan bahawa Pesuruhjaya PAS Sarawak dalam kenyataan beliau pada minggu lepas sebenarnya menyebut PAS Sarawak akan meletakkan calon Iban dalam PRU13 akan datang. Sebagai rakyat Sarawak yang cintakan keharmonian seharusnya kita berasa pelik dengan kenyataan Dr  Wan Junaidi yang pada hakikatnya bersifat cauvinis seolah-olah Islam ini hanya milik orang Melayu. Adakah seorang Iban semestinya seorang bukan Muslim? Kita harus menerima hakikat bahawa Islam tidak mengenal ras dan kaum dan di Sarawak, telah pun ada kelompok masyarakat Cina, Iban, Bidayuh dan lain-lain yang telah memeluk Islam sejak sekian lama. Jelasnya, Islam bukan milik eksklusif orang Melayu,Kedayan ataupun Melanau.

DPPNS menyeru semua rakyat Sarawak agar tidak mudah termakan dengan dakyah politik BN yang rasis dan penuh dengan penyelewengan fakta. Mari kita sama-sama berganding bahu membawa perubahan kepada negara dan negeri ini dengan menolak kezaliman dan ketidakadilan BN. Bagi PAS, kami jelas dalam perjuangan kami bahawa, ‘the muslims are our brothers in faith and the non-muslims are our brothers in humanity’.
 
ISLAM IS THE BASIS OF PAS’ CO-OPERATION WITH THE NON-MUSLIMS

Sarawak PAS Youth is deeply intrigued with the baseless allegations made by the MP for Santubong, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar which clearly demonstrates his rather childish politics unbefitting of a Deputy Parliamentary Speaker as widely reported in the Sarawak media yesterday. At the same time, his statements, to our disappointment reveal a great deal of misunderstanding and confusion about Islam in the mind of this so-called Muslim leader.

In case the honourable Deputy Speaker may have slipped his mind, we would like to re-assure him that PAS has never changed or abandoned her original message of fighting for Islam and bringing justice to all regardless of race and faith ever since its formation in 1951. In fact, the very basis for PAS’ co-operation with the non-Muslims is deeply rooted in The Holy Qur’an and the extensive records of Prophet Muhammad’s colourful mission and struggle in both Mecca and Medina. The co-operation between Muslims and the non-Muslims in building a nation of prosperity and justice is clearly manifested in the famous Medina Constitution which has been ratified and agreed upon by all Muslims, polytheists and the Jews of Medina at that time.

Muslims must not be too engrossed in celebrating The Prophet’s Birthday (Maulid Nabi) but at the same time, are blind of the hard fact of the prophetic mission whereby it has been reported that during the early years of the propagation of Islam, The Prophet and the believers were actually protected by a few non-Muslims leaders in Mecca. We must also not forget of the fact that during Prophet Muhammad’s Great Migration (Hijrah) to Medina, his guide was actually a trustworthy non-Muslim. All of these great stories of co-operation between Muslims and non-Muslims are clear proof of the permissibility of such interaction, collaboration and mutual support with the aim to establish public good and justice for all.

As a matter of fact, it was not PAS but BN which is ‘chameleonic’ and can dynamically change colours just for the sake of garnering votes from the rakyat. It was not PAS but BN which in front of the Chinese voters, accuses DAP of being PAS’ slave whilst in front of the Muslim voters, happily accuses PAS to be DAP’s slave. In fact, it was a BN Prime Minister who gave a very long sermon on being moderate while weeks later spent more than RM400,000 for his daughter’s engagement ceremony. At one time, it was BN who claimed itself as the ultimate champion of the people via BR1M while at another occasion has waived more than RM 500 million in debt which is essentially the rakyat’s money to the notoriously corrupt Ex-MAS Executive Chairman, Tan Sri Tajuddin Ramli.

Dr Wan Junaidi’s false accusation about PAS used to be extremely passionate about establishing an Islamic State and wanting all non-Muslims to become Muslims is also another evidence of fact-twisting by the honourable Deputy Speaker. For a thinking mind, if this even holds any truth, logically, there should be zero non-Muslims in Kelantan after 20 glorious years of administering Kelantan. To the surprise of many, the actual fact is that, the non-Muslim community in Kelantan has become an ever-passionate PAS electorate in the state and staunch supporters of Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

In actuality, PAS’ intention to field non-Muslims as candidates in the elections is not new. PAS’ first non-Muslim candidate was Saudari Kumutha Raman in Johor during the last 2008 election. At the same time, it should be clarified here that Sarawak PAS Commissioner’s statement last week was actually about fielding an Iban candidate for the coming 13th General Election. As responsible Sarawakians who have been celebrating diversity all this while, we should be very concerned with such chauvinistic statement coming from an MP who as if declaring that Islam is only for the Malays. Is an Iban must be a non-Muslim, Mr Deputy Speaker? We have to accept the fact that Islam is race-blind and in Sarawak, the fact is that there have been many Muslim communities amongst the Chinese, Ibans, Bidayuhs and various other races who have accepted Islam for decades. Obviously, Islam is not an exclusive ownership of the Malays, the Kedayans or the Melanaus.

Sarawak PAS Youth would like to caution the peace-loving Sarawakians not to be deceived by BN’s unscrupulous propaganda which is based on racism and fact-twisting. Let us work hand in hand to bring change to Malaysia and Sarawak by denouncing BN’s injustice and hate-based politics. For PAS, we are very clear of our struggle which view the Muslims as our brothers in faith and the non-Muslims as our brothers in humanity.
 
Mohammad Arifiriazul B Paijo,
Ketua Pemuda PAS Sarawak

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More