Sunday 11 November 2012

Futsal Padang Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Kampung Batu Satu, Miri


Miri, 11/11/2012 - Dewan Pemuda PAS kawasan Miri telah Berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal padang bersama penduduk Kg Batu 1 yang telah disertai oleh 16 Pasukan dari sekitar Senadin, Tudan dan Pemyjaya. Pertandingan bermula pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo dengan mengambil tendangan sudut penalti sebagai simbolik upacara perasmian.

Di dalam ucapan perasmiannya, Mohammad Arifiriazul menyebut bahawa PAS Sarawak mengambil berat perkembangan golongan belia di Sarawak. Dalam dokumen 12 Tawaran Rakyat PAS Sarawak, PAS Sarawak meletakkan satu tawaran khas untuk golongan belia. Antara perkara yang PAS Sarawak tawarkan kepada golongan belia adalah Meningkatkan capaian internet Sarawak kepada 100% dalam masa 2 tahun. RM 50 juta khusus untuk pembangunan belia dan sukan di seluruh negeri dan insentif khas untuk membantu golongan muda mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban kos perkahwinan.

Pertandingan berakhir pada pukul 4.00 petang dan Pasukan Tsunami Tackle telah dinobatkan sebagai Juara bagi tahun 2012 apabila menewaskan pasukan Basicalloca pada perlawanan akhir dengan jaringan 6-2. Tempat ketiga jatuh kepada Pasukan War 8 yang memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menewaskan pasukan Formula 1. 


Penganjuran Futsal kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung yang bermain dengan penuh semangat kesukanan dan Dewan Pemuda PAS akan terus bersama dengan pemuda serta akan menganjurkan perlawanan yang lebih besar pada masa akan datang. 

1 comments:

pertandingan futsal 2014 juga dianjurkan oleh pihak PAS MIRI?

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More