Selamat Datang

Blog Rasmi Pemuda PAS Sarawak

Anak Muda Memimpin Kebangkitan!

Ayuh anak muda Malaysia,kita buktikan!

Sunday 11 November 2012

Futsal Padang Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Kampung Batu Satu, Miri


Miri, 11/11/2012 - Dewan Pemuda PAS kawasan Miri telah Berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal padang bersama penduduk Kg Batu 1 yang telah disertai oleh 16 Pasukan dari sekitar Senadin, Tudan dan Pemyjaya. Pertandingan bermula pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo dengan mengambil tendangan sudut penalti sebagai simbolik upacara perasmian.

Di dalam ucapan perasmiannya, Mohammad Arifiriazul menyebut bahawa PAS Sarawak mengambil berat perkembangan golongan belia di Sarawak. Dalam dokumen 12 Tawaran Rakyat PAS Sarawak, PAS Sarawak meletakkan satu tawaran khas untuk golongan belia. Antara perkara yang PAS Sarawak tawarkan kepada golongan belia adalah Meningkatkan capaian internet Sarawak kepada 100% dalam masa 2 tahun. RM 50 juta khusus untuk pembangunan belia dan sukan di seluruh negeri dan insentif khas untuk membantu golongan muda mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban kos perkahwinan.

Pertandingan berakhir pada pukul 4.00 petang dan Pasukan Tsunami Tackle telah dinobatkan sebagai Juara bagi tahun 2012 apabila menewaskan pasukan Basicalloca pada perlawanan akhir dengan jaringan 6-2. Tempat ketiga jatuh kepada Pasukan War 8 yang memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menewaskan pasukan Formula 1. 


Penganjuran Futsal kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung yang bermain dengan penuh semangat kesukanan dan Dewan Pemuda PAS akan terus bersama dengan pemuda serta akan menganjurkan perlawanan yang lebih besar pada masa akan datang. 

Tuesday 30 October 2012

Laporan Ketua Audit Negara: Jambatan Ke Belukar, Rakyat Dinafikan Hak Pembangunan


Laporan Ketua Audit Negara: Jambatan Ke Belukar, Rakyat Dinafikan Hak Pembangunan

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan beberapa kelemahan ketara kerajaan negeri Sarawak di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, kami merasa kesal dan kecewa atas kelemahan-kelemahan yang seharusnya dapat dielakkan.

Antara kelemahan kerajaan negeri yang harus diambil perhatian serius ialah; kelewatan projek pembangunan kemudahan asas, kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek di bawah peruntukan yang disediakan, kelemahan ketara dalam bantuan kebajikan kepada rakyat miskin dan kelemahan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Saya mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Peruntukan khas RM1 billion gagal dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan baik, sedangkan peruntukan ini berbentuk ‘once off’ dan tiada projek sambungan dalam Rancangan Malaysia ke 10. Daripada 31 projek pembangunan yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, hanya 14 projek yang telah dijalankan (45.2%) setakat 31 Disember 2010, manakala 17 lagi projek gagal disiapkan. Hanya RM271.07 juta dibelanjakan, (46.3%) oleh kerajaan negeri. Ini bermaksud, rakyat Sarawak terlepas peluang menikmati pembangunan bernilai RM314.39 juta. Nilai pembangunan ini tidak lagi dapat diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Rakyat Sarawak dinafikan hak pembangunan disebabkan kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan projek pembangunan di negeri ini. Harus dinyatakan di sini, kebanyakan projek di bawah peruntukan khas ini ialah projek jalan raya dan jambatan, yang merupakan antara infrastruktur paling asas sebuah negeri membangun.

Saya juga kesal dengan pendedahan Jambatan Batang Strap, Seri Aman yang dibina ‘ke belukar’ tanpa jalan raya yang menyambungkannya. Ini suatu kelucuan dan pembaziran wang rakyat sebanyak RM20 juta. Dewan Pemuda PAS Sarawak menggesa kerajaan negeri untuk mengambil langkah serius dalam pengurusan projek pembangunan, dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga.

Saya juga ingin menyatakan kebimbangan dengan penemuan audit mengenai bantuan rakyat miskin. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai data yang lengkap mengenai jumlah sebenar rakyat miskin di negeri ini. Bantuan yang diberikan sejak 10 tahun dahulu tidak dikaji semula, walaupun peningkatan sara hidup yang ketara. Bantuan ini sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan negeri memandangkan masih ramai rakyat Sarawak yang hidup dalam kemiskinan terutama daripada golongan kurang upaya dan golongan emas. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, kami mencadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih proaktif, dengan mengumpul sebanyak mungkin data daripada NGO-NGO, sukarelawan dan parti-parti politik yang terlibat secara langsung dengan masalah rakyat. Dewan Pemuda PAS Sarawak sendiri, mempunyai banyak pengalaman membantu rakyat miskin di seluruh Sarawak dan kami tiada masalah untuk berkongsi maklumat dengan JKM.

Pengurusan Jabatan-jabatan kerajaan juga masih boleh dipertingkatkan. Paling mengejutkan, pendedahan mengenai Jabatan Muzium negeri yang masih kekurangan infrastrukur asas, hingga menyebabkan artifak-artifak berharga bakal musnah. Kelemahan-kelemahan asas lain seperti pengurusan kontrak, pengurusan projek dan kewangan Jabatan-jabatan kerajaan perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri. Ambillah contoh kerajaan negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Kelantan yang mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara atas kecekapan pengurusan mereka.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, saya menggesa langkah pembaikan yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan dan mengambil serius saranan Laporan Ketua Audit Negara ini.

English Version
Report of the Auditor General recently revealed some weaknesses in the state government under the rule of Barisan Nasional. On behalf of the Sarawak PAS Youth, we were disappointed on the weaknesses that should be avoided.

Among the weaknesses of the state government that should be taken seriously are; delays in development project , failure of the state government to utilize development budget and allocation, weaknesses in welfare assistance to the poor and administrative weakness state government departments.

I take the example of state failure to manage development projects under the 9th Malaysia Plan. Special allocation of RM1 billion was not utilized by the state government, while this provision is a  'once off' and no extension project in the 10th Malaysia Plan. Of the 31 development projects allocated under the 9th Malaysia Plan, only 14 projects have been carried out (45.2%) as of 31 December 2010, while another 17 was not completed. Only RM271.07 million spent, (46.3%) by the state government. This means that the people of Sarawak miss the opportunity to enjoy development worth RM314.39 million. The value of this development can no longer be continued under the 10th Malaysia Plan. The people of Sarawak denied the right for development due to the weakness of the state government in managing development projects. It must be mentioned here, most of the projects under this special provision is roads and bridges, which are the most basic infrastructures of a developing country.

I also regret the exposure of Batang Strap Bridge, Sri Aman, which was built ‘to connect the bush' without any roads connecting the bridge. This is a humor and waste of RM20 millions of public funds. Sarawak PAS Youth urged the state government to take serious steps in the management of development projects, and not take it lightly.

I also wish to express concerns with the audit findings on the assistance to the poor. Department of Social Welfare does not have complete data on the actual number of poor people in the state. The assistance provided since 10 years ago is not reviewed, although a significant increase in cost of living. This assistance should be the main focus of the state government of Sarawak as there are still many people living in poverty, especially among the disabled and the old people. On behalf of the Sarawak PAS Youth, we recommend that the Department of Social Welfare to be more proactive, and collect as much data from NGOs, volunteers and political parties who are directly involved with the problems of the people. Sarawak PAS Youth itself, has a lot of experience helping poor people throughout the state and we have no problem to share information with the department.

Management of government departments can be improved. The most shocking, the exposure of the state Department of Museums still lack basic infrastructure and led to valuable artifact destroyed. Fundamental weaknesses such as contract management, project management and finance management of departments should be taken seriously by the state government. Take the example of the Pakatan Rakyat state such as Selangor and Kelantan which won praise from the Auditor General on the efficiency of their management.

On behalf of the Sarawak PAS Youth, I urge remedial measures in earnest from the government and to take seriously the recommendations of the Auditor General's Report.

Mohammad Arifiriazul B Paijo
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak

BELANJAWAN 2013 TIDAK PEKA KEPERLUAN KHUSUS SARAWAK



KENYATAAN MEDIA RASMI

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SARWAK

Perdana Menteri Malaysia baru sahaja membentangkan Belanjawan Malaysia 2013 dengan tema Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Detepati. Pemuda PAS Sarawak melihat belanjawan yang telah

dibentangkan oleh Perdana Menteri ini sebabai belanjawan yang tidak Peka dengan keperluan mendesak rakyat Sarawak. dengan bajet keseluruhan sebanyak rm251.6 billion, sarawak hanya memperolehi:
  1. Peruntukan bagi membiayai 40,000 tong simpanan air dengan peruntukan sebanyak RM100 juta ke kawasan pedalaman Sarawak dilihat sebagai suatu usaha yang tidak holistik terhadap memenuhi keperluan rakyat Sarawak di pedalaman yang memerlukan bekalan air bersih terus ke rumah. Usaha ini seumpama melepaskan batuk ditangga dengan hanya memberikan suatu penyelesaian bersifat sementara tahun demi tahun. Peruntukan seumpama ini menunjukkan suatu petanda jelas bahawa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN masih buntu dalam memberi suatu penyelesaian konkrit bagi keperluan rakyat Sarawak di pedalaman.
  2. Sebagai contoh di kawasan Pulau Bruit di dalam parlimen Tanjung Manis. Pada tahun 1997 telah diumumkan untuk diadakan projek pimbanaan tali air bagi tujuan penyediaan sumber air kepada penduduk di kawasan tersebut. Namun sehingga ke tahun ini hanya tali air yang ada namun ia tidak mengalirkan air bagi menjadi sumber air kepada penduduk di kawasan tersebut.
  3. Di dalam Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri tiada suatu peruntukan khusus terhadap pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah walaupun umum sedia maklum bahawa Sarawak serta Sabah masih lagi memerlukan suntikan dana yang banyak bagi pembangunan infrastruktur asas terutama jaringan jalan raya. Berbeza dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat meletakkan khusus satu peruntukan khusus bagi pemulaan projek Lebuhraya Pan Borneo. Kami yakin bahawa dengan pembinaan satu lebuh yang yang baik di Sarawak dan Sabah bakal merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Sarawak. 
  4. Kami juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan persekutuan untuk membuat penilaian semula terhadap royalti minyak dan gas yang diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas. Royalti sebanyak 5% itu merupakan nilaian yang diambil kira pada tahun 1970an dan perlu ditambah paling minima 15% lagi menjadi 20% seperti mana yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Ini merupakan nilaian yang munasabah dengan mengambil kira sekarang negeri-negeri pengeluar minyak ini di antara negeri yang dikategorikan masih terkebelakang dari infrastruktur asas dan miskin. 
  5. Jelas, selama setahun akan datang Jika BN masih lagi memerintah, Sarawak masih lagi berada dalam keadaan sekarang malah mungkin lebih teruk kerana tiada suntikan dana untuk kemajuan fizikal dan sosial masyarakat disediakan. Rakyat perlu berfikir dengan membandingkan bajet PR dan BN yang mana satu memberi dan membantu rakyat secara berterusan dan yang mana pula memberi dan membantu secara “once-off”. 
  6. Secara kesimpulannya Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan pada kali ini masih lagi bernada yang sama dan tiada pembaharuan khusus melainkan dilihat sebagai belanjawan pilihanraya apabila banyak insentif "once off" seperti pemberian BR1M, bantuan kepada mereka yang bujang dan rebat RM200 terhadap pembelian talifon pintar. Sekali lagi kami tegaskan bahawa Sarawak dan Sabah masih lagi terpinggir di dalam belanjawan ini mungkin atas sebb BN melihat bahawa Sarawak dan Sabah masih lagi sebagai simpanan tetap BN.
Mohammad Arifiriazul,
Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak
arifiriazul@pas.org.my

ISLAM ASAS KERJASAMA PAS DENGAN NON-MUSLIM


KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS SARAWAK:
ISLAM ASAS KERJASAMA PAS DENGAN NON-MUSLIM

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berasa amat kesal dengan tuduhan tanpa asas Ahli Parlimen Santubong, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang jelas menunjukkan tahap berpolitik beliau yang kebudakan-budakan bagi seorang  yang juga memegang jawatan Timbalan Speaker Parlimen Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana Sarawak semalam. Dalam masa yang sama, kenyataan beliau itu juga menunjukkan tahap kefahaman Islam beliau yang rendah bagi seorang yang pemimpin masyarakat Muslim.

Untuk pengetahuan Tuan Timbalan Speaker, PAS tidak pernah berubah pendirian dalam perjuangannya menegakkan Islam dan ajarannya yang meletakkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 lagi. Asas kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam adalah didasarkan dalil-dalil jelas daripada Al-Qur’an dan perjalanan hidup Nabi Muhammad baik di Mekah mahupun Madinah. Kerjasama antara masyarakat Islam dan bukan Islam dalam pembinaan sebuah negara yang makmur dan adil jelas dapat dilihat melalui Perlembagaan Madinah yang ditandatangani dan dipersetujui oleh semua orang Islam, golongan musyrikin dan Yahudi di Madinah pada waktu tersebut.

Janganlah kita hanya sibuk menyambut Maulid Nabi tetapi dalam masa yang sama buta dengan kisah di mana pada zaman awal dakwah Nabi di Mekah, perjuangan Nabi dilindungi oleh beberapa pimpinan bukan Islam di sana. Kita juga perlu ingat bahawa ketika Nabi berhijrah ke Madinah, penunjuk jalan beliau dan Abu Bakar adalah seorang non-muslim . Kisah-kisah ini jelas menunjukkan keharusan bekerjasama dengan masyarakat non-muslim dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sebenarnya bukan PAS tetapi BNlah yang bersifat seperti ‘chameleon’ atau ‘sumpah-sumpah’ yang boleh bertukar-tukar warna dalam memancing undi rakyat. Di hadapan kaum Cina, BN menuduh DAP ditunggangi PAS, manakala di hadapan pengundi Melayu, BN memfitnah PAS ditunggangi DAP. Dalam suatu majlis, Perdana Menteri BN berceramah panjang tentang kesederhanaan tetapi dalam ketika yang lain lebih RM400,000 dibelanjakan untuk majlis pertunangan puteri beliau. Kerajaan BN diwar-warkan sebagai berkebajikan dengan inisiatif BR1M tetapi dalam masa yang sama menghadiahkan lebih RM 500 juta dalam bentuk pelupusan hutang kepada bekas Pengerusi Eksekutif MAS, Tan Sri Tajudin Ramli yang telah menggagalkan syarikat penerbangan negara itu.

Tuduhan Dr Wan Junaidi yang kononnya dahulu PAS memperjuangkan Negara Islam sehinggakan semua orang hendak diislamkan seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Borneo semalam juga bukti nyata penyelewengan fakta yang amat serius oleh seorang Timbalan Speaker Parlimen. Sekiranya fitnah Dr Wan Junaidi ini benar, tentu sekali tiada orang bukan Muslim di Kelantan yang telah diperintah dengan jayanya oleh PAS selama lebih 20 tahun. Hakikatnya, penduduk bukan Islam di Kelantan adalah kelompok pengundi tegar PAS yang berdiri teguh menyokong kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebenarnya, isu PAS herhasrat meletakkan calon pilihanraya dari kalangan non-muslim bukanlah sesuatu yang baru. Calon bukan Islam pertama yang diletakkan PAS ialah Saudari Kumutha Raman di Johor pada tahun 2008.  Dalam masa yang sama perlu dijelaskan bahawa Pesuruhjaya PAS Sarawak dalam kenyataan beliau pada minggu lepas sebenarnya menyebut PAS Sarawak akan meletakkan calon Iban dalam PRU13 akan datang. Sebagai rakyat Sarawak yang cintakan keharmonian seharusnya kita berasa pelik dengan kenyataan Dr  Wan Junaidi yang pada hakikatnya bersifat cauvinis seolah-olah Islam ini hanya milik orang Melayu. Adakah seorang Iban semestinya seorang bukan Muslim? Kita harus menerima hakikat bahawa Islam tidak mengenal ras dan kaum dan di Sarawak, telah pun ada kelompok masyarakat Cina, Iban, Bidayuh dan lain-lain yang telah memeluk Islam sejak sekian lama. Jelasnya, Islam bukan milik eksklusif orang Melayu,Kedayan ataupun Melanau.

DPPNS menyeru semua rakyat Sarawak agar tidak mudah termakan dengan dakyah politik BN yang rasis dan penuh dengan penyelewengan fakta. Mari kita sama-sama berganding bahu membawa perubahan kepada negara dan negeri ini dengan menolak kezaliman dan ketidakadilan BN. Bagi PAS, kami jelas dalam perjuangan kami bahawa, ‘the muslims are our brothers in faith and the non-muslims are our brothers in humanity’.
 
ISLAM IS THE BASIS OF PAS’ CO-OPERATION WITH THE NON-MUSLIMS

Sarawak PAS Youth is deeply intrigued with the baseless allegations made by the MP for Santubong, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar which clearly demonstrates his rather childish politics unbefitting of a Deputy Parliamentary Speaker as widely reported in the Sarawak media yesterday. At the same time, his statements, to our disappointment reveal a great deal of misunderstanding and confusion about Islam in the mind of this so-called Muslim leader.

In case the honourable Deputy Speaker may have slipped his mind, we would like to re-assure him that PAS has never changed or abandoned her original message of fighting for Islam and bringing justice to all regardless of race and faith ever since its formation in 1951. In fact, the very basis for PAS’ co-operation with the non-Muslims is deeply rooted in The Holy Qur’an and the extensive records of Prophet Muhammad’s colourful mission and struggle in both Mecca and Medina. The co-operation between Muslims and the non-Muslims in building a nation of prosperity and justice is clearly manifested in the famous Medina Constitution which has been ratified and agreed upon by all Muslims, polytheists and the Jews of Medina at that time.

Muslims must not be too engrossed in celebrating The Prophet’s Birthday (Maulid Nabi) but at the same time, are blind of the hard fact of the prophetic mission whereby it has been reported that during the early years of the propagation of Islam, The Prophet and the believers were actually protected by a few non-Muslims leaders in Mecca. We must also not forget of the fact that during Prophet Muhammad’s Great Migration (Hijrah) to Medina, his guide was actually a trustworthy non-Muslim. All of these great stories of co-operation between Muslims and non-Muslims are clear proof of the permissibility of such interaction, collaboration and mutual support with the aim to establish public good and justice for all.

As a matter of fact, it was not PAS but BN which is ‘chameleonic’ and can dynamically change colours just for the sake of garnering votes from the rakyat. It was not PAS but BN which in front of the Chinese voters, accuses DAP of being PAS’ slave whilst in front of the Muslim voters, happily accuses PAS to be DAP’s slave. In fact, it was a BN Prime Minister who gave a very long sermon on being moderate while weeks later spent more than RM400,000 for his daughter’s engagement ceremony. At one time, it was BN who claimed itself as the ultimate champion of the people via BR1M while at another occasion has waived more than RM 500 million in debt which is essentially the rakyat’s money to the notoriously corrupt Ex-MAS Executive Chairman, Tan Sri Tajuddin Ramli.

Dr Wan Junaidi’s false accusation about PAS used to be extremely passionate about establishing an Islamic State and wanting all non-Muslims to become Muslims is also another evidence of fact-twisting by the honourable Deputy Speaker. For a thinking mind, if this even holds any truth, logically, there should be zero non-Muslims in Kelantan after 20 glorious years of administering Kelantan. To the surprise of many, the actual fact is that, the non-Muslim community in Kelantan has become an ever-passionate PAS electorate in the state and staunch supporters of Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

In actuality, PAS’ intention to field non-Muslims as candidates in the elections is not new. PAS’ first non-Muslim candidate was Saudari Kumutha Raman in Johor during the last 2008 election. At the same time, it should be clarified here that Sarawak PAS Commissioner’s statement last week was actually about fielding an Iban candidate for the coming 13th General Election. As responsible Sarawakians who have been celebrating diversity all this while, we should be very concerned with such chauvinistic statement coming from an MP who as if declaring that Islam is only for the Malays. Is an Iban must be a non-Muslim, Mr Deputy Speaker? We have to accept the fact that Islam is race-blind and in Sarawak, the fact is that there have been many Muslim communities amongst the Chinese, Ibans, Bidayuhs and various other races who have accepted Islam for decades. Obviously, Islam is not an exclusive ownership of the Malays, the Kedayans or the Melanaus.

Sarawak PAS Youth would like to caution the peace-loving Sarawakians not to be deceived by BN’s unscrupulous propaganda which is based on racism and fact-twisting. Let us work hand in hand to bring change to Malaysia and Sarawak by denouncing BN’s injustice and hate-based politics. For PAS, we are very clear of our struggle which view the Muslims as our brothers in faith and the non-Muslims as our brothers in humanity.
 
Mohammad Arifiriazul B Paijo,
Ketua Pemuda PAS Sarawak

Friday 1 June 2012

KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK: PENDIDIKAN DI SARAWAK MASIH TERPINGGIR



KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK
PENDIDIKAN DI SARAWAK MASIH TERPINGGIR

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) telah bersama-sama rakyat Sarawak menyertai Dialog Nasional Pendidikan Negara  anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang baru-baru ini diadakan di Miri. DPPNS menyambut baik pendekatan konsultasi awam (public consultation) seumpama ini yang seharusnya telah lama dijadikan amalan bagi mana-mana kerajaan yang benar-benar komited dengan pembangunan demokrasi di Malaysia dalam memastikan segala polisi dan dasar-dasar utama negara mengambil-kira pandangan dan perspektif rakyat.

Dalam sesi dialog ini, DPPNS telah mengusulkan 4 cadangan utama dalam usaha menambahbaik sistem pendidikan negara ini yang kini dilihat tidak menyeluruh dan terlalu berteraskan peperiksaan (examination-oriented) iaitu;

1.    Pendidikan berteraskan inovasi: Iaitu di mana pemikiran kreatif, kritis, analitikal dan mengutamakan pembelajaran penyelesaian masalah (problem-solving-based learning) dijadikan asas utama sistem pendidikan negara dan bukan lagi pembelajaran berteraskan hafalan (rote-learning). Ini adalah kerana hanyalah melalui budaya inovasi yang tinggi, Malaysia mampu meningkatkan output ekonomi negara seteruskan menjadikan kita sebuah negara berpendapatan tinggi dengan mentaliti dan budaya sebuah negara kelas pertama. Budaya inovasi dalam pendidikan seharusnya tidak tertumpu kepada subjek sains dan teknologi sahaja tetapi sepatutnya merangkumi subjek-subjek lain juga seperti Sejarah dan Geografi agar mentaliti berteraskan inovasi disuburkan dengan berkesan di kalangan generasi pelajar kita.

2.    Menaiktaraf profesion perguruan:  Profesion perguruan perlu setaraf dengan bidang-bidang profesional yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan dan guaman kerana pada dasarnya, proses melahirkan rakyat Malaysia yang hebat untuk masa depan negara yang cemerlang menuntut dedikasi, profesionalisme dan kemahiran yang tinggi daripada profesion perguruan ini. Profesion sebagai guru adalah kritikal untuk wawasan negara ini dan kerajaan seharusnya memberi tumpuan penuh kepada usaha ini dan memastikan para guru tidak terbeban dengan tugasan-tugasan perkeranian yang tiada nilai-tambah kepada meningkatkan kualiti pendidikan negara.

3.     Pendidikan Kewarganegaraan: Memastikan pembelajaran dan pengajaran subjek Kewarganegaraan dilaksanakan secara serius dengan penumpuan kepada aspek memahami hak-hak rakyat sebagai pemain politik utama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen dengan Raja Berperlembagaan. Aspek kefahaman yang tepat tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga harus diberi fokus agar para pelajar kita menjadi pemain politik yang matang selaras dengan hasrat kita menjadi sebuah negara kelas pertama. Semua ini penting untuk memastikan budaya politik yang matang berdasarkan fakta dan hujah subur di Malaysia.

4.     Penglibatan sektor industri dalam pendidikan: Melibatkan sektor industri dengan lebih serius dalam pembelajaran dan pengajaran subjek-subjek kritikal di sekolah-sekolah khususnya sains, teknologi,  perakaunan dan lain-lain agar kehendak dan perspektif industri didedahkan kepada pelajar dengan lebih awal sebelum mereka ke menara gading. Penglibatan industri tidak seharusnya hanya berlegar sekitar tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility – CSR) semata-semata tetapi lebih konstruktif dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan negara.

Dalam masa yang sama, DPPNS juga mengusulkan 3 cadangan khusus untuk kepentingan Sarawak kepada KPM iaitu;

1.       Peruntukan khas untuk peningkatan prasaran sekolah-sekolah di Sarawak: Sekolah-sekolah di Sarawak rata-rata menghadapi masalah kemudahan pendidikan yang tidak mencukupi. DPPNS mencadangkan peruntukan khas daripada hasil petroleum Sarawak disalurkan khusus untuk pembangunan pendidikan di negeri ini.

2.    Pendidikan Islam di Sarawak: Sekolah-sekolah agama baik sekolah rendah dan sekolah menengah harus ditambah untuk keperluan hampir 30% rakyat Sarawak yang beragama Islam. Peruntukan khusus untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di negeri ini harus diwujudkan agar anak-anak Islam Sarawak mendapat pendidikan Islam yang komprehensif sehingga ke peringkat menengah. DPPNS mencadangkan agar setiap bahagian di Sarawak mempunyai sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah Islam yang lengkap dan sempurna.

3.     Pengajaran bahasa-bahasa etnik Sarawak: Mengiktiraf dan menaiktaraf pembelajaran dan pengajaran bahasa-bahasa etnik Sarawak seperti Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan lain-lain dalam sistem pendidikan negara agar kekayaan budaya dan sastera yang dimiliki oleh suku-suku kaum ini terus terpelihara dan menjadi aset penting dalam pembangunan sebuah negara Malaysia yang unik dan bersatu. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya menganaktiri kepelbagaian budaya dan bahasa di Sarawak dan mengiktirafnya sebagai salah satu komponen penting dalam kebudayaan kebangsaan kita.

Di samping usul-usul ini, DPPNS juga mendapati hampir 80% daripada soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang disuarakan oleh rakyat semasa sesi dialog ini masih tertumpu kepada aspek kekurangan prasarana di sekolah-sekolah Sarawak. Banyak aduan tentang sekolah daif, sekolah yang diserang anai-anai, bangunan sekolah yang tidak selamat, sekolah yang tiada makmal komputer, sekolah yang kekurangan kerusi dan meja dan sekolah tiada dewan serbaguna dikongsikan sepanjang sesi dialog ini.

Bagi DPPNS, ini semua adalah bukti nyata bahawa pendidikan di Sarawak masih jauh terkebelakang dan terpinggir walaupun menjadi ‘simpanan tetap’ BN hampir 50 tahun. Walaupun, pada hakikatnya Sarawak adalah penyumbang ke-3 terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK atau GDP) Malaysia pada tahun 2009 iaitu menyumbang hampir 20% kepada hasil keseluruhan negara, kerajaan BN baik di peringkat negeri mahupun persekutuan masih gagal dalam memartabatkan sektor pendidikan di negeri ini dan memberi kualiti pendidikan yang terbaik untuk rakyat Sarawak. Jelas, masanya sudah tiba untuk rakyat Sarawak untuk berubah, BN harus diganti demi masa depan Sarawak yang cemerlang.

Jom berubah,Selamatkan Sarawak!

ARIFIRIAZUL PAIJO
KETUA PEMUDA PAS NEGERI SARAWAK

OFFICIAL PRESS STATEMENT BY SARAWAK PAS YOUTH
EDUCATION IN SARAWAK, STILL LAGGING BEHIND

Sarawak PAS Youth has joined the rakyat in the National Dialogue on Education organized by the Education Ministry of Malaysia (KPM) which was recently held in Miri. We highly welcome this move of having a public consultation in reviewing Malaysia’s education system which is actually should have been a norm, rather than an exception to any government committed to a functioning democracy in order to ensure our national policies are cognizant of the rakyat’s needs and perspectives.

In the dialogue, Sarawak PAS Youth has put forward 4 major policy proposals in revamping our national education system which is widely-seen as uncomprehensive and too examination-oriented. The proposals are as follows;

1.     Innovation-based education: Where creative, critical and analytical as well as problem-solving-based learning are key enabling pillars for our education system as opposed to the current rote-learning approach. This is due to the fact that only via a pervasive innovation culture, Malaysia will be able to increase her economic output and optimize her economic potential to propel Malaysia into becoming a high-income country with first-world mentality. This innovation culture in education should not be limited to science and technology subjects only but should also be incorporated in the teaching of other subjects such as History and Geography to ensure that this culture is effectively embraced by our students.

2.      Teachers as professionals:  The teaching profession has to be recognized as a professional trade, at par with other professions such as medicine, engineering and law. This is due to the fact that, producing quality students for our future demands dedicated, professional and highly-skilled teachers. Teachers must be relieved from unnecessary clerical undertakings in order for them to become truly specialists in their teaching profession.

3.    Citizenship Education: A strong commitment to teach Citizenship subject must be embedded within the national education system, with more focus in making our students more aware of their rights as the main players of Malaysian politics in the context of Malaysia being a parliamentary democracy with a Constitutional Ruler. The aspects of understanding the Malaysian Constitution in the right context must also be given emphasis in order for our students to become matured political players of the future in line with our vision to be a first-world nation. All these are imperative to develop a more matured and facts-based political culture in Malaysia.

4.      Industry in education: The industrial sector must be invited to be more seriously involved in the learning and teaching of critical subjects at schools particularly, in the science & technology, accounting and other subjects so that the needs and perspectives from the industrial sector are exposed early to the students well before their university years. When it comes to education, the industrial sector must not confined themselves to CSR projects only, but they must also constructively participate in ensuring our students can meet the needs of the Malaysian labour market.

At the same time, Sarawak PAS Youth has also recommended 3 specific proposals for Sarawak, namely;

1.     Special allocation for schools in Sarawak: Schools in the state are largely facing serious infrastructure issues. Sarawak PAS Youth proposes that a special fund to develop school infrastructure at schools in Sarawak is established using the petroleum income generated from the state.

2.    Islamic education in Sarawak: There is an urgent need to have more Islamic primary and secondary schools in the state to serve the 30% Muslim population in Sarawak. Dedicated allocation for the development of such schools must be established to ensure a comprehensive Islamic education for Muslims in Sarawak until secondary level. Sarawak PAS Youth recommends that for the government to build at least 1 primary and 1 secondary Islamic schools for each division in Sarawak.

3.     The teaching of ethnic languages of Sarawak: To recognize and upgrade the learning and teaching of Sarawak’s ethnic languages such as Iban and Bidayuh in the national education system. This is to protect and preserve the rich cultural and literary heritage of these ethnics which are actually assets in developing a unique and united Malaysia. The Federal Government should not sideline this linguistic richness, but instead, recognize this as an important component of our national culture and identity.
Apart from these policy proposals, Sarawak PAS Youth has also noticed that almost 80% of the questions posed and proposals brought forward by the rakyat during the dialogue revolve around the issue of inadequate and poor facilities at various schools in Sarawak. There were grouses about dilapidated schools, schools being affected by termites, schools with serious safety issues, schools without computer labs, schools with insufficient chairs and tables and schools without multi-purpose halls, all have been ferociously and passionately raised by the people throughout the session.

Sarawak PAS Youth opines that these are all clear proof of how education in Sarawak is still lagging behind and has been very much sidelined by the Federal Government, even though Sarawak has been her ‘fixed deposit’ for almost 50 years. What is even more tragic is that, although Sarawak has been the 3rd biggest contributor to Malaysia’s GDP in 2009 by making up almost 20% of total income for the Federation, the BN government, be it at the state and national level, have both failed Sarawakians in delivering the best infrastructure for our education system in the state and providing quality education to our children. It is only timely that Sarawakians make their voice counts and strive for change. Indeed, BN must be replaced for a brighter future for Sarawak.
Change now, Save Sarawak!

ARIFIRIAZUL PAIJO
SARAWAK PAS YOUTH CHIEF

Thursday 15 March 2012

Surat Terbuka Pemuda PAS Miri: Pemuda PAS Miri jemput Perkasa dan JATI ke Sarawak

Merujuk cadangan Presiden Perkasa, YB Ibrahim Ali untuk mewujudkan Akta Murtad, Dewan Pemuda PAS Miri dengan rasa rendah diri menjemput Perkasa, terutama Presidennya, YB Ibrahim Ali untuk membantu umat Islam terutama saudara baru di Sarawak.

Islam merupakan agama kasih sayang. Islam tidak pernah menekankan perlaksanaan hukuman dalam ajaran, tetapi lebih menekankan konsep tarbiah, iaitu pendidikan berterusan mengenai Islam. Ini yang ditekan PAS, terutama ketika menerang konsep hudud, yang tidak dipersetujui rakan Perkasa, UMNO.
Janggal sungguh apabila di kala umat Islam masih terkial-kial dengan agama mereka sendiri, pihak Perkasa menekan sungguh hukuman terhadap mereka yang kurang faham dan rasa terpinggir oleh saudara agama sendiri lantas bertindak keluar agama.

Kami jemput YB ke Sarawak. Di Sarawak, umat Islam bukan kaum majoriti. Umat Islam lebih kecil di sini, kecuali di kawasan-kawasan tertentu. Namun, menariknya umat Islam di Sarawak bukan hanya terdiri daripada kaum Melayu, malah terdiri daripada kaum Melanau, Iban, Bidayuh dan kaum-kaum Dayak lain. Mereka memeluk Islam kerana terpikat dengan keindahan Islam. Namun sayang seribu sayang, dek kerana kekangan umat Islam di Sarawak, baik dari sudut geografi dan kekurangan guru agama di Sarawak, mereka kadang kala terpinggir.

Malah yang menyedihkan, ada di kalangan saudara baru yang tidak mahir syahadah, solat dan ibadat-ibadat lain. Mereka masih sayangkan agama, tetapi sayangnya saudara seagama mereka di sini tidak mampu untuk membantu dek kekangan yang beribu. Tidaklah pula kami ingin menunding jari kepada pihak JAIS atau JAKIM, kerana kami faham, mereka kadang kala tidak mampu mengurus semuanya.
Kami Pemuda PAS pula, mungkin kerana status kami ahli pembangkang dihalang dengan segala kekuatan kerajaan untuk membantu, mendidik mereka mengenali Islam. Mungkin juga kerana pihak kerajaan sedia maklum, di mana pengajaran agama dipergiat, di situlah PAS bertapak kukuh. Kami hanya bingung dan kecewa dengan layanan berat sebelah terhadap kami Pemuda PAS. PAS ialah jemaah dakwah dan siasah, kewajiban menyebar agama tetap diteruskan walaupun tanpa kerusi DUN atau Parlimen.

Kami harap pihak Perkasa dan tidak lupa JATI yang ingin mempertahan kesucian agama singgah ke Sarawak. Kami Pemuda PAS tetap istiqomah mengajar agama, dengan segala bentuk dan saluran yang kami perolehi. Walau kami dihalang, kami tetap juga menguatkan diri melangkah ke surau-surau dan masjid-masjid membantu umat Islam terutama saudara baru untuk mengenal Islam.
Jangan pula YB salah faham mengatakan kami mahu orang murtad bebas dengan adanya surat ini, kami hanya mahu nasib umat Islam yang tidak faham agama terutama saudara baru dibela, bukan dihukum di atas ketidakfahaman mereka.

Mungkin juga YB merasakan Perkasa dan sahabat YB JATI tidak sesuai berjuang di Sarawak, kerana di sini, penganut Islam bukan hanya Melayu, malah terdiri daripada kaum-kaum lain. Jika begitu, benarlah cakap-cakap perjuangan Perkasa dan JATI ini tidaklah bersifat menyeluruh dan sejagat, hanya bersifat setempat.

Jika YB berhajat singgah ke Sarawak, hubungi kami. Kami sedia menyambut YB di lapangan terbang.

Wednesday 29 February 2012

Catatan Ketua Pemuda PAS Sarawak: Ziarah ke Tiris, Bekenu



Alhamdulillah pada hari Ahad, 26 Februari 2012 yang lepas saya bersama-sama
sahabat-sahabat daripada PAS Kawasan Miri telah mengadakan siri ziarah ke
Tiris, Bekenu. Bekenu merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam
Bahagian Miri dalam Parlimen Sibuti. Perjalanan daripada Bandaraya Miri ke
pecan Bekenu mengambil masa lebih kurang 50 minit. Kebanyakan penduduk di
daerah Bekenu adalah berbangsa Kedayan dan Iban. Sementara Tiris pula
terletak lebih kurang 6 kilometer daripada pecan Bekenu.

Kami memulakan perjalan pada hari tersebut pada pukul 2 petang dan kami
berhimpun di Masjid Kampung Luak sebelum memulakan perjalanan.
Alhamdulillah pada petang tersebut ALLAH telah turunkan hujan rahmat
mengiringi perjalanan kami tidak seperti hari-hari sebelumnya yang panas.
Kami bergerak dengan 2 buah pacuan empat roda dan sebuah MPV Citra. Saya
memandu Citra saya untuk pergi ke tempat tujuan kami.

Turut bersama-sama di dalam perjalanan kami ini adalah YDP PAS Kawasan Miri
merangkap Timb. Persuruhjaya 3 PAS Sarawak. Kami tidak pergi dengan tangan
kosong dengan membawa 50 bungkusan bantuan kebajikan yang seperti biasa
kami lakukan. Alhamdulillah perjalanan kami bermula dengan baik walaupun
hujan turun sekejap lebat dan sekejap renyai.Kami sampai di simpang pecan
Bekenu pada jam 2.40 petang dan kami teruskan perjalan pula ke Tiris.

Pada gambaran awal saya kami boleh sampai ke Tiris sebelum jam 3 petang
memandangkan baki perjalanan hanya lebih kurang 6 kilometer. Namun
pandangan dan gambaran asal saya jauh meleset. Sebaik sahaja tiba di
simpang masuk ke Tiris telah nampak sebuah jalan tanah merah berbatu. Dalam
keadaan hujan pada petang tersebut menjadikan perjalanan kami masuk ke
Tiris semakin sukar. Jalan tanah merah berbatu ini dipenuhi dengan lopak
selepas hujan dan berbukit. Di sesetengah kawasan jalan kami terpaksa
melalui jalan di lereng bukit yang curam.

Dalam benak fikiran saya, bagaimana jalan di sebuah kawasan yang terletak
dalam sebuah negeri yang telah merdeka lebih 40 tahun, dalam sebuah negeri
yang kaya, di dalam bahagian yang menjana sumber pendapatan negeri dan
negara masih lagi belum memiliki kemudahan asas yang cukup baik. Akhirnya,
Alhamdulillah kami selamat tiba di lokasi tujuan kami pada jam 3.30 petang
dalam suasana masih hujan.

Dalam ziarah ini kami telah Berjaya menyampaikan bantuan kebajikan kepada
30 orang penerima bantuan dan bertemu lebih 50 orang dalam suatu majlis
ringkas. Dalam perjalan ke tempat program sempat juga kami menyapa dan
beramah-mesra den gan penduduk-penduduk kampung yang diduduk di hujung
jambatan. Mereka mengatakan itulah rutin hujung minggu mereka, kerana tidak
ada kemudahan atau tempat komersial di dalam Tiris sedangkan Tiris antara
tempat yang menyumbang kepada sumber pertanian di Bekenu malah untuk
pasaran tempatan di Miri.

Menurut tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat program kami
pada petang itu, antara masalah utama yang membelenggu penduduk di sekitar
Tiris adalah masalah pengambil-alihan tanah temuda atau NCR penduduk asal
di sana. Hingga setakat ini terdapat tiga PL atau kawasan tanah yang cuba
diambil-alih dan setakat ini satu PL telah digazetkan. Tuan rumah menyebut,
memang benar sekarang penduduk kampung telah memiliki tanah masing-masing
di kampung masing-masing di Tiris sebagai tempat penginapan mereka. Tetapi
ini tanah tersebut hanya untuk satu generasi untuk diwariskan turun
temurun. Yang menjadi kerisauan mereka adalah tanah untuk penempatan pada
masa dan generasi akan datang selain tanah-tanah terbabit menjadi keperluan
penduduk kampung untuk diusahakan sebagai sumber pendapatan melalui
pertanian.

Selain masalah tanah yang menjadi ibu segala masalah kebanyakan penduduk
asal peribumi Sarawak, masalah lain adalah jalan yang tidak sempurna.
Dimaklumkan bahawa jalan yang digunakan sekarang adalah satu-satunya jalan
masuk ke Tiris dan merupakan jalan balak sebelum ini. Disebut juga, sebelum
pilihanraya negeri yang lepas Kerajaan BN ada menjanjikan untuk membuat
jalan baru. Ya, memang ada jalan baru yang cuba dibuka masuk ke Tiris. Yang
menjadi masalahnya menurut penduduk kampung adalah kerja-kerja pembinaan
jalan tersebut dimulakan beberapa minggu sebelum pilihanraya negeri yang
lepas dan sehingga kini masih lagi tidak nampak apa-apa perubahan daripada
kerja-kerja awal tersebut. Sekiranya jalan tersebut dapat disiapkan dalam
kadar yang segera memandangkan jaraknya cuma sekitar 3 kilometer ia bakal
menjadi satu rahmat dan kemudahan yang amat baik kepada penduduk di Tiris.
Namun penduduk di Tiris perlu lebih banyak bersabar kerana selagi BN yang
memegang tampuk pemerintahan negeri dan pusat perkara ini akan dijadikan
umpan pada setiap kali pilihanraya.

Sebagai rekod, ADUN bagi Lambir iaitu YB En. Ripin Lamat berasal dari
Tiris. Sebagai ADUN seharusnya beliau perlu bersama-sama penduduk di Tiris
memperjuangkan hak penduduk di sini untuk memiliki sebuah kemudahan jalan
yang terbaik. Rasionalnya adalah berliau mempunyai akses kepada
jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk kemudahan ini sebgai seorang
ADUN. Selain itu setiap tahun terdapat empat kali sesi persidangan DUN yang
sepatutnya menjadi medan kepada ADUN-ADUN untuk menyuarakan masalah-masalah
yang dihadapi oleh rakyat. Di samping itu, penduduk kampung yang menjadikan
pertanian sebagai sumber pendapatan mereka boleh menjadi seorang usahawan
tani yang Berjaya bila mana ada kemudahan yang baik untuk mereka membawa
hasil pertanian mereka untuk dipasarkan.

Itulah hakikat yang berlaku di Sarawak negeri yang saya sayangi, dikurnikan
oleh ALLAH dengan hasil bumi yang cukup melimpah ruah, mempunyai tanah yang
amat luas dibandingkan kepadatan pendudukan rakyatnya namun masih lagi jauh
kebelakang dari segi pembangunan infrastruktur asas seperti jalan, air,
elektrik dan sebagainya. Masih lagi masalah-masalah pengambil-alihan tanah
rakyat masih lagi kedenganran walaupun tanah di negeri yang amat luas
permukaan buminya.

Kesimpulan yang saya ingin sebut di sini adalah kerajaan BN yang selama ini
sentiasa mendakwa hanya mereka sahaja yang mampu membawa pembangunan dan
kemudahan kepada rakyat adalah satu pembohongan. Nasib rakyat di Tiris,
Bekenu menjadi bukti kepada pembohongan BN ini. Saya menyeru kepada seluruh
rakyat di Tiris, Bekenu, Miri dan rakyat Sarawak yang saya kasihi untuk
sama-sama melakukan perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti kerana
Pakatan Rakyat adalah harapan untuk membawa perubahan yang lebih baik demi
kesejahteraan rakyat dan bumi yang bertuah ini.




Mohammad Arifiriazul B Paijo

KETUA PEMUDA PAS SARAWAK

Tuesday 28 February 2012

HENRY NG MUST APOLOGIZE TO THE IBAN COMMUNITY OF SARAWAK

SarawakPAS Youth (DewanPemuda PAS Sarawak) strongly condemns the article published in the Asian Beacon magazine which is derogatory towards the Iban community in Sarawak. Henry Ng’s writing is indeed insensitive to the feelings of the Iban community and all Sarawakians as a whole.

Sarawak PAS Youth is of the opinion that, all matters or issues pertaining to the community must be evaluated professionally and fairly. Any statements must be evaluated from all credible aspects and has to be based on facts and not emotional sentiments. Henry Ng’s exaggeration on the drinking and smoking habits of the Ibans is rather an unfair ‘over-generalization’ of the issues since, these problems are also affecting other communities worldwide. Sarawak PAS Youth would like to emphasize the importance of applying a wise approach based on faith and religion in effectively addressing this kind of problems. We also feel that the explanation as provided by the Sibu SDNU Chairman, SaudaraChambaiLindong is sufficient in countering the unfounded claims by Henry Ng on certain food allegedly enjoyed by the Iban community.

At the same time, we would like to highlight our undivided commitment to fight for the rights and interests and of all communities in Sarawak, particularly the oppressed and the forgotten. We are very appalled with the insensitive and irresponsible remarks of Henry Ng, however, we also feel that the current government’s policies of confiscating people’s NCR lands and leaving the rakyat under the cruelty of poverty and lack of basic amenities are also a form of degrading the rakyat. For records, almost 50% of the poor household in the state is from the Iban community while another 20% is amongst the Malays.

In that light, we demand a full retract of  the article and an unconditional apology from Henry Ng to the Iban community of Sarawak for such misguided reporting about the community as published in the Asian Beacon magazine. We also appeal to all parties to be fair and just to ensure continuous harmony in the state.

AIZAN B MOHD NOOR
Sarawak  PAS Vice Youth Chief
Head of Nasional Unity Department (DPPNS)

HENRY NG HARUS MOHON MAAF KEPADA MASYARAKAT IBAN SARAWAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyelar dengan sekeras-kerasnya penulisan yang menghina masyarakat Iban di Sarawak sebagaimana yang telah disiarkan oleh majalah Asian Beacon Jilid 44. Tulisan Henry Ng itu amat mengguris perasaan masyarakat Iban di Sarawak dan rakyat Sarawak keseluruhannya.

Pemuda PAS Sarawak merasakan adalah amat penting untuk semua pihak mengkaji sesuatu perkara atau isu secara professional dan saksama. Sebarang kenyataan harus mengambil kira semua aspek yang berkenaan tanpa dipengaruhi oleh sentiment emosi yang tidak berasaskan fakta. Kenyataan Henry Ng yang membesar-besarkan isu arak dan rokok di kalangan masyarakat Iban adalah suatu ‘over-generalization’ yang kurang adil kerana masalah seperti itu juga dihadapi oleh masyarakat lain di seluruh dunia. Pemuda PAS Sarawak menegaskan kepentingan mengambil pendekatan berhikmah bertunjangkan agama dalam menangani permasalahan ini secara berkesan. Kami juga merasakan penjelasan daripada Pengerusi SDNU Sibu, Saudara Chambai Lindong berkenaan tuduhan makanan tertentu yang dinikmati oleh masyarakat Iban sebagai memadai untuk membetulkan salah faham yang ditimbulkan oleh penulis Asian Beacon itu.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak ingin menegaskan komitmen kami dalam membela nasib dan hak semua kaum khususnya mereka yang tertindas di seluruh Sarawak. Kita amat sedar bahawa penulisan dan kenyataan yang berbaur perkauman dan bersifat menghina masyarakat lain adalah suatu amat tidak bertanggungjawab. Namun kita juga yakin bahawa dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat dengan merampas tanah-tanah NCR dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak terbelenggu dengan kemiskinan dan masalah kekurangan kemudahan asas juga adalah juga satu bentuk penghinaan kepada rakyat. Untuk rekod, hampir 50%  keluarga miskin Sarawak adalah dari kalangan orang Iban dan 20% pula dari kalangan orang Melayu.

Oleh itu, dengan tegas kami mendesak Henry Ng untuk menarik-balik kenyataan beliau seperti yang disiarkan dalam majalah Asian Beacon dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat Iban Sarawak atas laporan beliau yang tidak bertanggungjawab itu. Kami juga menyeru semua pihak untuk sentiasa bersikap adil dan saksama dalam menilai setiap perkara bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat di negeri ini.

AIZAN B MOHD NOOR
Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak
Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPPNS


Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More