Tuesday 30 October 2012

Laporan Ketua Audit Negara: Jambatan Ke Belukar, Rakyat Dinafikan Hak Pembangunan


Laporan Ketua Audit Negara: Jambatan Ke Belukar, Rakyat Dinafikan Hak Pembangunan

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan beberapa kelemahan ketara kerajaan negeri Sarawak di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, kami merasa kesal dan kecewa atas kelemahan-kelemahan yang seharusnya dapat dielakkan.

Antara kelemahan kerajaan negeri yang harus diambil perhatian serius ialah; kelewatan projek pembangunan kemudahan asas, kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek di bawah peruntukan yang disediakan, kelemahan ketara dalam bantuan kebajikan kepada rakyat miskin dan kelemahan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Saya mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Peruntukan khas RM1 billion gagal dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan baik, sedangkan peruntukan ini berbentuk ‘once off’ dan tiada projek sambungan dalam Rancangan Malaysia ke 10. Daripada 31 projek pembangunan yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, hanya 14 projek yang telah dijalankan (45.2%) setakat 31 Disember 2010, manakala 17 lagi projek gagal disiapkan. Hanya RM271.07 juta dibelanjakan, (46.3%) oleh kerajaan negeri. Ini bermaksud, rakyat Sarawak terlepas peluang menikmati pembangunan bernilai RM314.39 juta. Nilai pembangunan ini tidak lagi dapat diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Rakyat Sarawak dinafikan hak pembangunan disebabkan kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan projek pembangunan di negeri ini. Harus dinyatakan di sini, kebanyakan projek di bawah peruntukan khas ini ialah projek jalan raya dan jambatan, yang merupakan antara infrastruktur paling asas sebuah negeri membangun.

Saya juga kesal dengan pendedahan Jambatan Batang Strap, Seri Aman yang dibina ‘ke belukar’ tanpa jalan raya yang menyambungkannya. Ini suatu kelucuan dan pembaziran wang rakyat sebanyak RM20 juta. Dewan Pemuda PAS Sarawak menggesa kerajaan negeri untuk mengambil langkah serius dalam pengurusan projek pembangunan, dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga.

Saya juga ingin menyatakan kebimbangan dengan penemuan audit mengenai bantuan rakyat miskin. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai data yang lengkap mengenai jumlah sebenar rakyat miskin di negeri ini. Bantuan yang diberikan sejak 10 tahun dahulu tidak dikaji semula, walaupun peningkatan sara hidup yang ketara. Bantuan ini sepatutnya menjadi fokus utama kerajaan negeri memandangkan masih ramai rakyat Sarawak yang hidup dalam kemiskinan terutama daripada golongan kurang upaya dan golongan emas. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, kami mencadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih proaktif, dengan mengumpul sebanyak mungkin data daripada NGO-NGO, sukarelawan dan parti-parti politik yang terlibat secara langsung dengan masalah rakyat. Dewan Pemuda PAS Sarawak sendiri, mempunyai banyak pengalaman membantu rakyat miskin di seluruh Sarawak dan kami tiada masalah untuk berkongsi maklumat dengan JKM.

Pengurusan Jabatan-jabatan kerajaan juga masih boleh dipertingkatkan. Paling mengejutkan, pendedahan mengenai Jabatan Muzium negeri yang masih kekurangan infrastrukur asas, hingga menyebabkan artifak-artifak berharga bakal musnah. Kelemahan-kelemahan asas lain seperti pengurusan kontrak, pengurusan projek dan kewangan Jabatan-jabatan kerajaan perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri. Ambillah contoh kerajaan negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Kelantan yang mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara atas kecekapan pengurusan mereka.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, saya menggesa langkah pembaikan yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan dan mengambil serius saranan Laporan Ketua Audit Negara ini.

English Version
Report of the Auditor General recently revealed some weaknesses in the state government under the rule of Barisan Nasional. On behalf of the Sarawak PAS Youth, we were disappointed on the weaknesses that should be avoided.

Among the weaknesses of the state government that should be taken seriously are; delays in development project , failure of the state government to utilize development budget and allocation, weaknesses in welfare assistance to the poor and administrative weakness state government departments.

I take the example of state failure to manage development projects under the 9th Malaysia Plan. Special allocation of RM1 billion was not utilized by the state government, while this provision is a  'once off' and no extension project in the 10th Malaysia Plan. Of the 31 development projects allocated under the 9th Malaysia Plan, only 14 projects have been carried out (45.2%) as of 31 December 2010, while another 17 was not completed. Only RM271.07 million spent, (46.3%) by the state government. This means that the people of Sarawak miss the opportunity to enjoy development worth RM314.39 million. The value of this development can no longer be continued under the 10th Malaysia Plan. The people of Sarawak denied the right for development due to the weakness of the state government in managing development projects. It must be mentioned here, most of the projects under this special provision is roads and bridges, which are the most basic infrastructures of a developing country.

I also regret the exposure of Batang Strap Bridge, Sri Aman, which was built ‘to connect the bush' without any roads connecting the bridge. This is a humor and waste of RM20 millions of public funds. Sarawak PAS Youth urged the state government to take serious steps in the management of development projects, and not take it lightly.

I also wish to express concerns with the audit findings on the assistance to the poor. Department of Social Welfare does not have complete data on the actual number of poor people in the state. The assistance provided since 10 years ago is not reviewed, although a significant increase in cost of living. This assistance should be the main focus of the state government of Sarawak as there are still many people living in poverty, especially among the disabled and the old people. On behalf of the Sarawak PAS Youth, we recommend that the Department of Social Welfare to be more proactive, and collect as much data from NGOs, volunteers and political parties who are directly involved with the problems of the people. Sarawak PAS Youth itself, has a lot of experience helping poor people throughout the state and we have no problem to share information with the department.

Management of government departments can be improved. The most shocking, the exposure of the state Department of Museums still lack basic infrastructure and led to valuable artifact destroyed. Fundamental weaknesses such as contract management, project management and finance management of departments should be taken seriously by the state government. Take the example of the Pakatan Rakyat state such as Selangor and Kelantan which won praise from the Auditor General on the efficiency of their management.

On behalf of the Sarawak PAS Youth, I urge remedial measures in earnest from the government and to take seriously the recommendations of the Auditor General's Report.

Mohammad Arifiriazul B Paijo
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More