Halaman ini mengumpulkan semua Kenyataan Media yang di keluarkan oleh DPPNS
KENYATAAN MEDIA
RASMI DPPNS
PENDIDIKAN DI
SARAWAK MASIH TERPINGGIR – 30/05/2012
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
(DPPNS) telah bersama-sama rakyat Sarawak menyertai Dialog Nasional Pendidikan
Negara anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) yang baru-baru ini diadakan di Miri. DPPNS menyambut baik
pendekatan konsultasi awam (public consultation) seumpama ini yang seharusnya
telah lama dijadikan amalan bagi mana-mana kerajaan yang benar-benar komited
dengan pembangunan demokrasi di Malaysia dalam memastikan segala polisi dan
dasar-dasar utama negara mengambil-kira pandangan dan perspektif rakyat.
Dalam sesi dialog ini, DPPNS
telah mengusulkan 4 cadangan utama dalam usaha menambahbaik sistem pendidikan
negara ini yang kini dilihat tidak menyeluruh dan terlalu berteraskan
peperiksaan (examination-oriented) iaitu;
1. Pendidikan berteraskan
inovasi: Iaitu di mana pemikiran kreatif, kritis, analitikal dan
mengutamakan pembelajaran penyelesaian masalah (problem-solving-based learning)
dijadikan asas utama sistem pendidikan negara dan bukan lagi pembelajaran
berteraskan hafalan (rote-learning). Ini adalah kerana hanyalah melalui budaya
inovasi yang tinggi, Malaysia mampu meningkatkan output ekonomi negara
seteruskan menjadikan kita sebuah negara berpendapatan tinggi dengan mentaliti
dan budaya sebuah negara kelas pertama. Budaya inovasi dalam pendidikan
seharusnya tidak tertumpu kepada subjek sains dan teknologi sahaja tetapi
sepatutnya merangkumi subjek-subjek lain juga seperti Sejarah dan Geografi agar
mentaliti berteraskan inovasi disuburkan dengan berkesan di kalangan generasi
pelajar kita.
2. Menaiktaraf profesion
perguruan: Profesion perguruan perlu
setaraf dengan bidang-bidang profesional yang lain seperti kedoktoran,
kejuruteraan dan guaman kerana pada dasarnya, proses melahirkan rakyat Malaysia
yang hebat untuk masa depan negara yang cemerlang menuntut dedikasi,
profesionalisme dan kemahiran yang tinggi daripada profesion perguruan ini.
Profesion sebagai guru adalah kritikal untuk wawasan negara ini dan kerajaan
seharusnya memberi tumpuan penuh kepada usaha ini dan memastikan para guru
tidak terbeban dengan tugasan-tugasan perkeranian yang tiada nilai-tambah
kepada meningkatkan kualiti pendidikan negara.
3. Pendidikan Kewarganegaraan:
Memastikan pembelajaran dan pengajaran subjek Kewarganegaraan dilaksanakan secara
serius dengan penumpuan kepada aspek memahami hak-hak rakyat sebagai pemain politik
utama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen dengan
Raja Berperlembagaan. Aspek kefahaman yang tepat tentang Perlembagaan
Persekutuan Malaysia juga harus diberi fokus agar para pelajar kita menjadi
pemain politik yang matang selaras dengan hasrat kita menjadi sebuah negara
kelas pertama. Semua ini penting untuk memastikan budaya politik yang matang
berdasarkan fakta dan hujah subur di Malaysia.
4. Penglibatan sektor
industri dalam pendidikan: Melibatkan sektor industri dengan lebih serius
dalam pembelajaran dan pengajaran subjek-subjek kritikal di sekolah-sekolah
khususnya sains, teknologi, perakaunan dan
lain-lain agar kehendak dan perspektif industri didedahkan kepada pelajar
dengan lebih awal sebelum mereka ke menara gading. Penglibatan industri tidak
seharusnya hanya berlegar sekitar tanggungjawab sosial korporat (corporate
social responsibility – CSR) semata-semata tetapi lebih konstruktif dalam
memenuhi keperluan pasaran pekerjaan negara.
Dalam masa yang sama, DPPNS juga
mengusulkan 3 cadangan khusus untuk kepentingan Sarawak kepada KPM iaitu;
1. Peruntukan khas untuk
peningkatan prasaran sekolah-sekolah di Sarawak: Sekolah-sekolah di Sarawak
rata-rata menghadapi masalah kemudahan pendidikan yang tidak mencukupi. DPPNS
mencadangkan peruntukan khas daripada hasil petroleum Sarawak disalurkan khusus
untuk pembangunan pendidikan di negeri ini.
2. Pendidikan Islam di
Sarawak: Sekolah-sekolah agama baik sekolah rendah dan sekolah menengah
harus ditambah untuk keperluan hampir 30% rakyat Sarawak yang beragama Islam.
Peruntukan khusus untuk pembangunan sekolah-sekolah agama di negeri ini harus
diwujudkan agar anak-anak Islam Sarawak mendapat pendidikan Islam yang komprehensif
sehingga ke peringkat menengah. DPPNS mencadangkan agar setiap bahagian di
Sarawak mempunyai sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah Islam yang lengkap
dan sempurna.
3. Pengajaran bahasa-bahasa
etnik Sarawak: Mengiktiraf dan menaiktaraf pembelajaran dan pengajaran
bahasa-bahasa etnik Sarawak seperti Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan lain-lain dalam
sistem pendidikan negara agar kekayaan budaya dan sastera yang dimiliki oleh
suku-suku kaum ini terus terpelihara dan menjadi aset penting dalam pembangunan
sebuah negara Malaysia yang unik dan bersatu. Kerajaan Persekutuan tidak
seharusnya menganaktiri kepelbagaian budaya dan bahasa di Sarawak dan
mengiktirafnya sebagai salah satu komponen penting dalam kebudayaan kebangsaan
kita.
Di samping usul-usul ini, DPPNS
juga mendapati hampir 80% daripada soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang
disuarakan oleh rakyat semasa sesi dialog ini masih tertumpu kepada aspek
kekurangan prasarana di sekolah-sekolah Sarawak. Banyak aduan tentang sekolah
daif, sekolah yang diserang anai-anai, bangunan sekolah yang tidak selamat,
sekolah yang tiada makmal komputer, sekolah yang kekurangan kerusi dan meja dan
sekolah tiada dewan serbaguna dikongsikan sepanjang sesi dialog ini.
Bagi DPPNS, ini semua adalah
bukti nyata bahawa pendidikan di Sarawak masih jauh terkebelakang dan
terpinggir walaupun menjadi ‘simpanan tetap’ BN hampir 50 tahun. Walaupun, pada
hakikatnya Sarawak adalah penyumbang ke-3 terbesar kepada keluaran dalam negara
kasar (KDNK atau GDP) Malaysia pada tahun 2009 iaitu menyumbang hampir 20%
kepada hasil keseluruhan negara, kerajaan BN baik di peringkat negeri mahupun
persekutuan masih gagal dalam memartabatkan sektor pendidikan di negeri ini dan
memberi kualiti pendidikan yang terbaik untuk rakyat Sarawak. Jelas, masanya
sudah tiba untuk rakyat Sarawak untuk berubah, BN harus diganti demi masa depan
Sarawak yang cemerlang.
Jom berubah,Selamatkan Sarawak!
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
KETUA PEMUDA PAS NEGERI SARAWAK
DPPNS’
OFFICIAL MEDIA STATEMENT
EDUCATION
IN SARAWAK, STILL LAGGING BEHIND – 30/05/2012
Sarawak PAS Youth has joined the
rakyat in the National Dialogue on Education organized by the Education
Ministry of Malaysia (KPM) which was recently held in Miri. We highly welcome
this move of having a public consultation in reviewing Malaysia’s education
system which is actually should have been a norm, rather than an exception to
any government committed to a functioning democracy in order to ensure our
national policies are cognizant of the rakyat’s needs and perspectives.
In the dialogue, Sarawak PAS
Youth has put forward 4 major policy proposals in revamping our national
education system which is widely-seen as uncomprehensive and too
examination-oriented. The proposals are as follows;
1.
Innovation-based education: Where creative, critical and analytical
as well as problem-solving-based learning are key enabling pillars for our
education system as opposed to the current rote-learning approach. This is due
to the fact that only via a pervasive innovation culture, Malaysia will be able
to increase her economic output and optimize her economic potential to propel
Malaysia into becoming a high-income country with first-world mentality. This
innovation culture in education should not be limited to science and technology
subjects only but should also be incorporated in the teaching of other subjects
such as History and Geography to ensure that this culture is effectively
embraced by our students.
2. Teachers as professionals:
The teaching profession has to be
recognized as a professional trade, at par with other professions such as
medicine, engineering and law. This is due to the fact that, producing quality
students for our future demands dedicated, professional and highly-skilled teachers.
Teachers must be relieved from unnecessary clerical undertakings in order for
them to become truly specialists in their teaching profession.
3. Citizenship Education:
A strong commitment to teach Citizenship subject must be embedded within the
national education system, with more focus in making our students more aware of
their rights as the main players of Malaysian politics in the context of
Malaysia being a parliamentary democracy with a Constitutional Ruler. The
aspects of understanding the Malaysian Constitution in the right context must
also be given emphasis in order for our students to become matured political
players of the future in line with our vision to be a first-world nation. All
these are imperative to develop a more matured and facts-based political
culture in Malaysia.
4. Industry in education:
The industrial sector must be invited to be more seriously involved in the
learning and teaching of critical subjects at schools particularly, in the
science & technology, accounting and other subjects so that the needs and
perspectives from the industrial sector are exposed early to the students well
before their university years. When it comes to education, the industrial
sector must not confined themselves to CSR projects only, but they must also
constructively participate in ensuring our students can meet the needs of the
Malaysian labour market.
At the same time, Sarawak PAS
Youth has also recommended 3 specific proposals for Sarawak, namely;
1. Special allocation for
schools in Sarawak: Schools in the state are largely facing serious
infrastructure issues. Sarawak PAS Youth proposes that a special fund to
develop school infrastructure at schools in Sarawak is established using the
petroleum income generated from the state.
2. Islamic education in
Sarawak: There is an urgent need to have more Islamic primary and secondary
schools in the state to serve the 30% Muslim population in Sarawak. Dedicated
allocation for the development of such schools must be established to ensure a
comprehensive Islamic education for Muslims in Sarawak until secondary level.
Sarawak PAS Youth recommends that for the government to build at least 1
primary and 1 secondary Islamic schools for each division in Sarawak.
3. The teaching of ethnic
languages of Sarawak: To recognize and upgrade the learning and teaching of
Sarawak’s ethnic languages such as Iban and Bidayuh in the national education
system. This is to protect and preserve the rich cultural and literary heritage
of these ethnics which are actually assets in developing a unique and united
Malaysia. The Federal Government should not sideline this linguistic richness,
but instead, recognize this as an important component of our national culture
and identity.
Apart from these policy
proposals, Sarawak PAS Youth has also noticed that almost 80% of the questions
posed and proposals brought forward by the rakyat during the dialogue revolve
around the issue of inadequate and poor facilities at various schools in
Sarawak. There were grouses about dilapidated schools, schools being affected
by termites, schools with serious safety issues, schools without computer labs,
schools with insufficient chairs and tables and schools without multi-purpose
halls, all have been ferociously and passionately raised by the people throughout
the session.
Sarawak PAS Youth opines that
these are all clear proof of how education in Sarawak is still lagging behind
and has been very much sidelined by the Federal Government, even though Sarawak
has been her ‘fixed deposit’ for almost 50 years. What is even more tragic is
that, although Sarawak has been the 3rd biggest contributor to
Malaysia’s GDP in 2009 by making up almost 20% of total income for the
Federation, the BN government, be it at the state and national level, have both
failed Sarawakians in delivering the best infrastructure for our education
system in the state and providing quality education to our children. It is only
timely that Sarawakians make their voice counts and strive for change. Indeed, BN
must be replaced for a brighter future for Sarawak.
Change now, Save Sarawak!
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
SARAWAK PAS YOUTH CHIEF
KENYATAAN MEDIA
RASMI DPPNS
SARAWAK HANYALAH
ANAK TIRI BARISAN NASIONAL – 15/4/2012
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
(Pemuda PAS Sarawak) memandang serius pengumunan perlaksanaan gaji minima untuk
sektor swasta sempena sambutan Hari Pekerja Isnin lepas oleh YAB Perdana
Menteri yang jelas menunjukkan layanan
tidak adil kerajaan BN kepada Sarawak. Perbezaan ketara antara kadar gaji
minima untuk Semenanjung Malaysia (RM 900) dan Sarawak (RM 800) telah
menyebabkan rakyat Sarawak tertanya-tanya apakah janji-janji PM tempohari di
Sibu benar-benar ikhlas ataupun sekadar gula-gula politik untuk memancing undi
rakyat di sini.
Berdasarkan NKRA Meningkatkan
Taraf Hidup Golongan Berpendapatan Rendah yang berada di bawah seliaan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, salah satu inisiatif
penting NKRA ini adalah untuk menyeragamkan definisi miskin dan miskin tegar di
seluruh negara iaitu RM 750 sebulan untuk golongan miskin dan RM 440 sebulan
untuk kategori miskin tegar. Pemuda PAS Sarawak merasakan adalah sesuatu yang
pelik apabila kadar kemiskinan di seluruh negara diseragamkan manakala kadar
gaji minima ditetapkan mengikut zon Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Secara
efektifnya, rakyat Sarawak yang berkhidmat di sektor swasta hanyalah RM 50 dari
paras kemiskinan rasmi berbanding penduduk Semenanjung Malaysia yang berada RM
150 dari paras kemiskinan yang sama. Adakah ini maksud sebenar 1Malaysia yang
diwar-warkan selama ini?
Dalam kenyataan berasingan,
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengatakan bahawa perbezaan
antara Semenanjung dan Malaysia Timur adalah kerana kos sara hidup yang berbeza
di kawasan-kawasan tersebut. Namun, jika kita teliti Paras Garis Kemiskinan
(PGK) sebelum ini contohnya pada tahun 2007, kadar untuk Sarawak adalah sentiasa
lebih tinggi iaitu RM 830 berbanding Semenanjung Malaysia pada kadar RM 720
atas dasar kos sara hidup di Sarawak adalah jauh lebih tinggi daripada
Semenanjung Malaysia. Berdasarkan maklumat ini, adalah tidak konsisten dan
tidak masuk akal jika perbezaan ketara kadar gaji minima adalah didasarkan
kepada perbezaan kos sara hidup.
Di samping itu, jika kita merujuk
hasil bancian yang terkini pada tahun 2010, hampir 55% penduduk Sarawak berada
di kawasan bandar iaitu Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu yang sememangnya terkenal
dengan kos sara hidup yang tinggi. Kos sara hidup di bandar-bandar ini adalah
hampir menyamai Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Bandar-bandar utama ini juga
adalah tumpuan pekerja-pekerja kilang yang sekurang-kurangnya merupakan 80% daripada
para pekerja sektor swasta yang akan menikmati kesan perlaksanaan gaji minima
ini. Jelas, dasar baru BN ini yang kononnya hadiah untuk para pekerja hanyalah
usaha murahan dan terdesak BN untuk cuba menyaingi cadangan-cadangan konkrit
Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang menetapkan RM 1500 sebagai kadar gaji
minima untuk seluruh Malaysia.
Pemuda PAS Sarawak menyeru rakyat
Sarawak untuk melihat perkembangan ini dengan adil dan serius. Apalah gunanya
jika Sarawak ini dianggap sebagai simpanan tetap BN tetapi kebajikan rakyat
negeri ini dianggap remeh dan dipandang sebelah mata oleh kerajaan persekutuan
pimpinan BN seolah-olah kita adalah rakyat kelas kedua di dalam Persekutuan
Malaysia. Perbezaan ketara gaji minima antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia adalah
bukti jelas bahawa Sarawak hanyalah anak tiri BN. Ayuh berubahlah!
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
KETUA PEMUDA PAS SARAWAK
DPPNS’ OFFICIAL
MEDIA STATEMENT
SARAWAK IS SIMPLY
BN’S STEP-CHILD – 15/04/2012
Sarawak PAS Youth takes a serious
view on the recently-announced minimum wage policy by the BN government. It is
such a clear evidence of BN’s injustice and nonchalance towards the welfare of
Sarawak’s workers and Sarawak as a whole. The stark difference of the minimum
wage between Peninsular Malaysia (RM 900) and Sarawak (RM 800) makes us in
doubt of PM’s promises in Sibu last weekend, was he truly sincere or was that
only a lip-service to garner votes from the people of Sarawak?
Based on the NKRA to Raise the
Living Standards of the Low-Income Households under the Ministry of Women,
Family and Community Development, one of the major initiatives under this NKRA
is to standardize the definition of poor and extreme poor household nation-wide
which have been set at RM 750 per month for poor household and RM 440 per month
for the extreme poor. For us in Sarawak PAS Youth, it is rather strange and
inconsistent that when it comes to defining poverty, nation-wide
standardization is sought while for minimum wage, differentiation between West
Malaysia and East Malaysia is to be implemented. Effectively, with this unfair
policy, Sarawak’s workers in the private sector are only RM 50 away from the
official poverty limit whilst their Peninsular counterparts are RM 150 above
the same limit. Is this what 1Malaysia really means?
In a separate statement, the
Human Resource Minister, Datuk Seri Dr S.Subramaniam explains that the basis
for the large gap for the minimum wage between West and East Malaysia is due to
differences in the cost of living in those areas. However, if we check the
previous poverty limits, Sarawak has always been given the higher limits in
comparison to Peninsular. For instance, in 2007, the poverty limit for Sarawak
was RM 830 while for Peninsular, it was set at RM 720 on the basis that
Sarawakians and generally, East Malaysians endure higher cost of living as
compared to our fellow Malaysians in Peninsular. Thus, it is rather
inconsistent and illogical to claim that the lower minimum wage for Sarawak was
due to lower cost of living in the state while the contrary is actually the
case.
Furthermore, if we refer to the
latest National Census in 2010, almost 55% of Sarawakians live and work in the
4 major cities of the state namely, Kuching, Miri, Sibu and Bintulu which are
all very well-known for their high cost of living. It is not even excessive to
say here that the cost of living in these cities is comparable to Kuala Lumpur
and Johor Bahru. These major cities are also the convergence point for at least
80% of the state’s manufacturing and industrial workers who will be the main
beneficiaries of this minimum wage policy. Clearly, this new minimum wage
policy declared as a gift to Malaysians’ workers is only another cheap and desperate
political stunt by BN to win people’s confidence in the face of Pakatan
Rakyat’s concrete proposals as detailed out in our Buku Jingga. PR has actually
proposed a more realistic figure for the minimum wage of RM 1500 be it in
Sarawak or in Peninsular.
Sarawak PAS Youth would like to
take this opportunity to urge all Sarawakians to give a discerning and serious
attention to this new BN policy affecting Sarawak’s workers. What use is there
for Sarawak to be called BN’s ‘fixed deposit’ while our workers’ welfare and
well-being are taken lightly by the BN-led Federal Government as if we are
second class citizens within the Federation. This is an undisputable proof of
how BN looks down at us.Indeed, Sarawak is simply another BN’s step-child. Ayuh
berubahlah!
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
SARAWAK PAS YOUTH CHIEF
KENYATAAN MEDIA RASMI DPPNS
ISLAM ASAS KERJASAMA PAS DENGAN
NON-MUSLIM
(Menjawab kenyataan Timbalan Speaker
Dewan Rakyat terhadap PAS dalam The Star, 08/04/2012)
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
(DPPNS) berasa amat kesal dengan tuduhan tanpa asas Ahli Parlimen Santubong, Dr
Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang jelas menunjukkan tahap berpolitik beliau yang
kebudakan-budakan bagi seorang yang juga
memegang jawatan Timbalan Speaker Parlimen Malaysia seperti yang dilaporkan
oleh media arus perdana Sarawak semalam. Dalam masa yang sama, kenyataan beliau
itu juga menunjukkan tahap kefahaman Islam beliau yang rendah bagi seorang yang
pemimpin masyarakat Muslim.
Untuk pengetahuan Tuan Timbalan
Speaker, PAS tidak pernah berubah pendirian dalam perjuangannya menegakkan Islam
dan ajarannya yang meletakkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama
sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 lagi. Asas kerjasama PAS dengan masyarakat
bukan Islam adalah didasarkan dalil-dalil jelas daripada Al-Qur’an dan
perjalanan hidup Nabi Muhammad baik di Mekah mahupun Madinah. Kerjasama antara
masyarakat Islam dan bukan Islam dalam pembinaan sebuah negara yang makmur dan
adil jelas dapat dilihat melalui Perlembagaan Madinah yang ditandatangani dan
dipersetujui oleh semua orang Islam, golongan musyrikin dan Yahudi di Madinah
pada waktu tersebut.
Janganlah kita hanya sibuk menyambut Maulid
Nabi tetapi dalam masa yang sama buta dengan kisah di mana pada zaman awal
dakwah Nabi di Mekah, perjuangan Nabi dilindungi oleh beberapa pimpinan bukan Islam
di sana. Kita juga perlu ingat bahawa ketika Nabi berhijrah ke Madinah,
penunjuk jalan beliau dan Abu Bakar adalah seorang non-muslim . Kisah-kisah ini
jelas menunjukkan keharusan bekerjasama dengan masyarakat non-muslim dalam
menegakkan kebenaran dan keadilan.
Sebenarnya bukan PAS tetapi BNlah
yang bersifat seperti ‘chameleon’ atau ‘sumpah-sumpah’ yang boleh
bertukar-tukar warna dalam memancing undi rakyat. Di hadapan kaum Cina, BN
menuduh DAP ditunggangi PAS, manakala di hadapan pengundi Melayu, BN memfitnah
PAS ditunggangi DAP. Dalam suatu majlis, Perdana Menteri BN berceramah panjang
tentang kesederhanaan tetapi dalam ketika yang lain lebih RM400,000
dibelanjakan untuk majlis pertunangan puteri beliau. Kerajaan BN diwar-warkan
sebagai berkebajikan dengan inisiatif BR1M tetapi dalam masa yang sama
menghadiahkan lebih RM 500 juta dalam bentuk pelupusan hutang kepada bekas Pengerusi
Eksekutif MAS, Tan Sri Tajudin Ramli yang telah menggagalkan syarikat
penerbangan negara itu.
Tuduhan Dr Wan Junaidi yang
kononnya dahulu PAS memperjuangkan Negara Islam sehinggakan semua orang hendak
diislamkan seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Borneo semalam juga bukti nyata
penyelewengan fakta yang amat serius oleh seorang Timbalan Speaker Parlimen.
Sekiranya fitnah Dr Wan Junaidi ini benar, tentu sekali tiada orang bukan
Muslim di Kelantan yang telah diperintah dengan jayanya oleh PAS selama lebih
20 tahun. Hakikatnya, penduduk bukan Islam di Kelantan adalah kelompok pengundi
tegar PAS yang berdiri teguh menyokong kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
Sebenarnya, isu PAS herhasrat
meletakkan calon pilihanraya dari kalangan non-muslim bukanlah sesuatu yang
baru. Calon bukan Islam pertama yang diletakkan PAS ialah Saudari Kumutha Raman
di Johor pada tahun 2008. Dalam masa
yang sama perlu dijelaskan bahawa Pesuruhjaya PAS Sarawak dalam kenyataan
beliau pada minggu lepas sebenarnya menyebut PAS Sarawak akan meletakkan calon
Iban dalam PRU13 akan datang. Sebagai rakyat Sarawak yang cintakan keharmonian
seharusnya kita berasa pelik dengan kenyataan Dr Wan Junaidi yang pada hakikatnya bersifat cauvinis
seolah-olah Islam ini hanya milik orang Melayu. Adakah seorang Iban semestinya
seorang bukan Muslim? Kita harus menerima hakikat bahawa Islam tidak mengenal
ras dan kaum dan di Sarawak, telah pun ada kelompok masyarakat Cina, Iban,
Bidayuh dan lain-lain yang telah memeluk Islam sejak sekian lama. Jelasnya,
Islam bukan milik eksklusif orang Melayu,Kedayan ataupun Melanau.
DPPNS menyeru semua rakyat
Sarawak agar tidak mudah termakan dengan dakyah politik BN yang rasis dan penuh
dengan penyelewengan fakta. Mari kita sama-sama berganding bahu membawa
perubahan kepada negara dan negeri ini dengan menolak kezaliman dan
ketidakadilan BN. Bagi PAS, kami jelas dalam perjuangan kami bahawa, ‘the
muslims are our brothers in faith and the non-muslims are our brothers in
humanity’.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
KETUA PEMUDA PAS SARAWAK
DPPNS’ OFFICIAL MEDIA STATEMENT
ISLAM IS THE BASIS OF PAS’
CO-OPERATION WITH THE NON-MUSLIMS
(In response to Deputy Speaker of the
Dewan Rakyat’s statement against PAS in The Star, 08/04/2012)
Sarawak PAS Youth is deeply
intrigued with the baseless allegations made by the MP for Santubong, Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar which clearly demonstrates his rather childish politics
unbefitting of a Deputy Parliamentary Speaker as widely reported in the Sarawak
media yesterday. At the same time, his statements, to our disappointment reveal
a great deal of misunderstanding and confusion about Islam in the mind of this
so-called Muslim leader.
In case the honourable Deputy
Speaker may have slipped his mind, we would like to re-assure him that PAS has
never changed or abandoned her original message of fighting for Islam and
bringing justice to all regardless of race and faith ever since its formation
in 1951. In fact, the very basis for PAS’ co-operation with the non-Muslims is deeply
rooted in The Holy Qur’an and the extensive records of Prophet Muhammad’s
colourful mission and struggle in both Mecca and Medina. The co-operation
between Muslims and the non-Muslims in building a nation of prosperity and
justice is clearly manifested in the famous Medina Constitution which has been
ratified and agreed upon by all Muslims, polytheists and the Jews of Medina at that
time.
Muslims must not be too engrossed
in celebrating The Prophet’s Birthday (Maulid Nabi) but at the same time, are
blind of the hard fact of the prophetic mission whereby it has been reported
that during the early years of the propagation of Islam, The Prophet and the
believers were actually protected by a few non-Muslims leaders in Mecca. We
must also not forget of the fact that during Prophet Muhammad’s Great Migration
(Hijrah) to Medina, his guide was actually a trustworthy non-Muslim. All of these
great stories of co-operation between Muslims and non-Muslims are clear proof
of the permissibility of such interaction, collaboration and mutual support
with the aim to establish public good and justice for all.
As a matter of fact, it was not
PAS but BN which is ‘chameleonic’ and can dynamically change colours just for
the sake of garnering votes from the rakyat. It was not PAS but BN which in
front of the Chinese voters, accuses DAP of being PAS’ slave whilst in front of
the Muslim voters, happily accuses PAS to be DAP’s slave. In fact, it was a BN
Prime Minister who gave a very long sermon on being moderate while weeks later
spent more than RM400,000 for his daughter’s engagement ceremony. At one time,
it was BN who claimed itself as the ultimate champion of the people via BR1M
while at another occasion has waived more than RM 500 million in debt which is
essentially the rakyat’s money to the notoriously corrupt Ex-MAS Executive
Chairman, Tan Sri Tajuddin Ramli.
Dr Wan Junaidi’s false accusation about PAS
used to be extremely passionate about establishing an Islamic State and wanting
all non-Muslims to become Muslims is also another evidence of fact-twisting by
the honourable Deputy Speaker. For a thinking mind, if this even holds any truth,
logically, there should be zero non-Muslims in Kelantan after 20 glorious years
of administering Kelantan. To the surprise of many, the actual fact is that,
the non-Muslim community in Kelantan has become an ever-passionate PAS electorate
in the state and staunch supporters of Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
In actuality, PAS’ intention to
field non-Muslims as candidates in the elections is not new. PAS’ first
non-Muslim candidate was Saudari Kumutha Raman in Johor during the last 2008
election. At the same time, it should be clarified here that Sarawak PAS
Commissioner’s statement last week was actually about fielding an Iban
candidate for the coming 13th General Election. As responsible
Sarawakians who have been celebrating diversity all this while, we should be very
concerned with such chauvinistic statement coming from an MP who as if
declaring that Islam is only for the Malays. Is an Iban must be a non-Muslim,
Mr Deputy Speaker? We have to accept the fact that Islam is race-blind and in
Sarawak, the fact is that there have been many Muslim communities amongst the
Chinese, Ibans, Bidayuhs and various other races who have accepted Islam for
decades. Obviously, Islam is not an exclusive ownership of the Malays, the
Kedayans or the Melanaus.
Sarawak PAS Youth would like to
caution the peace-loving Sarawakians not to be deceived by BN’s unscrupulous
propaganda which is based on racism and fact-twisting. Let us work hand in hand
to bring change to Malaysia and Sarawak by denouncing BN’s injustice and
hate-based politics. For PAS, we are very clear of our struggle which view the
Muslims as our brothers in faith and the non-Muslims as our brothers in
humanity.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
SARAWAK PAS YOUTH CHIEF
KENYATAAN
MEDIA RASMI DPPNS
HENRY NG
HARUS MOHON MAAF KEPADA MASYARAKAT IBAN SARAWAK – 28/02/2012
Dewan Pemuda
PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyelar dengan sekeras-kerasnya
penulisan yang menghina masyarakat Iban di Sarawak sebagaimana yang telah
disiarkan oleh majalah Asian Beacon Jilid 44. Tulisan Henry Ng itu amat
mengguris perasaan masyarakat Iban di Sarawak dan rakyat Sarawak
keseluruhannya.
Pemuda PAS
Sarawak merasakan adalah amat penting untuk semua pihak mengkaji sesuatu
perkara atau isu secara profesional dan saksama. Sebarang kenyataan harus
mengambil-kira semua aspek yang berkenaan tanpa dipengaruhi oleh sentimen emosi
yang tidak berasaskan fakta. Kenyataan
Henry Ng yang membesar-besarkan isu arak dan rokok di kalangan masyarakat Iban
adalah suatu ‘over-generalization’ yang kurang adil kerana masalah seperti itu
juga dihadapi oleh masyarakat lain di seluruh dunia. Pemuda PAS Sarawak
menegaskan kepentingan mengambil pendekatan berhikmah bertunjangkan agama dalam
menangani permasalahan ini secara berkesan. Kami juga merasakan penjelasan
daripada Pengerusi SDNU Sibu, Saudara Chambai Lindong berkenaan tuduhan makanan
tertentu yang dinikmati oleh masyarakat Iban sebagai memadai untuk membetulkan
salah-faham yang ditimbulkan oleh penulis Asian Beacon itu.
Dalam masa
yang sama, Pemuda PAS Sarawak ingin menegaskan komitmen kami dalam membela
nasib dan hak semua kaum khususnya mereka yang tertindas di seluruh Sarawak.
Kita amat sedar bahawa penulisan dan kenyataan yang berbaur perkauman dan bersifat
menghina masyarakat lain adalah suatu amat tidak bertanggungjawab. Namun kita
juga yakin bahawa dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat dengan merampas
tanah-tanah NCR dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak terbelenggu
dengan kemiskinan dan masalah kekurangan kemudahan asas juga adalah juga satu
bentuk penghinaan kepada rakyat. Untuk rekod, hampir 50% keluarga miskin
Sarawak adalah dari kalangan orang Iban dan 20% pula dari kalangan orang
Melayu.
Oleh itu, dengan
tegas kami mendesak Henry Ng untuk menarik-balik kenyataan beliau seperti yang
disiarkan dalam majalah Asian Beacon dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat
Iban Sarawak atas laporan beliau yang tidak bertanggungjawab itu. Kami juga
menyeru semua pihak untuk sentiasa bersikap adil dan saksama dalam menilai
setiap perkara bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat di negeri ini.
MOHAMMAD
ARIFIRIAZUL BIN PAIJO
Ketua Pemuda
PAS Sarawak
DPPNS’
OFFICIAL MEDIA STATEMENT
HENRY NG
MUST APOLOGIZE TO THE IBAN COMMUNITY OF SARAWAK – 28/02/2012
Sarawak PAS
Youth (Dewan Pemuda PAS Sarawak) strongly condemns the article published in the
Asian Beacon magazine which is derogatory towards the Iban community in
Sarawak. Henry Ng’s writing is indeed insensitive to the feelings of the Iban
community and all Sarawakians as a whole.
Sarawak PAS
Youth is of the opinion that, all matters or issues pertaining to the community
must be evaluated professionally and fairly. Any statements must be evaluated
from all credible aspects and has to be based on facts and not emotional
sentiments. Henry Ng’s exaggeration on the drinking and smoking habits of the
Ibans is rather an unfair ‘over-generalization’ of the issues since, these
problems are also affecting other communities worldwide. Sarawak PAS Youth
would like to emphasize the importance of applying a wise approach based on
faith and religion in effectively addressing this kind of problems. We also
feel that the explanation as provided by the Sibu SDNU Chairman, Saudara
Chambai Lindong is sufficient in countering the unfounded claims by Henry Ng on
certain food allegedly enjoyed by the Iban community.
At the same
time, we would like to highlight our undivided commitment to fight for the
rights and interests and of all communities in Sarawak, particularly the
oppressed and the forgotten. We are very appalled with the insensitive and
irresponsible remarks of Henry Ng, however, we also feel that the current
government’s policies of confiscating people’s NCR lands and leaving the rakyat
under the cruelty of poverty and lack of basic amenities are also a form of
degrading the rakyat. For records, almost 50% of the poor household in the
state is from the Iban community while another 20% is amongst the Malays.
In that
light, we demand a full retract of the
article and an unconditional apology from Henry Ng to the Iban community of
Sarawak for such misguided reporting about the community as published in the
Asian Beacon magazine. We also appeal to all parties to be fair and just to
ensure continuous harmony in the state.
MOHAMMAD
ARIFIRIAZUL BIN PAIJO
Sarawak PAS
Youth Chief
KENYATAAN
MEDIA RASMI DPPNS
ISRAEL ADALAH
SEBUAH NEGARA YANG TIDAK SAH
(Menjawab
kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam
The Star, 23/02/2012)
Dewan Pemuda
PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menegaskan sokongan kami yang tidak berbelah-bahagi
kepada ketetapan dan pendirianyang telah diambil oleh Mursyidul-Am PAS, Tuan
Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan MajlisSyuraUlama’ PAS Pusat yang tidak mengiktiraf
Israel sebagai sebuah negara yang sah. Ini adalah kerana, negara tersebut didirikan
melalui perampasan tanahair rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Islam
dan Kristian pada tahun 1948. Ini secara asasnya, menjadikan Israel sebuah kuasa
penjajah dan sebarang penentangan terhadap penjajahan ganas Israel itu sebagai sesuatu
yang sah dan perlu diberi sokongan antarabangsa.
Tuan Guru Nik
Abdul Aziz sebenarnya tidak keseorangan dalam menyatakan pendirian ini kerana,
ketetapan yang serupa telah dipersetujui oleh semua ulama’ muktabar sedunia seperti
Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari Mesir dan Dr Wahbah Az-Zuhaili dari Syria. Pemuda
PAS Sarawak menyokong penuh pendirian ini kerana rejim Israel telah menumpahkan
begitu banyak darah rakyatPalestin yang tidak bersalah baik yang Muslim mahupun
yang Kristian sepanjang penjajahan mereka di Bumi Suci ini. Dalam masa yang
sama, Israel juga tidak pernah menyesali kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin
dan terus-menerus melanggari ketetapan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tanpa mengendahkan tekanan
masyarakat dunia.
Pemuda PAS
Sarawak juga ingin memperingatkan Pemuda PBB supaya mendesak pemimpin-pemimpin pemuda
BN khususnya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menarik-balik kenyataan
beliau yang menyokong aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel. Daripada
rekod yang kami perolehi, terdapat bukti yang kuat bahawa aktiviti perdagangan antara
Malaysia dan Israel adalah amat aktif sepanjang pentadbiran BN. Berdasarkan satu
laporan oleh Kesatuan Eropah, Malaysia adalah rakan dagang ke-15 paling besar untuk
negara Israel.Ini menunjukkan ketidakprihatinan kerajaan BN terhadap
sensitivity umat yang amat bersimpati kepada perjuangan Palestin.Ia juga adalah
satu bukti tuntas sifat hipokrasi dan bermuka-muka BN semata-mata untuk menjaga
kepentingan politik mereka yang sempit.
Dalam masa
yang sama, kami merasakan Naib Ketua Pemuda PBB telah membuat kenyataan yang
melucukan apabila beliau cuba berspekulasi tentang masa depan Tuan Guru Nik
Abdul Aziz di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa
Tuan Guru adalah asset utama kepada Pakatan dan pada hakikatnya, Tuan Guru
adalah Mursyidul-Am bukan sahaja untuk PAS malahan untuk Pakatan Rakyat
keseluruhannya. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mungkin telah mengambil perspektif
yang berbeza tentang isu ini dan ia tidak dipersetujuioleh PAS, namun harus diingat
bahawa beliau sebenarnya berkongsi pendirian yang sama dengan kerajaan BN sedia
ada iaitu penyelesaian kepada konflik berdarah ini adalah melalui pengwujudan dua
buah negara iaitu, Palestin dan Israel.
Pendirian teguh
PAS berkenaan pejuanganPalestin tidak pernah berubah dan sokongan padu kami
kepada pembebasan Palestin daripada penjajahan haram Israel tidak pernah pudar.
Bagi PAS, perjuangan Palestin adalah satu perjuangan suci untuk menegakkan keadilan
dan membawa keamanan yang sebenar kepada semua rakyat Palestin.
MOHAMMAD
ARIFIRIAZUL BIN PAIJO
KetuaPemuda
PAS Sarawak
DPPNS’
OFFICIAL MEDIA STATEMENT
ISRAEL IS
NOT A LEGITIMATE STATE
(In response
to PPB Youth Vice-Chief allegations against Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat in
The Star, 23/02/2012)
Sarawak PAS
Youth (DewanPemuda PAS Sarawak) fully supports the stance as taken by our
Spiritual Leader, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat and PAS’
MajlisSyuraUlama’ that Israel is not a legitimate state on the basis that the
state was established on lands confiscated from both the Muslim and Christian
Palestinians in 1948. This effectively makes Israel an occupier and thus, any
resistance towards this illegal land-grabbing from the rightful owners of the
lands legitimate and worthy of international support.
Tuan Guru
Nik Abdul Aziz is never alone in this stand, in fact, similar position was
taken by all prominent ulama’ in the Islamic world including the honourable Dr
Yusuf Al-Qaradhawi of Egypt and Dr WahbahAz-Zuhaili of Syria. Sarawak PAS Youth
has given our full backing to this position since it will never be justified to
recognize Israel as it has shed so many innocent blood of both Muslim and
Christian Palestinians throughout its occupation of the Holy Land. Furthermore,
Israel has shown no remorse of its aggression against the Palestinians and has
effectively contradicted various UN resolutions in defiance of the demands of
the international community.
Sarawak PAS
Youth would like to admonish PBB Youth to take BN youth leaders especially its
master, UMNO Youth Leader, KhairyJamaluddin to task for having no reservation
for Malaysia to freely trade with Israel. Our records have shown that there
have been free shipments of goods from Malaysia to Israel under BN
administration. It is worth noting here that, Malaysia is Israel’s 15th
largest trade partner based on a report by the EU’s European Commission of
Trade, which in effect demonstrates BN’s blatant disregard of the rakyat’s
overwhelming sentiment of discontentment against Israel. This is also a vivid
evidence of BN’s hypocrisy and political expediency.
It is also
very amusing to see PBB Youth Vice-Chief ridiculing himself by speculating
about the future of Tuan Guru Nik Abdul Aziz within PAS and Pakatan Rakyat. The
honourable Tuan Guru is without doubt a great asset to the coalition and as a
matter of fact, he is the Spiritual Guide not only for PAS but for Pakatan
Rakyat as a whole. Dato’ Seri Anwar Ibrahim may have taken a different
perspective to the issue which PAS disagrees, however, it is also very clear
that Dato’ Seri Anwar Ibrahim states his opinion on the basis of a two-state
solution, a position also taken by the current BN government.
PAS’ firm
stand on the Palestinian Cause has never changed and our full support for the
liberalization of the Palestinian lands from the illegitimate colonizers has
never wavered. For us, the Palestinian struggle is a holy struggle to uphold
justice and bring peace to all rightful owners of the Holy Land.
MOHAMMAD
ARIFIRIAZUL BIN PAIJO
Sarawak PAS
Youth Chief
KENYATAAN MEDIA RASMI
DPPNS
BR1M DAN RAKYAT
TERMISKIN DI SARAWAK – 02/02/2012
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyambut baik
inisiatif terbaru Persekutuan, Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M yang
dilaporkan oleh media secara meluas akhir-akhir ini. Skim pengagihan RM 500
kepada setiap keluarga berpendapatan rendah
yang mencecah 80% daripada keseluruhan rakyat di negara ini pada
hakikatnya, boleh disifatkan sebagai satu inisiatif tertangguh kerana rakyat di
Sarawak khususnya, sememangnya menghadapi kekangan kewangan yang mendesak sejak
krisis ekonomi 2008 lagi.
Dalam masa yang sama, kita sebagai rakyat Malaysia harus bijak dalam
menilai peruntukan RM 2.6 bilion yang dilancarkan oleh Perdana Menteri ini
kerana peruntukan ini sebenarnya adalah wang rakyat sendiri. Tiada parti atau
koalisi politik, baik BN mahupun Pakatan Rakyat yang boleh mendabik dada
mengatakan bahawa kekayaan negara ini adalah hak mereka dan bukan rakyat. Jika
kita teliti dengan cermat, peruntukan RM 2.6 bilion hanyalah 1.0 % daripada
keseluruhan anggaran hasil negara pada tahun ini. Justeru, pada hemat kami, ini
bukanlah satu hujahan yang kuat bagi parti pemerintah untuk menjadikan BR1M
sebagai bukti terbaik polisi penyayang BN. Majlis-majlis pengagihan BR1M yang dihadiri
dan dirasmikan oleh ramai pemimpin BN di seluruh negara, sebenarnya boleh
menunjukkan betapa BN khususnya di Sarawak, amat terdesak dalam usaha mereka
ingin menambat hati pengundi dengan penonjolan imej pemimpin berjiwa rakyat.
BR1M mungkin bukan gula-gula pilihanraya seperti yang dinafikan oleh seorang
pemimpin BN awal minggu ini, tetapi tanpa syak, ia adalah gula-gula sebelum pilihanraya.
Berdasarkan kajian Pemuda PAS Sarawak, peruntukan BR1M untuk Sarawak
adalah dianggarkan berjumlah RM 100.0 juta iaitu hanyalah 3.8% daripada
keseluruhan peruntukan BR1M. Jumlah ini dianggarkan akan diagihkan kepada
hampir 200,000 keluarga berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan di seluruh
negeri. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus bermuhasabah
dengan peruntukan sebesar ini yang menggunakan wang rakyat sendiri.
Menurut perangkaan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ketika Sidang DUN pada
Jun 2011 yang lepas, bilangan keluarga miskin di negeri ini berjumlah 55,975
keluarga dengan hampir setengah daripada mereka dikategorikan sebagai miskin
tegar iaitu hanya mempunyai pendapatan kurang RM 520 sebulan. Jika kita gunakan
data Kerajaan Negeri ini sebagai asas, kita mendapati peruntukan dengan jumlah
yang sama seperti BR1M sebenarnya boleh mensifarkan kemiskinan tegar di Sarawak
hanya dalam masa setahun! Malahan, jumlah ini juga mampu menurunkan kadar
kemiskinan di Sarawak daripada 5.3% (2009) kepada hanya 2.7% dan jika ini
berlaku, Sarawak bukan lagi negeri ketiga yang mempunyai rakyat miskin teramai
di Malaysia.
PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat kami sebenarnya telahpun mencadangkan
dalam pembentangan Bajet Alternatif Sarawak 2012 peruntukan berjumlah RM 80.0
juta khusus untuk program mengurangkan kemiskinan di negeri ini. Dengan hanya
penambahan RM 20.0 juta untuk menyamai peruntukan BR1M di Sarawak, adalah
diyakini kadar kemiskinan di Sarawak boleh dikurangkan secara drastik. Jumlah
ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil jauh sekali membazir kerana jika
kita bandingkan, peruntukan yang jelas pro-rakyat ini hanyalah 2.5% daripada RM
4.0 bilion anggaran hasil negeri Sarawak untuk tahun 2012.
Pemuda PAS Sarawak ingin tegaskan di sini khususnya kepada
pemimpin-pemimpin BN bahawa RM 500 ini bukanlah wang BN tetapi adalah wang
rakyat. Bagi PAS dan Pakatan Rakyat, agenda sifar kemiskinan di Sarawak
bukanlah angan-angan Mat Jenin, malah ia sebenarnya sesuatu yang boleh dan
mampu dicapai oleh negeri ini, dengan syarat segala kekayaan Sarawak
diurustadbir dengan penuh rasa amanah dan berintegriti. Dengan hadiah BR1M di
tangan, janganlah kita dengan mudah melupai nasib rakan-rakan kita yang akan hanya
menikmati bantuan tersebut untuk sebulan ini sahaja, padahal untuk bulan-bulan
mendatang, mereka akan terus dibelenggui kemiskinan dan kesengsaraan.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL BIN
PAIJO
Ketua Pemuda PAS Sarawak
DPPNS’ OFFICIAL MEDIA
STATEMENT
BR1M AND THE SARAWAK’S
POOREST – 02/02/2012
Sarawak PAS Youth highly
welcomes the latest Federal scheme, Bantuan Rakyat 1 Malaysia or BR1M in short
which has been widely reported in the media of late. In fact, this RM 500 cash
disbursement which targets a staggering 80% of Malaysian households nation-wide
is rather over-due since the rakyat, particularly in Sarawak has been very much
financially constrained over the past 4 years ever since the 2008 recession.
At the same time, we as
Malaysians should always remember of the fact that the RM 2.6 billion
allocation for BR1M as announced by the Prime Minister is undisputedly the
people’s money i.e; our money as the responsible citizens of the Federation. No
political party or coalition, be it BN or Pakatan Rakyat, should arrogantly
claim that the wealth of the nation is theirs and not the rakyat. In reality,
this RM 2.6 billion only represents approximately 1.0% of the total expected
revenue for the country this year. Thus, it is not quite a strong argument for
the ruling party to boast that BR1M is the ultimate attestation of BN’s
sincerely caring policy. Such brouhaha about BR1M with disbursement programmes attended
and graced by BN leaders throughout the country is a clear evidence of BN
particularly in Sarawak, desperately in need of such public relations exercise
to win over votes amongst the people. BR1M may not be an election candy as
dismissed by one BN leader earlier this week, but it is definitely, a
pre-election candy.
Based on Sarawak PAS
Youth’s conservative estimate, the expected total disbursement of BR1M to the
Sarawak citizens will be in the order of RM 100.0 million which actually
represents a minimal 3.8% of the total BR1M allocation. This amount is
estimated to reach almost 200,000 low income households across the state
earning less than RM 3,000 per month. However, as responsible citizens of
Sarawak, it is only appropriate that we reflect upon such huge allocation of
people’s money.
By the latest figures as
furnished by the Sarawak State Government during the previous DUN sitting in
June 2011, there are 55,975 poor households in the state, of which almost half
are categorized as hardcore poor families. These families earn less than RM 520
a month, indeed a nasty reality for citizens living in such a land of
abundance. By using this official data, it is estimated that an allocation of
similar size as BR1M for Sarawak can actually eliminate incidence of hardcore
poverty totally in the state, only within a year! Further analysis also reveals
that with such RM 100.0 million allocation, Sarawak can in actual fact reduce
its incidence of poverty of 5.3% (2009) by half to 2.7%, effectively disqualifying
the state as the third state in Malaysia with the highest level of poverty.
PAS and our partners in
Pakatan Rakyat has actually proposed in our Alternative Budget 2012 for Sarawak
that RM 80.0 million is allocated specifically to significantly reduce cases of
hardcore poverty in the state. And with an additional RM 20.0 million to match
the estimated BR1M figure for Sarawak, such allocation for the benefit of the
Sarawak’s poorest appears rather negligible at only 2.5% in comparison to
Sarawak’s expected revenue amounting RM 4.0 billion for 2012.
We would like to remind
the BN leaders that the RM 500 given to the rakyat in the BR1M programme
is not from BN but it is from the nation and the rakyat's wealth. For us in PAS
and Pakatan Rakyat, zero poverty in Sarawak has never been considered as being
in the realm of impossibility, rather it is a highly feasible and achievable
proposition provided the wealth of the state is religiously administered with a
sense of ‘amanah’ and integrity. With the BR1M gift at hand, as received by
most Malaysians, let us not forget our brothers and sisters who could only
enjoy this once-off token for a month, while the next and proceeding months
still very much in their rather decrepit life under poverty.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL BIN
PAIJO
Sarawak PAS Youth Chief
DPPNS’
OFFICIAL MEDIA STATEMENT
PAS IS HERE
TO STAY AND FIGHT FOR SARAWAK
(In response
to MPs of Santubong & Asajaya’s statements in The Borneo Post, 27/01/2012)
Sarawak PAS
Youth (Pemuda PAS Sarawak) is very much amused with the unintelligent response
made by two BN leaders yesterday in The Borneo Post. The statements made by
these two YBs, one of whom is the Deputy Speaker of the Dewan Rakyat seem to
vindicate that BN leader are very much in fear of PAS’ ability to make real and
significant inroads in Sarawak’s political arena. It is only logical to say
that this fear is anchored with facts known by BN itself that PAS in Sarawak is
without doubt a great competitor to the BN ruling coalition in the last state
election. This is proven by the substantial and sizeable votes from the people
even with PAS’ tender age in the state and meekly machinery as against to the
Goliath BN.
It would
only be more sensible for these BN assemblymen to focus more on delivering
their election promises to the rakyat and prove themselves to be worthy
representatives of their constituents, rather than busying themselves in this
endless accusatory politics of no avail, typical of BN leaders. As all are
aware, both Santubong and Asajaya as represented by the assemblymen are still
largely plagued with poverty and inadequate basic amenities even after 50 years
of BN rule in the state. One can only wonder how many more decades are needed
by these BN politicians to really make a difference in the lives of the
Sarawakians, thanks to their incompetence and ineffectiveness in serving the
people.
PAS strongly
believes that only through the implementation of NegaraBerkebajikan (Nation of Care &
Opportunity), Sarawak can truly be liberated from the chains of poverty and
insufficiency towards a just, progressive and prosperous state in which all
Sarawakians from all ethnic and religious groups can live harmoniously with
each other. Contrary to what has been alleged by YB Abdul Karim, PAS in Sarawak
has never promoted disunity amongst the people of Sarawak particularly, amongst
the Muslim community. Indeed, the only call which PAS is espousing, is the
clarion call for the Sarawak people of all races to unite against the
corruption and injustice perpetrated by BN for the past 50 years.
It invites
great disappointment to see a Deputy Speaker of the Dewan Rakyat to be very
much misinformed or rather uninformed of the real statistics about Kedah and
Kelantan, both of which are successfully governed by PAS. To the frustration of
YB Wan Junaidi, Sarawak PAS Youth would like to enlighten the honourable Deputy
Speaker of the Dewan Rakyat of the data as furnished by the Economic Planning
Unit (EPU) of the Prime Minister’s Office which clearly shows that Kelantan has
fewer incidence of poverty at only 4.8% in comparison to the bountiful state of
Sarawak with 5.3%. Although Kedah recorded 5.3% incidence of poverty similar to
Sarawak in 2009, this PAS state has only 0.8% incidence of hardcore poverty
while Sarawak registered 1.0% in hardcore poverty. It is even more commendable
that Kelantan has in fact, triumphantly reduced its incidence of poverty by 25%
from 1989 until 2009 whilst Sarawak has only been able to reduce this by 16%
within the same period. At the same time, both Kedah and Kelantan managed to
reduce their hardcore poverty levels by 8% and 6% respectively, while Sarawak
has only managed to reduce its hardcore poverty level by an embarrassingly
minimal 2%. This is despite of the incessant sanctions of grants and lack of
financial support from the BN Federal Government towards Kedah and
Kelantan. Furthermore, in terms of
income inequality in Sarawak as measured by Gini Coefficient, this land of
abundance stood second after Sabah as the most unequal state in Malaysia. With
all these hard facts, no sane man can accuse that Kedah and Kelantan are ‘at a
loss’.In fact, PAS has yet again proven to the people that it can govern
effectively for the benefit of the rakyat.
As said by
YB Abdul Karim, ‘Talk is cheap’ and that is exactly what BN leaders have been
doing for the past 50 years without delivering enough to the deserving people
of Sarawak. As for PAS, we are here to stay and will continue to fight for the
welfare and justice of the brave people of this great Sarawak against the
corrupt BN leaders. God-willing, together with our partners in Pakatan Rakyat,
a new prosperous Sarawak shall be a reality.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
PAIJO
Sarawak PAS
Youth Chief
KENYATAAN MEDIA
RASMI DPPNS
PEMUDA PAS SARAWAK
GESA SEGERAKAN TABUNG AMANAH BUMIPUTERA (TAB) – 28/6/2011
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda
PAS Sarawak) menyambut baik reaksi positif daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
selaku Ketua Menteri Sarawak kepada cadangan menubuhkan Tabung Amanah
Bumiputera (TAB) ketika Sidang DUN Sarawak yang lalu. TAB yang dicadangkan bagi
mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera
di Sarawak ini adalah satu langkah penting dalam memastikan pengagihan kekayaan
negeri berlaku dengan lebih adil, merentas perbezaan kaum.
Berdasarkan statistik terkini,
terdapat 55,975 buah keluarga miskin di Sarawak yang berdaftar dengan sistem
e-Kasih dan 49% daripada jumlah ini pula dikategorikan sebagai golongan miskin
tegar (hardcore poor). Daripada jumlah ini, lebih 80% adalah dari kalangan kaum
Bumiputera dan hanya sekitar 2% dari kalangan kaum Cina. Perangkaan ini
sebenarnya amat membimbangkan kerana ini menunjukkan pola pengagihan ekonomi
yang tidak seimbang di kalangan pelbagai kaum di Sarawak.
Pemuda PAS Sarawak melihat
saranan Ketua Menteri agar TAB lebih menumpu kepada aspek pembangunan modal
insan teknikal dalam memenuhi keperluan guna tenaga di SCORE yang dijangkakan
berjumlah 1.5 juta orang sehingga 2030 adalah suatu yang baik. Walau
bagaimanapun, Pemuda PAS Sarawak juga berpandangan bahawa kerajaan Negeri
Sarawak seharusnya menggerakkan inisiatif ini dengan lebih inovatif dan kreaktif
serta tidak hanya berlegar kepada pemberian biasiswa atau pinjaman kepada
mereka yang ingin mendapatkan latihan teknikal semata-mata. Kami berpendapat
masalah utama dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir teknikal di kalangan
penduduk Sarawak adalah halangan pendidikan dan kemudahan pendidikan yang
terhad. Pemuda PAS Sarawak ingin mencadangkan agar satu jumlah peruntukan yang
signifikan daripada TAB digunakan secara khusus untuk meningkatkan kesedaran
dan minat para pelajar Bumiputera Sarawak kepada subjek-subjek Teknikal dan
Kejuruteraan. Ini adalah kerana, hanya melalui intervensi awal dalam memupuk
minat kepada subjek-subjek teknikal ini, Sarawak akan mampu menawarkan kelompok
tenaga mahir teknikal Bumiputera yang mencukupi untuk sektor industri di negeri
ini.
Di samping itu, Pemuda PAS
Sarawak juga merasakan bahawa Kerajaan Sarawak boleh mengupayakan badan-badan
amal, badan-badan agama termasuk masjid-masjid dan surau-surau,
organisasi-organisasi bukan kerajaan dan persatuan-persatuan profesional di
negeri ini dengan menyediakan geran dan pembiayaan agar kumpulan-kumpulan
akar-umbi ini dapat menjadi teraju utama (driver) kepada program bersepadu
meningkatkan tahap penguasaan subjek-subjek Teknikal dan Kejuruteraan di
kalangan pelajar Bumiputera. Ini adalah kerana Pemuda PAS Sarawak berpandangan bahawa
potensi tenaga sukarela di peringkat akar-umbi adalah lebih bermotivasi dalam menghasilkan
program-program pendidikan yang lebih kreatif dan berkesan dalam meningkatkan
tahap penguasaan para pelajar dalam subjek-subjek berkenaan berbanding
birokrasi kerajaan sedia ada. Pendekatan ini diyakini mampu meningkatkan tahap
‘ownership’ di kalangan kaum Bumiputera dalam meningkatkan kecemerlangan
pendidikan anak-anak mereka. Pendekatan ‘pengupayaan komuniti oleh komuniti’
ini telah lama dirintis dan dibangunkan dengan jayanya di negara-negara Barat. Melalui
strategi baru ini, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan operasinya tanpa
mengorbankan keberkesanan program berbanding pendekatan ‘pengupayaan komuniti
oleh kerajaan’ yang lebih mahal dan amat mudah disalahgunakan.
Pemuda PAS Sarawak juga melihat
potensi masjid-masjid dan surau-surau di Sarawak dalam menerajui
program-program peningkatan kecemerlangan pendidikan dalam subjek-subjek
kritikal ini melalui TAB dalam persekitaran yang bernuansakan Islam dan
budi-pekerti mulia. Ini adalah kerana dalam pelbagai pemerhatian yang
dilakukan, kemudahan premis masjid-masjid dan surau-surau tidak digunakan
secara optimum untuk pembangunan komuniti Muslim dan atas dasar itu,
pengimarahan institusi masjid dan surau melalui projek-projek pendidikan ini
dirasakan amat sesuai dan tepat.
Di samping itu, Pemuda PAS
Sarawak juga ingin menyarankan satu pakatan kerjasama antara Kerajaan Sarawak
dan sektor industri di Sarawak yang lebih sistematik dalam membuka ruang dan
peluang yang lebih luas kepada skim-skim latihan industri (industrial
internship) bukan sahaja kepada para pelajar politeknik dan universiti malahan
kepada para pelajar sekolah menengah di kalangan Bumiputera khususnya ketika
cuti-cuti persekolahan. Para pelajar ini boleh diberikan latihan pra-industri
yang bersesuaian dengan tahap pendidikan menengah mereka dengan syarat, tiada
pengabaian kepada tahap keselamatan mereka sepanjang tempoh pelatihan tersebut.
Pihak industri berteknologi tinggi luar negara yang bakal melabur di Sarawak pula
seharusnya diwajibkan untuk menyediakan skim pelatihan yang berkaitan kepada
pemegang-pemegang ijazah, diploma dan sijil teknikal di kalangan kaum Bumiputera
Sarawak dalam jangka masa tertentu melalui penubuhan akademi-akademi latihan
kemahiran agar pemindahan kemahiran teknikal kepada rakyat Sarawak berlaku
dengan lebih pantas dan efektif.
Pemuda PAS Sarawak menyeru agar
semua pihak, baik Kerajaan Negeri mahupun industri bertekad dan bekerjasama secara
proaktif agar ketidakseimbangan ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan
Bumiputera di Sarawak ini mampu diminimakan. Penubuhan TAB untuk tujuan
memperkasakan kaum Bumiputera dalam bidang teknikal ini sewajibnya diberikan
perhatian segera oleh pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan kemajuan Sarawak
dinikmati oleh semua secara adil dan saksama.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
KETUA PEMUDA PAS SARAWAK
DPPNS’ OFFICIAL
MEDIA STATEMENT
PAS YOUTH URGES
BUMIPUTERA TRUST FUND (BTF) TO BE EXPEDITED – 28/6/2011
Sarawak PAS Youth welcomes the positive response from the
Sarawak Chief Minister, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud on the proposal to
establish Bumiputra Trust Fund (BTF) as advocated during the recently concluded
State Assembly seating. BTF which was put forward to narrow down the
socio-economic gap between Bumiputras and non-Bumiputras in Sarawak should be
seen as a pivotal step in ensuring a more equitable distribution of wealth
amongst the people of various races in the state.
Based on the latest statistics from the e-Kasih system,
Sarawak has 55,975 poor families with 49% of them registered as hardcore poor.
From this figure, more than 80% of the poor and hardcore poor families are
amongst the Bumiputras and approximately 2% are from the Chinese. These figures
are in fact, disturbing as it clearly shows a serious trend of uneven and
inequitable economic distribution across the Sarawak population.
Sarawak PAS Youth also positively views CM’s aspiration for
BTF to focus more on the human capital development in the technical area so as
to fulfill SCORE’s predicted 1.5 million jobs by 2030. However, we are also in
the opinion that the State Government needs to be more innovative &
creative in implementing this initiative so that, it does not only revolve
around giving scholarship and financial assistance to those who desire to
obtain the right technical trainings and competency. We highly opine that the
biggest impediment for Sarawak Bumiputra youth to gain the necessary technical
skills in industry is the access to technical education and the lack of
technical training facilities. Sarawak PAS Youth also proposes that the State
Government takes a more proactive role in raising the level of awareness and
interest amongst Bumiputra students in the technical field via a significant
funding from BTF. We feel that only through early intervention programmes,
Sarawak will be able to adequately produce qualified technical workers for the
State’s burgeoning industrial sector.
In addition to that, Sarawak PAS Youth also feels that it is
only appropriate for the Sarawak State Government to empower charity
associations, religious groups including mosques and suraus, NGOs and
professional bodies to be the drivers at the grass-root level to better improve
Bumiputra students’ performance in the critical technical subjects. This can be
achieved via grants and appropriate funding schemes to these vibrant
organizations channeled through BTF. We believe that this approach is more
effective since the many volunteers at the grass-root level are in many
instances, more motivated and creative in implementing effective education
improvement programmes in comparison to the existing government’s bureaucracy.
This ‘empowerment of the community by the community’ approach has long been
practiced in the West with very positive results. Under this new strategy, the
government will in fact, be able to save its operational cost without
compromising on the effectiveness of the programmes as compared to the previous
‘empowerment of the community by the government’ which in many cases, not
cost-effective and easily susceptible to manipulation.
Sarawak PAS Youth also sees a promising potential for our
mosques and suraus to be transformed into centres of educational excellence
through programmes aiming at improving Bumiputra students’ performance in
technical subjects in a conducively Islamic environment through BTF funding.
This is actually based on our observation that many mosques and suraus in the
State which are not fully used for the betterment of the Muslim community. With
the integration of such programmes to the institution’s activities, we
anticipate better youth participation in the mosque and surau communities.
Apart from that, Sarawak PAS Youth would also like to
propose a more systematic pact between the Sarawak Government and the industry
in order to open more opportunities for industrial internship schemes for
Bumiputra students not only amongst undergraduates and polytechnic trainees but
also to include secondary school students especially during their semester
breaks. These secondary Bumiputra students shall be given the suitable
pre-industrial training with the assurance that their safety in the industrial
premises is appropriately taken care of. We also think that it is important
that foreign hi-tech investors are mandated to provide proper technical
training schemes for our graduates, diploma-as well as trade certificate
holders with the required technical competence and skills through establishment
of skills training academies so that the proper technology transfer from the
foreign industry to the Sarawakian technical workforce would commence faster
and more effectively.
Sarawak PAS Youth calls for all quarters, be it the State
Government or the industry to be committed and co-operative in ensuring a more
equitable distribution of wealth amongst the various races in Sarawak. The
establishment of BTF with a focus to increase Bumiputra participation in the
technical area must be given proper attention and expedited by State Government
in order that Sarawak’s development and progress is shared fairly and equitably
by all Sarawakians.
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
SARAWAK PAS YOUTH CHIEF
KENYATAAN MEDIA RASMI DPPNS:
SPRM PERLU TERUS SIASAT KM – 23/06/2011
Pemuda PAS Sarawak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan untuk memulakan siasatan rasuah
terhadap Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Ini
merupakan tindakan yang tepat dilakukan oleh SPRM. Pemuda PAS Sarawak berharap
agar pihak SPRM dapat menjalankan siasatan penuh seperti mana yang dilakukan
terhadap bekas Menteri Besar Selangor , Dr Mohamad Khir Toyo. Pemuda PAS
Sarawak turut meminta agar SPRM tidak akan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan
politik parti pemerintah dalam menjalankan proses siasatan yang lengkap dan
telus.
Dalam perkembangan yang sama, Pemuda PAS Sarawak bersimpati dengan Ketua
Pemuda PBB YB Datuk Hj Fadhillah Yusof yang terus mendapat tekanan daripada
kepimpinan Pemuda PBB negeri yang lain dalam usaha memberi sokongan kepada
Ketua Menteri dalam proses siasatan rasuah oleh SPRM ini. Pemuda PAS Sarawak
juga ingin mengucapkan syabas kepada YB Datuk Hj Fadhillah atas tindakan beliau
yang tidak tergesa-gesa dalam menyatakan sokongan membuta-tuli terhadap Ketua
Menteri dalam perkara ini. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kemungkinan besar
ada kebenaran terhadap laporan rasuah yang diketengahkan sebelum ini.
Pemuda PAS Sarawak berharap dengan perkembangan ini akan memberi
gambaran jelas kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa telah banyak hasil kekayaan
negeri yang disalahgunakan oleh Ketua Menteri Sarawak. Kekayaan negeri Sarawak
seharusnya kembali kepada rakyat negeri Sarawak dengan pembinaan
kemudahan-kemudahan asas yang terbaik untuk rakyat.
“ISLAM ADIL
UNTUK SEMUA”
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
PAIJO
KETUA PEMUDA
PAS SARAWAK
DPPNS’ OFFICIAL MEDIA STATEMENT:
MACC MUST CONTINUE INVESTIGATING CM – 23/06/2011
Sarawak PAS Youth congratulates the Malaysian Anti-Corruption Commission
(MACC) for initiating a full investigation on the alleged corruption cases
believed to be committed by the Sarawak Chief Minister, Pehin Sri Abdul Taib
Mahmud. This commendable action by the MACC is fully supported by Sarawak PAS
Youth and we highly hope that the investigation process will be carried-out as
thoroughly as what has been seen in the Ex-Selangor Mentri Besar, Dr Mohamad
Khir Toyo’s case. Sarawak PAS Youth calls for MACC to be steadfast and not
easily influenced by unwarranted political pressures from the ruling party in
deliberating a complete and transparent investigation.
In light of this development, Sarawak PAS Youth fully sympathizes with
PBB Youth Chief. Datuk Hj Fadhillah Yusof, who has been in constant pressure by
other PBB Youth leaders to show an open support towards the Chief Minister who
is currently under probe by the MACC. We would like to take this opportunity to
also congratulate YB Fadhillah for not being hasty pertaining to this issue.
This in a way, shows that there might be some truth in the alleged corruption
cases as widely reported by various groups within the Sarawak civil society.
Sarawak PAS Youth hopes that this positive development will be able to
give a clearer picture to the Sarawak people that the state’s wealth has been
irresponsibly squandered by their own Chief Minister. This vast amount of
wealth and richness should have been returned to the rightful hands of
Sarawakians particularly in the form of better public amenities and basic
infrastructures for the enjoyment of the rakyat.
“ISLAM ADIL
UNTUK SEMUA”
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
PAIJO
SARAWAK PAS
YOUTH CHIEF
KENYATAAN MEDIA DPPNS:
PERLANTIKAN KABINET BARU SARAWAK – 05/05/2011
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak melalui ketua pemudanya Saudara Mohammad
Arifiriazul mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet baru Kerajaan Sarawak
yang baru sahaja diisytiharkan oleh Ketua Menteri (KM), Pehin Sri Hj. Abdul
Taib Mahmud pada 3hb Mei 2011 yang lepas. Kecekapan KM dalam melantik barisan
menteri beliau dalam masa kurang sebulan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan
bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri. Pemuda PAS Sarawak juga
mendoakan agar barisan kabinet negeri ini akan menjalankan tugas mereka sebagai
pemimpin dengan penuh amanah dan berintegriti.
Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga berpandangan bahawa
pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN Sarawak
yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda Sarawak.
Dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali
pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam memastikan
kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan. Kerajaan negeri di
bawah pimpinan KM dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan
penting golongan muda Sarawak dalam membangunkan negeri bertuah ini, malahan,
mereka lebih selesa untuk menggunakan kemenangan ‘hebat’ mereka kali ini untuk
meneruskan dominasi golongan berkepentingan agar segala penyelewengan hasil
negeri dalam mandat yang lepas akan terus didiamkan dan disembunyikan. Malah,
adalah tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa kabinet baru
Sarawak ini tidak ubah seperti kabinet boneka KM yang dianggotai oleh para
menteri yang ‘loyalists’ dan ‘yes men’ kepada beliau. Ini sememangnya satu
kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sarawak seluruhnya.
Kenyataan KM yang menyebut beliau belum bersedia untuk merombak kabinet
negeri adalah satu lagi petanda bahawa janji beliau untuk berundur selepas
pilihanraya negeri yang lepas hanyalah gimik politik semata-mata. DPPNS berasa
kesal dengan permainan politik kolot KM yang lebih mementingkan kedudukan
peribadi beliau sebagai pemimpin tertinggi BN Sarawak tanpa melihat kepada
kepentingan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain dalam BN untuk
berkhidmat, khususnya dari kalangan pemimpin-pemimpin muda. Bagi Pemuda PAS
Sarawak, ini sebenarnya adalah cerminan ketakutan BN Sarawak kepada Kabinet
Bayangan PR Sarawak yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang
berwibawa dan kebanyakannya dari generasi profesional muda Sarawak.
Pemuda PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
selamat maju jaya kepada semua pejuang rakyat yang bakal beraksi di sidang DUN
Sarawak tidak lama lagi. Semoga kepercayaan rakyat kepada kita dan Pakatan
Rakyat digunakan sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman
selaras dengan ajaran agung Islam. Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak
akan terus memberi komitmen yang tertinggi dalam memastikan segala kepentingan
rakyat Sarawak dibela dan dipertahankan.
“ISLAM ADIL
UNTUK SEMUA”
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
PAIJO
KETUA PEMUDA
PAS SARAWAK
DPPNS’ OFFICIAL MEDIA STATEMENT:
SARAWAK’S NEW CABINET – 05/05/2011
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) would like to congratulate
Sarawak’s new cabinet which was announced by Chief Minister (CM), Pehin Sri Hj.
Abdul Taib Mahmud last 3rd of May 2011. This efficient move is
indeed commendable in order to ensure a smooth post-election transition and
thus, an effective state administration. We also hope that the newly-appointed
ministers will be able to play their role as leaders of the people with
uprightness and integrity.
At the same time, DPPNS also views this new cabinet with a hint of
cynicism. As we are all aware from the announcement, it is clear that Sarawak
BN is indeed in deficit of young, talented leaders. In light of all the
mega-development initiatives as declared, there is an urgent need for Sarawak’s
youth population to be involved with the state development programmes at all
levels, not only at the bottom receiving end, but more importantly, at the
state leadership level. Their fresh views and vibrant approaches are pivotal to
make the success of the projects, a reality. In fact, this ‘cabinet of oldies’
is a vivid sign from BN Sarawak that it does not care and does not appreciate
the importance young Sarawakians in developing the state. In contrast, Sarawak
BN seems to be more interested in retaining the domination of the few
notoriously self-centred politicians simply to ensure that the various cases of
corruption and abuse of power that have tainted their rather long reign in the
state, could be silenced and concealed. It is even inexcessive to say here
that, Sarawak’s new cabinet is indeed a ‘puppet’ cabinet manned by those who
are loyalists and ‘yes men’ to the current CM. And indeed, this is a tragic
loss to the state and to the people of Sarawak as a whole.
DPPNS also opines that CM’s subsequent statement which says he is
not yet ready to reshuffle his cabinet is another omen that his promise to
resign after the state election is nothing more than a cheap political gimmick.
We are very disappointed with CM’s antiquated political game which is very much
Machiavellian and self-centred at the expense of giving the opportunity for
new, capable especially young leaders within Sarawak BN to further flourish in
service of the state. For us in DPPNS, we are confident that this is in
actuality, the reflection of BN’s fear and panic towards the highly credible,
PR Shadow Cabinet which also consists of many talented, young Sarawakian
professionals.
DPPNS would like to take this prime opportunity in wishing all the
best to all ‘pejuang rakyat’ who will be relentlessly voicing-out Sarawakians’
concerns and issues in the coming Sarawak’s DUN seating. We pray and hope that,
with the solid trust that the rakyat has given us, we will give our level best
and put our fullest endeavour to uphold justice and eliminate corruption which
are in fact, at the core of our great faith, Islam. At the same time, DPPNS
further affirms our commitment in fighting for the needs of the Sarawak people.
“ISLAM
ADIL UNTUK SEMUA”
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
PAIJO
Sarawak PAS
Youth Chief
.
Surat Terbuka Pemuda PAS Miri: Pemuda PAS Miri jemput Perkasa dan JATI ke Sarawak
Merujuk cadangan Presiden Perkasa, YB Ibrahim Ali untuk mewujudkan Akta Murtad, Dewan Pemuda PAS Miri dengan rasa rendah diri menjemput Perkasa, terutama Presidennya, YB Ibrahim Ali untuk membantu umat Islam terutama saudara baru di Sarawak.
Islam merupakan agama kasih sayang. Islam tidak pernah menekankan perlaksanaan hukuman dalam ajaran, tetapi lebih menekankan konsep tarbiah, iaitu pendidikan berterusan mengenai Islam. Ini yang ditekan PAS, terutama ketika menerang konsep hudud, yang tidak dipersetujui rakan Perkasa, UMNO.
Janggal sungguh...
0 comments:
Post a Comment