Selamat Datang

Blog Rasmi Pemuda PAS Sarawak

Anak Muda Memimpin Kebangkitan!

Ayuh anak muda Malaysia,kita buktikan!

Wednesday 28 September 2011

KABINET BONEKA TAIB

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS SARAWAK
“KABINET BONEKA TAIB”

Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua MenteriSarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telahdijangka. Tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawakkali ini. Beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankanberkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.

Wednesday 21 September 2011

Forum "Save Sarawak,Save Malaysia"

Pada Jumaat yang lepas(16 September 2011), DAPSY telah menganjurkan Forum "Save Sarawak, Save Malaysia" dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(DPPNS) & Angkatan Muda Keadilan(AMK) di Hotel Grand Continental,Kuching bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia.


Antara ahli panel yang turut menjayakan forum tersebut adalah Zairil Khir Johari(Setiausaha Politik Menteri Besar Pulau Pinang), Arif (Bendahari AMK Negeri Sarawak) manakala DPPNS telah diwakili oleh Syamsul Bahrie (Penolong Setiausaha DPPNS).

Dari kiri : Awang Saifeluddin(DAPSY), Zairil Khir Johari(DAP), Syamsul Bahrie(DPPNS),(AMK)

Saudara Syamsul Bahrie mewakili DPPNS membentangkan hujahnya
Antara perkara yang disentuh oleh Saudara Syamsul semasa forum adalah pengurusan hasil negeri Sarawak, pengurusan projek, penyelewangan serta pemikiran rakyat Sarawak. Keempat-empat poin yang dibentangkan ini bersangkut paut dan dirungkai satu persatu kenapa Sarawak perlu diselamatkan dari ketirisan urus tadbir yang diperintah oleh rejim BN/PBB.



Moga-moga titik pertemuan dan penganjuran forum "Save Sarawak,Save Malaysia" anjuran ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat ini membuahkan kemenangan buat rakyat pada PRU13 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Monday 19 September 2011

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup kecewa di atas sikap ketidakpekaan pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan segera terhadap kelemahan dan penyelewengan yang berlaku kepada sistem pilihanraya di dalan negara ini. Pendedahan beberapa isu yang berkaitan pilihanraya yang membabitkan SPR dan JPN oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi di pandang sepi tanpa ada sebarang usaha untuk tindakan penambahbaikan.

Thursday 15 September 2011

PERUTUSAN HARI MALAYSIA - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PERUTUSAN HARI MALAYSIA
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kibarlah Jalur Gemilang.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.


1. Setelah sekian lamanya, hari kemerdekaan disambut hambar terutama dari golongan muda Negara, tahun ini suasananya menampakkan sedikit kelainan. Rakyat tanpa mengira bangsa, agama taraf pendidikan, tua dan muda seluruhnya memperkatakan tentang kemerdekan yang sudah mencecah 54 tahun lamanya ini.

2. Generasi muda mula menyingkap kembali hakikat kemerdekaan yang menyentuh soal apa? Siapa? Kenapa? dan bagaimana kemerdekaan ini dicapai. Inilah hasilnya apabila generasi pasca merdeka dititipkan dengan versi kemerdekaan yang selama ini cuba dinafikan oleh pemerintah. Rakyat tidak sewajarnya dipaksa untuk hanya menerima satu jalur kefahaman sejarah yang bersifat terpilih dan ekslusif.

Wednesday 14 September 2011

Ramah Tamah PAS Kawasan Batang Lupar & Penyampaian Sumbangan di Pusa,Beting Maro(Parlimen Batang Lupar)

Pusa 10 Sep - Alhamdulillah, PAS Kawasan Batang Lupar dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah mengadakan program Ramah Tamah Aidilfitri bersama penduduk Kampung Pusa di Beting Maro yang  diketuai Mohd Arifriazul Paijo(Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak).

Kehadiran Pemuda PAS Negeri Sarawak ke Pusa juga atas lawatan kerja sempena PRU13 yang dijangkakan bakal diadakan tidak lama lagi pada penghujung tahun 2011.

Selain itu, turut diadakan juga penyampaian sumbangan berupa keperluan dapur kepada 20 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. . Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Batang Lupar. Kira-kira 30 orang penduduk kampung hadir bagi memeriahkan majlis tersebut

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sarawak, Saudara Zharudin bertindak sebagai pembuka bicara majlis pada hari tersebut

Ucapan oleh Ketua Pemuda PAS Batang Lupar, Saudara Mohd  Zawawi b Kasim
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Saudara Arifriazul Paijo menyampaikan sepatah dua kata ucapan dan amanat kepada penduduk Kampung Pusa.
Wajah-wajah ceria kanak-kanak di Kampung Pusa, bakal pemimpin akan datang.

Saudara Mohammad Arifrizul menyantuni penduduk kampung serta menyelami permasalah dengan mendengar luahan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Antara yang turut menerima sumbangan
Golongan muda yang turut memeriahkan majlis ini. Anak Muda Geng Kita!

Tradisi Aidilfiri, penyampaian duit raya kepada kanak-kanak di Kampung Pusa. Terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini tatkala menerima duit raya.

Jelajah kampung. Pemuda PAS Negeri Sarawak mendekati penduduk kampung Pusa khususnya golongan muda usai majlis ramah tamah aidifitri.


Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain yang rata-rata kurang diambil perhatian oleh pihak BN/PBB yang telah diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya yang lepas. 

Ini membuktikan bahawa PAS lebih serius dalam membela hak dan kebajikan rakyat melalui program-program yang telah dianjurkan walaupun pada pilihan raya DUN yang lepas PAS kalah di Beting Maro.

Moga-moga langkah awal daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak ini membuahkan kemenangan buat Parti Islam Se-Malaysia di Sarawak pada PRU 13 akan datang.

Tuesday 13 September 2011

Rosli Dhobi Pejuang Kemerdekaan Luar Biasa yang dilupakan

Pemuda PAS Negeri Sarawak di hadapan 4 kubur pejuang kemerdekaan Sarawak di Makam Pahlawan Sibu



Sibu-11September 2011, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) telah berkunjung ke Makam Rosli Dhobi dan mengunjungi Rumah kakak beliau sejurus selepas itu. Ketika mengunjungi rumah kakak Allahyarham, kakaknnya(Fatimah) begitu sebak apabila kami memberitahu tujuan kunjungan kami adalah untuk mengetahui sebenar latar belakang beliau. Kakaknya juga turut sedih kerana pembelaan ke atas Kes Rosli Dhobi adalah tidak adil. Menurut kakaknya, penderitaan yang ditanggungi oleh keluarganya memang tidak dapat dirasai oleh generasi kini. Sejak Rosli Dhobi ditahan, mereka sekeluarga dipulau sehinggalah kini Kerajaan Negeri sendiri seolah-olah telah melupakan bahawa Rosli Dhobi pernah menggegarkan dunia dan Kerajaan British seluruh Dunia kerana keberanian Anak muda berusia 17 tahun itu menentang Gabenor British ketika itu. Pengiktirafan juga tidak diberikan oleh kerajaan Negeri, amat malang lagi, tidak ada apa-apa pampasan  atau saguhati yang diberikan kepada pihak keluarga sehingga kini, melainkan hanya diberikan sekangkang lot tanah sahaja sebagai tapak rumah.

Kakak Allayarham Rosli Dhobie menceritakan detik-detik kehidupan Rosli Dhobi kepada Ketua Pemuda PAS  Negeri Sarawak, Saudara Mohammad Arifriazul


DPPNS begitu kesal dengan sikap ketidakprihatinan kerajaan seolah-olah melupakan segala pengorbanan begitu besar yang telah dikorbankan oleh Rosli Dhobi kepada Negara. Di dalam rumah yang didiami kakaknya kini juga masih terdapat gambar Allahyarham ketika bersekolah dan juga surat terakhir sebelum beliau digantung di tali gantung hanyalah kerana anak muda itu ingin melihat bumi Sarawak ini bebas dari cengkaman penjajah British.

Surat terakhir Allayarham kepada keluarganya sebelum mautnya tiba di tali gantung masih tersimpan rapi di kediaman kakaknya
Rosli Dhobi : Pejuang Sarawak


Gambar Allayarham ketika di bangku sekolah


DPPNS berpendapat Sejarah Rosli Dhobi patut diangkat kerana perjuangannya adalah perjuangan yang benar dan suci demi mempertahankan agama dan negara daripada penjajah.  DPPNS juga menggesa kerajaan Malaysia agar memberi tumpuan khas kepada ciri-ciri perjuangan anak muda itu dan tidak salah harus diangkat sebagai Ikon Anak Muda Malaysia bersempena Hari Malaysia 16 September yang akan datang. Dalam kesibukan Kerajaan Malaysia kini yang ingin menyemak semula sejarah Malaysia, diharap kajian terperinci dan penumpuan kepada tujuan sebenar serta ciri-ciri perjuangan Rosli Dhobi ini mesti dimasukan sekali dalam semakan tersebut. Inilah permata hati Rakyat Sarawak malah tidak salah kita katakan. Anak muda yang bernama Rosli Dhobi ini telah mengangkat martabat perjuangan di mata dunia bahawa seorang Gabenor British pernah dibunuh oleh seorang Anak muda berumur 17 Tahun! Namun masa berlalu, tiada siapa pun yang peduli akan kisah perjuangan Rosli Dhobi.

DPPNS juga menggesa pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para pejuang kemerdekaan sebenar dianggap pengkhianat serta fakta-fakta sebenar telah disembunyikan dan diseleweng.

Para pengkaji sejarah perlulah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik sempit dan sebagainya.

Tuesday 6 September 2011

PAS Sarawak Minta Fakta Sejarah Kemerdekaan Dikaji Semula

PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya.

Sebelum tanggal 31hb ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British samada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British? Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Monday 5 September 2011

Kenyataan Media Pemuda PAS Sarawak: Tahniah Kepada Jacqueline Menjuarai Bowling Dunia

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore yang telah memenangi kejuaraan Bowling Dunia di Hong kong semalam (4hb September 2011). DPPNS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

Kejayaan anak muda ini tidak akan kemana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa. Bakat yang mahal sebegini tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten.

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More