Wednesday 28 September 2011

KABINET BONEKA TAIB

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS SARAWAK
“KABINET BONEKA TAIB”

Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua MenteriSarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telahdijangka. Tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawakkali ini. Beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankanberkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.


Hampir semua muka-muka lama masih lagi dikekalkan sebagai Menteri Penuh kabinetkerajaan Negeri Sarawak. Ini jelas menunjukkan bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmudingin mengekalkan penguasaan beliau dalam pengurusan pentadbiran Negeri Sarawakbagi menjaga kepentingan-kepentingan beliau.

Hampir semua portfolio masih lagi dipegang oleh muka-muka yang samaseperti kabinet yang lepas dengan hanya satu perubahan portfolio dan satumenteri penuh yang lepas digugurkan menjadi menteri muda. Ini jelas menunjukkanbahawa Ketua Menteri yang sedia ada tiada banyak pilihan dalam barisankepimpinannya yang berkemampuan untuk dilantik dalam senarai kabinet negeri.Ini juga menunjukkan bahawa sekali lagi, Ketua Menteri yang sedia ada jelasingin mengekalkan penguasaannya dalam kabinet Negeri dengan mengekalkan semuamenteri-menteri “Yes Boss”.

Kabinet Sarawak kali ini hanya mengemukakantujuh muka baru sebagai Menteri Muda yang sebenarnya tidak membawadan menggambarkan perubahan yang besar terhadap dasar pentadbiran kerajaannegeri.Pemuda PAS Sarawak cukup kecewa selaku wakil kepada golongon muda danmembawa aspirasi golongan belia di Sarawak apabila tiada golongan muda dilantikdi dalam kabinet negeri kali ini. Ini jelas berbeza dengan kenyataan KetuaMenteri beberapa hari yang lepas yang inignkan golongan muda bersama-sama dalampengurusan negeri dan kerajaan tempatan.

Dengan pengumuman kabinet baru ini dan mengekalkan muka-muka lama dalampentadbiran kerajaan negeri jelas sekali menunjukkan bahawa janji Ketua Menteridan Barisan Nasional untuk membuat peralihan kuasa kepada Ketua Menteri baruadalah retorik politik semata-mata.

Pemuda PAS Sarawak menyeru seluruh rakyat negeri Sarawak untuk memulakanproses perubahan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih bertanggungjawab, lebih telus dan lebih kompeten bagi mencapai kemaslahatan umum bagi semuarakyat Sarawak. Proses perubahan ini jelas tidak akan dapat dilakukan denganmengekalkan pentabir kerajaan negeri yang  sedia ada. Perubahan ini hanyadapat dilakukan dengan menyeluruh dari luar dengan memberi kepercayaan kepadaPakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang akan datang.

Mohammad Arifiriazul Paijo,
Ketua Pemuda PAS Sarawak
Email: arifiriazul@pas.org.my
Website: http://pemudapassarawak.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More