Monday 19 September 2011

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup kecewa di atas sikap ketidakpekaan pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan segera terhadap kelemahan dan penyelewengan yang berlaku kepada sistem pilihanraya di dalan negara ini. Pendedahan beberapa isu yang berkaitan pilihanraya yang membabitkan SPR dan JPN oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi di pandang sepi tanpa ada sebarang usaha untuk tindakan penambahbaikan.
Dan terkini timbul pula isu berkenaan ‘10,000 kes kad pengenalan palsu’ yang sudah pasti akan digunakan oleh ‘pengundi palsu’ untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Adakah hanya 10,000 kad pengenalan palsu yang wujud ataupun ada lebih lagi yang telah dikeluarkan yang tidak dapat dikesan oleh Pemuda PAS? Adakah pihak Kerajaan masih tidak tahu berkenaan kad pengenalan palsu ini ataupun adakah pihak Kerajaan yang bertanggungjawab di atas pengeluarannya?

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup gusar sekiranya perkara ini benar-benar berlaku sepertimana yang telah didedahkan maka implikasi buruk pasti akan berlaku terhadap institusi kedaulatan negara ini kerana negara akan dipenuhi oleh orang-orang yang tidak akan memberikan kesetiaan dan ketaatan kepada negara melainkan kepada sang penguasa yang mahu mempertahankan kuasa yang ada pada mereka. Mereka ini sudah pasti akan diperguna dan diperalat untuk menjadi pengundi yang akan mengundi pihak Kerajaan kerana ‘hutang budi’ yang diancam ke atas mereka. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga cukup bersetuju dengan tindakan Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mendedahkan 10 kes kad palsu setiap hari supaya memberikan kesan ‘panik’ kepada pihak Kerajaan dan pengkhianat-pengkhianat yang cuba untuk meneruskan agenda jahat dan kotor untuk terus berkuasa menghentikan kerja buat mereka selama ini kerana mereka sekarang sedang diawasi dan diperhatikan oleh rakyat.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pihak Kerajaan perlu membersihkan diri mereka daripada sebarang tohmahan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap jabatan-jabatan kerajaan khususnya Jabatan Pendaftaran Negara yang banyak melakukan kerja-kerja ‘silap mata’ mutakhir ini dengan menyegerakan penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA yang telus dan bebas untuk menyiasat isu-isu berkenaan salahlaku dan penipuan terhadap sistem pilihanraya di dalam negara ini.

MOHD SANY BIN HAMZAN    
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

15 September 2011

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More