Selamat Datang

Blog Rasmi Pemuda PAS Sarawak

Anak Muda Memimpin Kebangkitan!

Ayuh anak muda Malaysia,kita buktikan!

Tuesday 27 December 2011

Bahaya menanti Penduduk Kampung Sebuyau

SEBUYAU: Hasil maklumat semasa yang diterima oleh Dewan Pemuda PAS Negeri baru-baru ini,kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sebuyau di sini, diancam bahaya selepas benteng penahan ombak sepanjang satu kilometer pecah dilanda air pasang besar dan ombak setinggi kira-kira lima meter sejak dua hari lalu. 

Ketua Kaum Kampung Sebuyau Baru, Sapiee Wasli, berkata kerosakan pada benteng batu dan konkrit menyebabkan ombak besar dan air pasang membanjiri kampung dan menjejaskan pasar, sebuah Pusat GiatMara serta dua sekolah rendah berdekatan.



"Kejadian paling teruk berlaku dua malam yang lalu sehingga menyebabkan kami penduduk kampung tidak dapat tidur lena kerana ombak masuk ke rumah selepas benteng yang terletak hanya kurang 10 meter dari kampung kami itu pecah," katanya.

Katanya, akibat kejadian, beberapa buah rumah tenggelam selain kerosakan harta benda penduduk seperti kenderaan. 

"Paras air naik dengan begitu cepat sehingga penduduk tidak dapat berbuat apa-apa dan keadaan bertambah buruk selepas bekalan elektrik turut terputus sejak malam kelmarin," kata Sapiee. 

"Ketika ini penduduk yang terjejas terpaksa berpindah ke sebuah surau berdekatan selain ada yang berpindah ke sebuah sekolah rendah bantuan kerana masih lagi bimbang dengan ancaman ombak besar," katanya. 



Hari ini, Pemuda PAS Kawasan Petrajaya akan mula bergerak ke kawasan yang dilanda ombak besar untuk memberikan pertolongan yang semaksimanya dalam usaha membantu penduduk yang ditimpa bencana alam ini.

Kedudukan Sebuyau di muara Sungai Batang Lupar dan menghadap Laut China Selatan menyebabkan kampung itu sentiasa berdepan ancaman ombak besar dan arus air yang deras.

Wednesday 30 November 2011

KENYATAAN MEDIA RASMI: TUNTUT JABU MOHON MAAF DAN TARIK BALIK KENYATAAN

KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK
TUNTUT JABU MOHON MAAF DAN TARIK BALIK KENYATAAN
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL (KETUA PEMUDA PAS SARAWAK)

1.      Merujuk ucapan Timb Ketua Menteri, Alfred Jabu ketika persidangan DUN Sarawak semalam, Pemuda PAS Sarawak kesal dengan sikap Alfred Jabu yang tidak sensitif terhadap umat Islam dengan mengaitkan Hudud dengan ‘politik kotor’ dan ‘keji’. Alfred Jabu menggunakan istilah ‘hudud politik’ yang secara terang-terangan menghina dan mempermainkan hudud.

2.      Alfred Jabu menuduh Pakatan Rakyat mengamalkan politik kotor dan aggresif, sedangkan pada waktu yang sama, menghina dan mempermainkan hukum hudud yang termaktub dalam Al-Quran dan sebahagian daripada perundangan Islam. Secara nyata, Alfred Jabulah yang mengamalkan politik kotor dan tidak sensitif di Sarawak, bukannya Pakatan Rakyat. Alfred menggambarkan Pakatan Rakyat datang ke Sarawak, membawa budaya politik pelik. Alfred lupa bahawa Pakatan Rakyat Sarawak merupakan terdiri daripada rakyat Sarawak yang bosan dengan pemerintahan BN selama ini, dan bukannya orang luar.

3.      Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud ini. Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti ini dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau.

4.      Pemuda PAS Sarawak kesal dengan ADUN-ADUN PBB yang beragama Islam terutama Ketua Menteri sendiri yang tidak bangkit menegur kenyataan bodoh Alfred Jabu ini. ADUN-ADUN PBB yang beragama Islam sepatutnya membela agama Islam dan menegur Alfred yang tidak sensitif terhadap agama Islam. Pemuda Sarawak menyeru ADUN-ADUN PBB yang penakut ini, untuk memberi ruang kepada PAS jikalau tidak mampu membela agama sendiri dalam dewan undangan negeri.

5.      Pemuda PAS Sarawak menuntut Alfred Jabu membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan beliau itu.

English Version:

1.      Referring to Vice CM, Alfred Jabu’s speech during state legislative Assembly yesterday, Pemuda PAS Sarawak slams Alfred Jabu’s speech which is not sensitive to Muslims by relating hudud with ‘dirty politics’ and ‘bad’. Alfred Jabu used ‘political hudud’ which clearly undermine and disrespectful to hudud.

 2.      Alfred Jabu accused Pakatan Rakyat practices dirty and aggressive politics, when he at the same time, insulting and make fun of hudud which is written in Al-Quran and part of Islamic jurisdiction. Obviously, Alfred Jabu is the one who practices dirty and insensitive politics in Sarawak, not Pakatan Rakyat. Alfred claimed that Pakatan Rakyat come to Sarawak, with ‘weird’ politics. Alfred forgot that Pakatan Rakyat is Sarawakians who are already fed up with BN, not outsiders from somewhere else.

3.      Pemuda PAS Sarawak would prefer Alfred Jabu to stop talking about hudud, as he do not have enough information about hudud. Pemuda PAS Sarawak wants Alfred to be more sensitive about religious issues like this and Pemuda PAS Sarawak would like to remind him that Sarawakians will never accept such insensitive leader like him.

4.      Pemuda PAS Sarawak also disappointed with Muslims ADUN from PBB especially Chief Minister himself who didn’t stand up against Alfred’s stupid remarks. Muslims PBB ADUNs supposed to defend Islam and go against Alfred who is insensitive to Islam. Pemuda PAS Sarawak would recommend this coward ADUNs to give way to PAS if they cannot defend and look after their own religion in the hall.

5.      Pemuda PAS Sarawak demands Alfred Jabu to make public apology to all Muslims and withdraw his words.

KEMELUT BN SARAWAK PETANDA PERUBAHAN DALAM PRU KE 13

Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kempimpinan yang amat ketara.
Sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilahan parti akan datang.

Kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak ini merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihanraya yang lepas. Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut ini namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?

Permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik.

Telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihanraya khususnya dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang.

 
Mohammad Arifiriazul,
Ketua Pemuda PAS Sarawak & Ketua Penerangan PAS Miri
arifiriazul@pas.org.my

Wednesday 2 November 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bintulu (DPPKB) tuntut kesungguhan pihak Polis dan wakil rakyat untuk menyelesaikan kes kehilangan adik Siti Nor Hajar


Bintulu- 3 November 2011, Dewan Pemuda Pas Kawasan Bintulu (DPPKB) tuntut kesungguhan pihak Polis dan wakil rakyat untuk menyelesaikan kes kehilangan adik Siti Nor Hajar. DPPKB pada pagi ini telah berkunjung menziarahi keluarga adik Siti Nor Hajar. Kunjungan mereka pada awal pagi ini tadi adalah untuk mengucapkan takziah di atas pemergian anakanda tercinta mereka. Sungguhpun Kedua-dua ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana masih lagi berada di Hospital Bintulu atas urusan janazah Allahyarham.
Pemuda Pas pada hari ini merasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengulas dengan lebih lanjut sejurus sahaja pihak Polis akan mengeluarkan kenyataan mereka selepas “Post moterm” keatas mayat adik Siti Nor Hajar. Namun, Pemuda Pas kini nekad untuk menuntut kepada pihak Polis agar menyiasat kes ini dengan sebaiknya dan bukan hanya membiarkan sahaja.
“ ini adalah kes pertama yang hanya saya boleh katakan “misteri”, Saya dan DPPKB akan mendesak pihak Polis untuk meyiasat kes ini selanjutnya.” Kata Ketua Pemuda DPPKB, Zharudin Narudin. DPPKB juga menggesa pihak Polis menunjukkan kesungguhan menyiasat kes ini kerana bimbang ianya akan berulang lagi.
“Kalau dahulu kita hanya mendengarnya di berita TV dan akhbar tentang Kes kehilangan di semenanjung Malaysia, tapi kini ianya berlaku di depan mata kita di bintulu ini.” Ujar Zharudin Narudin lagi. DPPK juga menggesa wakil rakyat untuk turun padang dan bukannya hanya duduk di bilik hawa dingin tanpa sebarang bantuan! Jangan sekali-kali kita membiarkan keadaan sebegini berlaku di kawasan kita ini lagi, DPPKB juga mengingatkan agar masyarakat Bintulu khasnya agar sentiasa mengawasi keselamatan anak-anak mereka. DPPKB juga menyifatkan inilah kemajuan yang dibawa olah Barisan Nasional, biarpun mereka angkuh dengan pembianaan projek-projek besar dan angan-angan tinggi untuk melaksanakan projek mega tetapi mereka alpa dan lalai akan kebajikan rakyat sendiri dan hanya meletakkan kesalahan itu kembali kepada rakyat sahaja.
DPPKB tidak akan membiarkan rakyat Bintulu dilamun kes-kes misteri mahupun jenayah lagi, dan ini sudah pasti kerana DPPKB sentiasa nekad membantu rakyat Bintulu demi kesejahteran dan kebajikan semua. Pada malam ini juga DPPKB dan Dewan Muslimat PAS Bintulu (DMPB) akan berkunjung ziarah dan mendengar luahan ahli keluarga mereka lagi sebelum DPPKB membuat tuntutan kepada pihak Polis.
Zharudin Narudin;
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bintulu

Tuesday 18 October 2011

Futsal Terbuka Miri anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri

Miri, 16 Oktober- Lebih 300 anak muda hadir ke program Futsal Terbuka Miri anjuran Dewan Pemuda PAS Miri yang diadakan di Borneo Futsal, Miri. Program tersebut, dengan bertemakan “Orang Muda Geng Kamek” telah berjaya menarik anak muda daripada pelbagai kaum, dari seluruh Miri. Program ini dengan objektif memupuk budaya sihat di kalangan anak muda mendapat sambutan luar jangkaan daripada anak-anak muda.

Friday 7 October 2011

Bajet 2012 Tidak Menyeluruh dan Bersifat Defensif

Kuching-08 Oktober 2011 . Bajet tidak menyeluruh dan menyentuh hati rakyat, begitulah yang disifatkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) dan tidak terkejut dengan pengumuman Bajet 2012 oleh Perdana Menteri semalam, kerana ia bersifat defensif dan ingin menyelamatkan kedudukan Barisan Nasional yang kini terdesak dengan pelbagai isu yang dirungkai oleh rakyat Malaysia. Mereka sudah tiada pilihan lain untuk menyelamatkan kedudukan mereka melainkan dengan mengumumkan bajet yang sebenarnya tidak menyuluruh dan menyentuh segenap masyarakat terutamanya golongan muda. 

Wednesday 28 September 2011

KABINET BONEKA TAIB

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS SARAWAK
“KABINET BONEKA TAIB”

Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua MenteriSarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telahdijangka. Tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawakkali ini. Beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankanberkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.

Wednesday 21 September 2011

Forum "Save Sarawak,Save Malaysia"

Pada Jumaat yang lepas(16 September 2011), DAPSY telah menganjurkan Forum "Save Sarawak, Save Malaysia" dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(DPPNS) & Angkatan Muda Keadilan(AMK) di Hotel Grand Continental,Kuching bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia.


Antara ahli panel yang turut menjayakan forum tersebut adalah Zairil Khir Johari(Setiausaha Politik Menteri Besar Pulau Pinang), Arif (Bendahari AMK Negeri Sarawak) manakala DPPNS telah diwakili oleh Syamsul Bahrie (Penolong Setiausaha DPPNS).

Dari kiri : Awang Saifeluddin(DAPSY), Zairil Khir Johari(DAP), Syamsul Bahrie(DPPNS),(AMK)

Saudara Syamsul Bahrie mewakili DPPNS membentangkan hujahnya
Antara perkara yang disentuh oleh Saudara Syamsul semasa forum adalah pengurusan hasil negeri Sarawak, pengurusan projek, penyelewangan serta pemikiran rakyat Sarawak. Keempat-empat poin yang dibentangkan ini bersangkut paut dan dirungkai satu persatu kenapa Sarawak perlu diselamatkan dari ketirisan urus tadbir yang diperintah oleh rejim BN/PBB.



Moga-moga titik pertemuan dan penganjuran forum "Save Sarawak,Save Malaysia" anjuran ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat ini membuahkan kemenangan buat rakyat pada PRU13 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Monday 19 September 2011

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup kecewa di atas sikap ketidakpekaan pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan segera terhadap kelemahan dan penyelewengan yang berlaku kepada sistem pilihanraya di dalan negara ini. Pendedahan beberapa isu yang berkaitan pilihanraya yang membabitkan SPR dan JPN oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi di pandang sepi tanpa ada sebarang usaha untuk tindakan penambahbaikan.

Thursday 15 September 2011

PERUTUSAN HARI MALAYSIA - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PERUTUSAN HARI MALAYSIA
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kibarlah Jalur Gemilang.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.


1. Setelah sekian lamanya, hari kemerdekaan disambut hambar terutama dari golongan muda Negara, tahun ini suasananya menampakkan sedikit kelainan. Rakyat tanpa mengira bangsa, agama taraf pendidikan, tua dan muda seluruhnya memperkatakan tentang kemerdekan yang sudah mencecah 54 tahun lamanya ini.

2. Generasi muda mula menyingkap kembali hakikat kemerdekaan yang menyentuh soal apa? Siapa? Kenapa? dan bagaimana kemerdekaan ini dicapai. Inilah hasilnya apabila generasi pasca merdeka dititipkan dengan versi kemerdekaan yang selama ini cuba dinafikan oleh pemerintah. Rakyat tidak sewajarnya dipaksa untuk hanya menerima satu jalur kefahaman sejarah yang bersifat terpilih dan ekslusif.

Wednesday 14 September 2011

Ramah Tamah PAS Kawasan Batang Lupar & Penyampaian Sumbangan di Pusa,Beting Maro(Parlimen Batang Lupar)

Pusa 10 Sep - Alhamdulillah, PAS Kawasan Batang Lupar dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah mengadakan program Ramah Tamah Aidilfitri bersama penduduk Kampung Pusa di Beting Maro yang  diketuai Mohd Arifriazul Paijo(Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak).

Kehadiran Pemuda PAS Negeri Sarawak ke Pusa juga atas lawatan kerja sempena PRU13 yang dijangkakan bakal diadakan tidak lama lagi pada penghujung tahun 2011.

Selain itu, turut diadakan juga penyampaian sumbangan berupa keperluan dapur kepada 20 buah keluarga yang telah diagihkan pada petangnya. . Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Batang Lupar. Kira-kira 30 orang penduduk kampung hadir bagi memeriahkan majlis tersebut

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sarawak, Saudara Zharudin bertindak sebagai pembuka bicara majlis pada hari tersebut

Ucapan oleh Ketua Pemuda PAS Batang Lupar, Saudara Mohd  Zawawi b Kasim
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Saudara Arifriazul Paijo menyampaikan sepatah dua kata ucapan dan amanat kepada penduduk Kampung Pusa.
Wajah-wajah ceria kanak-kanak di Kampung Pusa, bakal pemimpin akan datang.

Saudara Mohammad Arifrizul menyantuni penduduk kampung serta menyelami permasalah dengan mendengar luahan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Antara yang turut menerima sumbangan
Golongan muda yang turut memeriahkan majlis ini. Anak Muda Geng Kita!

Tradisi Aidilfiri, penyampaian duit raya kepada kanak-kanak di Kampung Pusa. Terpancar kegembiraan di wajah anak-anak ini tatkala menerima duit raya.

Jelajah kampung. Pemuda PAS Negeri Sarawak mendekati penduduk kampung Pusa khususnya golongan muda usai majlis ramah tamah aidifitri.


Program seumpama ini adalah program mendekatkan antara PAS dan masyarakat terutama yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat lain yang rata-rata kurang diambil perhatian oleh pihak BN/PBB yang telah diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya yang lepas. 

Ini membuktikan bahawa PAS lebih serius dalam membela hak dan kebajikan rakyat melalui program-program yang telah dianjurkan walaupun pada pilihan raya DUN yang lepas PAS kalah di Beting Maro.

Moga-moga langkah awal daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak ini membuahkan kemenangan buat Parti Islam Se-Malaysia di Sarawak pada PRU 13 akan datang.

Tuesday 13 September 2011

Rosli Dhobi Pejuang Kemerdekaan Luar Biasa yang dilupakan

Pemuda PAS Negeri Sarawak di hadapan 4 kubur pejuang kemerdekaan Sarawak di Makam Pahlawan Sibu



Sibu-11September 2011, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) telah berkunjung ke Makam Rosli Dhobi dan mengunjungi Rumah kakak beliau sejurus selepas itu. Ketika mengunjungi rumah kakak Allahyarham, kakaknnya(Fatimah) begitu sebak apabila kami memberitahu tujuan kunjungan kami adalah untuk mengetahui sebenar latar belakang beliau. Kakaknya juga turut sedih kerana pembelaan ke atas Kes Rosli Dhobi adalah tidak adil. Menurut kakaknya, penderitaan yang ditanggungi oleh keluarganya memang tidak dapat dirasai oleh generasi kini. Sejak Rosli Dhobi ditahan, mereka sekeluarga dipulau sehinggalah kini Kerajaan Negeri sendiri seolah-olah telah melupakan bahawa Rosli Dhobi pernah menggegarkan dunia dan Kerajaan British seluruh Dunia kerana keberanian Anak muda berusia 17 tahun itu menentang Gabenor British ketika itu. Pengiktirafan juga tidak diberikan oleh kerajaan Negeri, amat malang lagi, tidak ada apa-apa pampasan  atau saguhati yang diberikan kepada pihak keluarga sehingga kini, melainkan hanya diberikan sekangkang lot tanah sahaja sebagai tapak rumah.

Kakak Allayarham Rosli Dhobie menceritakan detik-detik kehidupan Rosli Dhobi kepada Ketua Pemuda PAS  Negeri Sarawak, Saudara Mohammad Arifriazul


DPPNS begitu kesal dengan sikap ketidakprihatinan kerajaan seolah-olah melupakan segala pengorbanan begitu besar yang telah dikorbankan oleh Rosli Dhobi kepada Negara. Di dalam rumah yang didiami kakaknya kini juga masih terdapat gambar Allahyarham ketika bersekolah dan juga surat terakhir sebelum beliau digantung di tali gantung hanyalah kerana anak muda itu ingin melihat bumi Sarawak ini bebas dari cengkaman penjajah British.

Surat terakhir Allayarham kepada keluarganya sebelum mautnya tiba di tali gantung masih tersimpan rapi di kediaman kakaknya
Rosli Dhobi : Pejuang Sarawak


Gambar Allayarham ketika di bangku sekolah


DPPNS berpendapat Sejarah Rosli Dhobi patut diangkat kerana perjuangannya adalah perjuangan yang benar dan suci demi mempertahankan agama dan negara daripada penjajah.  DPPNS juga menggesa kerajaan Malaysia agar memberi tumpuan khas kepada ciri-ciri perjuangan anak muda itu dan tidak salah harus diangkat sebagai Ikon Anak Muda Malaysia bersempena Hari Malaysia 16 September yang akan datang. Dalam kesibukan Kerajaan Malaysia kini yang ingin menyemak semula sejarah Malaysia, diharap kajian terperinci dan penumpuan kepada tujuan sebenar serta ciri-ciri perjuangan Rosli Dhobi ini mesti dimasukan sekali dalam semakan tersebut. Inilah permata hati Rakyat Sarawak malah tidak salah kita katakan. Anak muda yang bernama Rosli Dhobi ini telah mengangkat martabat perjuangan di mata dunia bahawa seorang Gabenor British pernah dibunuh oleh seorang Anak muda berumur 17 Tahun! Namun masa berlalu, tiada siapa pun yang peduli akan kisah perjuangan Rosli Dhobi.

DPPNS juga menggesa pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para pejuang kemerdekaan sebenar dianggap pengkhianat serta fakta-fakta sebenar telah disembunyikan dan diseleweng.

Para pengkaji sejarah perlulah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik sempit dan sebagainya.

Tuesday 6 September 2011

PAS Sarawak Minta Fakta Sejarah Kemerdekaan Dikaji Semula

PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya.

Sebelum tanggal 31hb ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British samada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British? Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Monday 5 September 2011

Kenyataan Media Pemuda PAS Sarawak: Tahniah Kepada Jacqueline Menjuarai Bowling Dunia

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore yang telah memenangi kejuaraan Bowling Dunia di Hong kong semalam (4hb September 2011). DPPNS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

Kejayaan anak muda ini tidak akan kemana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa. Bakat yang mahal sebegini tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten.

Friday 26 August 2011

Di Akhir Ramadhan, Nyedia Persiapan Pakei Raya

Semestinya mun kinek tok kita ke pasar nun, mesti orang ramei berduyun-duyun meli barang pakei persiapan untuk hari raya. Saudara, perhatikan sejenak di sekeliling kita. Kurnian bulan ramadhan tok bukan calang-calang orang boleh dikurniaNYA. Hanya umat Nabi Muhammad ajak yang dipilih, walaupun Nabi-nabi lain minta untuk dimasukkan dalam umat Muhammad.

Mun kita menar udah mendapat tarbiyah(didikan) kesan berpuasa di bulan ramadhan mesti kita akan sentiasa ingat akan kehidupan kita seterusnya selepas tok. tapi kenak bila diakhir ramadhan ajak kita udah mulai kembali seperti sediakala, alpa, lalai, malah kadang-kala tersasar juak dari menunaikan kewajipan akibat dari nak molah persiapan nak raya.

Maka kata Jibril A.S kepada orang ini, “Rugi dan malanglah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”, kemudian Baginda S.A.W meng-aminkannya. – Musnad Imam Ahmad

Nah! apalah reti kita puasa sepanjang hari, bertarawih setiap malam tapi kita sik menar-menar dapat merubah dirik kita kearah kebaikan. Mikir jak dalam dirik kita, raya ya namanya Eidulfitri maknanya kita kembali kepada fitrah asal manusia; bersih(himpunan bersihkah?), dan kita sangat menyesali perbuatan buruk dan dosa kita nak lamak dolok. Jadi sama-samlah kita merebut peluang disaat akhir tok, bak kata orang selallunya di ujung-ujung tok ada SALE.(jangan di itok SALE di pasar jak) maksud kamek tek mungkin di akhir tok la ganjaran dari Allah ya turun dengan mudah untuk kita. Kesimpulanya, sungguh-sungguhlah kita merebut peluang tok.

Monday 1 August 2011

DPPK Miri Seru Anak Muda Mendaftar Sebagai Pemilih

Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri menyeru semua pemuda pemuda Miri untuk mendaftar sebagai pemilih bagi persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mendatang. Dalam pilihanraya negeri yang lepas, Miri menyaksikan kebangkitan rakyat dengan menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi 2 daripada 3 DUN yang dipertandingkan. BN memenangi DUN Senadin selepas beberapa kontroversi yang menyaksikan Pakatan Rakyat melalui PKR kalah tipis kepada calon SUPP dalam pilihanraya lepas.Kebangkitan ini perlu diteruskan dan gelombang kesedaran rakyat di kalangan pemuda dan pemudi mestilah diterjemahkan melalui kertas undi di hari pengundian.

Tuesday 26 July 2011

Retreat Pemuda PAS Sarawak: Pemuda PAS Bersedia Tawan Parlimen di Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Ijtima’ Pemuda PAS Negeri Sarawak (IMPAK 2.0)  pada 23-24 Julai 2011. IMPAK 2.0 telah diadakan di Markaz PAS Sarawak di Kuching dengan kehadiran lebih 100 orang pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan. Antara kawasan yang hadir adalah Limbang, Miri, Sibuti, Bintulu, Sibu, Sarikie, Lubok Antu, Sri Aman, Samarahan, Batang Lupar, Batang Sadong dan Petrajaya.


Monday 18 July 2011

Pemuda PAS Sarawak Dampingi Penduduk Kpg. Jepak

Pemuda PAS Sarawak bersama PAS Cawangan Jepak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak, Bintulu pada 16hb Julai 2011 yang lepas. Program ini diadakan sejurus selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Sarawak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Bintulu yang terletak di Kampung Jepak. Turut bersama-sama dalam program ini adalah pegawai kebajikan PAS Cawangan Jepak dan AJK Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Saturday 16 July 2011

MAJU TERUS MAJU! 'PASUKAN BOLA SEPAK SARAWAK'




Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh pemain khususnya dan barisan pihak pengurusan pasukan bola sepak Sarawak di atas kejayaan menamatkan saingan Liga Premier 2010/2011 sebagai naib juara. Sekaligus melayakkan Sarawak beraksi secara 'automatik' di Liga Super pada musim hadapan. Penyertaan Sarawak dalam Liga Super telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Sudah pasti dengan kehadiran Sarawak akan lebih menghangatkan lagi persaingan dalam merebut kejuaraan Liga Super musim 2011/2012.

Apa yang diharapkan adalah bukan sahaja sokongan padu daripada peminat bola sepak Sarawak, tetapi yang paling penting perhatian daripada kerajaan negeri dalam memastikan segala isu berkenaan pasukan ini sentiasa diambil berat dan diselesaikan. Ini bertujuan sebagai langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah dalaman seperti sebelum ini yang boleh mempengaruhi prestasi pasukan bola sepak kita. 

Masalah kewangan adalah antara isu yang biasa menjadi punca utama kemerosotan prestasi di dalam sesebuah pasukan. Oleh itu, pihak pengurusan dan kerajaan negeri terutamanya haruslah memastikan peruntukan yang disediakan benar-benar mencukupi. Peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi gaji pemain dan pengurus, imbuhan insentif kepada pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang musim, dana untuk meningkatkan kualiti padang dan penyenggaraan stadium.

Kepada semua pemain bola sepak Sarawak, DPPNS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya. Teruskan tingkatkan prestasi, semoga Sarawak kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni. Di pihak DPPNS, juga akan bersama-sama dalam usaha membangunkan dan memartabatkan sukan bola sepak Sarawak. Dengan menganjurkan aktiviti seperti pertandingan bola sepak dan futsal, dari sini kita boleh mencari bakat-bakat baru yang mempunyai kemahiran tinggi dan berkualiti sebagai persediaan membina pasukan pelapis yang lebih mantap.

Wednesday 13 July 2011

PAS Miri Sokong Gerakan Isteri Bimbang Gejala Pelacuran

MIRI, 13 Julai: PAS Kawasan Miri menyokong penuh tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak untuk mengumpul tanda tangan daripada isteri-isteri di Bandaraya Miri sebagai tanda bantahan kepada penularan gejala pelacuran di sini melalui pusat-pusat urut.

Perkara ini pernah diketengahkan oleh PAS Kawasan Miri sebelum ini berkenaan pembukaan pusat-pusat urut yang semakin banyak di Bandaraya Miri.

Namun, sehingga kini,  masih belum ada satu tindakan konkrit daripada pihak yang berwajib bagi mengawal dan mengurangkan pusat-pusat seumpama ini, kata M Arifiriazul, Ketua Penerangan PAS Miri.

Tuesday 5 July 2011

Tangkapan pertama BERSIH di Sarawak

Miri, 5 Julai - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak. Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.

Zulhaidah dihadapkan ke mahkamah pagi ini dan ditahan reman selama 3 hari sehingga Jumaat. Penyokong-penyokong Zulhaidah mula membanjiri mahkamah sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap exco AMK tersebut. 

Monday 4 July 2011

Pemuda PAS Sarawak gesa segerakan Tabung Amanah Bumiputera (TAB)

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyambut baik reaksi positif daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri kepada cadangan menubuhkan Tabung Amanah Bumiputera (TAB) ketika Sidang DUN Sarawak yang lalu. TAB yang dicadangkan bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sarawak ini adalah satu langkah penting dalam memastikan pengagihan kekayaan negeri berlaku dengan lebih adil, merentas perbezaan kaum.

Berdasarkan statistik terkini, terdapat 55,975 buah keluarga miskin di Sarawak yang berdaftar dengan sistem e-Kasih dan 49% daripada jumlah ini pula dikategorikan sebagai golongan miskin tegar (hardcore poor). Daripada jumlah ini, lebih 80% adalah dari kalangan kaum Bumiputera dan hanya sekitar 2% - 4% dari kalangan kaum bukan Bumiputera. Perangkaan ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ini menunjukkan pola pengagihan ekonomi yang tidak seimbang di kalangan pelbagai kaum di Sarawak

Wednesday 22 June 2011

Pemuda PAS Sarawak: SPRM perlu terus siasat kes rasuah Ketua Menteri Sarawak

SPRM perlu terus siasat kes rasuah Ketua Menteri Sarawak

Pemuda PAS Sarawak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan untuk memulakan siasatan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Pehin  Sri Abdul Taib Mahmud. Ini merupakan tindakan yang tepat dilakukan oleh SPRM. Pemuda PAS Sarawak berharap agar pihak SPRM dapat menjalankan siasatan penuh seperti mana yang dilakukan terhadap bekas Menteri Besar Selangor , Dr Mohamad Khir Toyo. Pemuda PAS Sarawak turut meminta agar SPRM tidak akan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan politik parti pemerintah dalam menjalankan proses siasatan yang lengkap dan telus.

Dalam perkembangan yang sama, Pemuda PAS Sarawak bersimpati dengan Ketua Pemuda PBB YB Datuk Hj Fadhillah Yusof yang terus mendapat tekanan daripada kepimpinan Pemuda PBB negeri yang lain dalam usaha memberi sokongan kepada Ketua Menteri dalam proses siasatan rasuah oleh SPRM ini. Pemuda PAS Sarawak juga ingin mengucapkan syabas kepada YB Datuk Hj Fadhillah atas tindakan beliau yang tidak tergesa-gesa dalam menyatakan sokongan membuta-tuli terhadap Ketua Menteri dalam perkara ini. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kemungkinan besar ada kebenaran terhadap laporan rasuah yang diketengahkan sebelum ini.

Pemuda PAS Sarawak berharap dengan perkembangan ini akan memberi gambaran jelas kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa telah banyak hasil kekayaan negeri yang disalahgunakan oleh Ketua Menteri Sarawak. Kekayaan negeri Sarawak seharusnya kembali kepada rakyat negeri Sarawak dengan pembinaan kemudahan-kemudahan asas yang terbaik untuk rakyat.


MACC must continue with Sarawak CM’s corruption cases

Sarawak PAS Youth congratulates the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for initiating a full investigation on the alleged corruption cases believed to be committed by the Sarawak Chief Minister, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. This commendable action by the MACC is fully supported by Sarawak PAS Youth and we highly hope that the investigation process will be carried-out as thoroughly as what has been seen in the Ex-Selangor Mentri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo’s case. Sarawak PAS Youth calls for MACC to be steadfast and not easily influenced by unwarranted political pressures from the ruling party in deliberating a complete and transparent investigation.

In light of this development, Sarawak PAS Youth fully sympathizes with PBB Youth Chief. Datuk Hj Fadhillah Yusof, who has been in constant pressure by other PBB Youth leaders to show an open support towards the Chief Minister who is currently under probe by the MACC. We would like to take this opportunity to also congratulate YB Fadhillah for not being hasty pertaining to this issue. This in a way, shows that there might be some truth in the alleged corruption cases as widely reported by various groups within the Sarawak civil society.

Sarawak PAS Youth hopes that this positive development will be able to give a clearer picture to the Sarawak people that the state’s wealth has been irresponsibly squandered by their own Chief Minister. This vast amount of wealth and richness should have been returned to the rightful hands of Sarawakians particularly in the form of better public amenities and basic infrastructures for the enjoyment of the rakyat.

Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak

Pada Sabtu dan Ahad yang lepas(18-19 Jun 2011), Pemuda Pas Cawangan Jepak dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Bintulu telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup N58 Jepak. Sebanyak 34 pasukan yang terdiri daripada lelaki sahaja telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Antara objektif program ini adalah bagi menggalakkan aktiviti bersukan dan pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara penduduk dan juga pemimpin. Melalui program seperti ini juga dapat melahirkan bakat-bakat baru yang mempunyai peluang tinggi untuk digilap dimana program seperti ini sebagai medium bagi golongan ini meningkatkan kemahiran dan menimba pengalaman.

Upacara penyampaian telah disampaikan oleh YDP Pas Bintulu. Kategori yang dipertandingkan adalah dalam acara beregu.




Barisan pemenang Kejohanan Badminton Tertutup N58
Jepak bersama YDP Pas Bintulu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak(DPPNS) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pemuda Pas Cawangan Jepak dan Pas Kawasan Bintulu kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Harapan di peringkat DPPNS agar lebih banyak lagi program yang seperti ini akan diadakan dalam usaha melahirkan belia dan golongan muda yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental dan rohani. Tambahan pula tanpa perlu membazirkan 'budget' rakyat, namun PAS tetap mampu menganjurkan program yang bermanfaat. Secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS adalah medium adalah yang terbaik dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berakhlak mulia dan berwawasan tinggi. 

Monday 13 June 2011

Pemuda PAS Sarawak: Atlit Berpotensi Sarawak Dipinggirkan

Pemuda PAS Sarawak hari ini menerima seorang tetamu istimewa iaitu Saudara Jack Ho yang merupakan seorang atlet triathlon Sarawak yang pernah mengharumkan nama Sarawak di pentas sukan antarabangsa.  Saudara Jack ingin bertemu Pemuda PAS Sarawak kerana ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi oleh atlet seperti beliau dan serta kurangnya sokongan daripada pesatuan diperingkat negeri mahupun dari pihak kerajaan negeri sendiri.

Beliau merupakan salah seorang atlet elit triathlon di Malaysia. Banyak pencapaian yang membanggakan antaranya menjadi atlet tunggal Malaysia di Kejohanan Sukan Universiti Australia 2009, tempat kedua Kejohanan Xterra Malaysia-Kuantan Triathlon, penyertaan di Kejohanan Triathlon Antarabangsa Port Dickson, Kejohanan Triathlon Antarabangsa OSIM Singapore dan banyak lagi pencapaian yang membanggakan.


PAS Mendesak Kemudahan Bank diadakan di Bekenu

Pemuda PAS Sarawak berasa amat kesal dan simpati dengan keadaan pekan Bekenu yang tidak memiliki kemudahan bank atau mesin pengeluar duit (ATM). Pekan Bekenu terletak 50 minit perjalan daripada Bandaraya Miri dan pekan Niah. Terdapat banyak perniagaan yagn dijalankan di pekan Bekenu antaranya kedai keperluan asas, kedai makan, kedai motosikal, kedai pakaian dan stesen-stesen minyak. Bekenu juga dikenali sebagai sebuah kawasan nelayan dan perusahaan kelapa sawit.

Wednesday 8 June 2011

Pemuda PAS Sarawak: Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berasa bangga dengan pencapaian terkini pasukan bola sepak negeri Sarawak yang telah berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Bola Sepak Malaysia. Ini sekaligus melayakkan Pasukan Bola Sepak Sarawak naik ke Liga Super Malaysia pada musim akan datang secara MERIT setelah 3 tahun beraksi dalam kancah Liga Perdana. Ini menunjukkan peningkatan yang amat besar Pasukan Bola Sepak Sarawak sepanjang 3 tahun yang lepas.

Kejayaan Pasukan Bola Sepak Sarawak ini merupakan suatu kejayaan yang kolektif disemua peringkat bermula dari pasukan pengurusan sehinggalah kepada para pemain pasukan. Oleh yang demikian DPPNS turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pengurus pasukan iaitu Dato’ Sudarsono

Kawal Guru Agama: Pemuda PAS Sarawak Tuntut Datuk Daud Minta Maaf

Tindakan Majlis Islam Sarawak yang didakwa mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung disifatkan sebagai “satu diskriminasi” dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan golongan itu ke negeri bumi kenyalang, kata Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul PaijoKetua Pemudanya, Arifiriazul Paijo (kanan) dalam kenyataan medianya berkata, PAS kesal dengan kenyataan menteri muda di Pejabat Ketua Menteri-Hal Ehwal Islam, Datuk Daud Abdul Rahman yang seolah-olah menganggap guru agama dari Semenanjung sebagai “ekstrem” dan mahu beliau meminta maaf.

KP Sarawak: Kabinet Sarawak, Kabinet Tanpa Orang Muda

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak melalui Ketua Pemudanya Saudara Mohammad Arifiriazul mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet Kerajaan Sarawak yang baru sahaja diisytiharkan oleh Ketua Menteri (KM), Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada 3hb Mei 2011 yang lepas. Kecekapan KM dalam melantik barisan menteri beliau dalam masa kurang sebulan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri. Pemuda PAS Sarawak juga mendoakan agar barisan kabinet negeri ini akan menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin dengan penuh amanah dan berintegriti.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga berpandangan bahawa pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN Sarawak yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda Sarawak. Dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More