Selamat Datang

Blog Rasmi Pemuda PAS Sarawak

Anak Muda Memimpin Kebangkitan!

Ayuh anak muda Malaysia,kita buktikan!

Tuesday 26 July 2011

Retreat Pemuda PAS Sarawak: Pemuda PAS Bersedia Tawan Parlimen di Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Ijtima’ Pemuda PAS Negeri Sarawak (IMPAK 2.0)  pada 23-24 Julai 2011. IMPAK 2.0 telah diadakan di Markaz PAS Sarawak di Kuching dengan kehadiran lebih 100 orang pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan. Antara kawasan yang hadir adalah Limbang, Miri, Sibuti, Bintulu, Sibu, Sarikie, Lubok Antu, Sri Aman, Samarahan, Batang Lupar, Batang Sadong dan Petrajaya.


Monday 18 July 2011

Pemuda PAS Sarawak Dampingi Penduduk Kpg. Jepak

Pemuda PAS Sarawak bersama PAS Cawangan Jepak telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Jepak, Bintulu pada 16hb Julai 2011 yang lepas. Program ini diadakan sejurus selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Sarawak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Bintulu yang terletak di Kampung Jepak. Turut bersama-sama dalam program ini adalah pegawai kebajikan PAS Cawangan Jepak dan AJK Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Saturday 16 July 2011

MAJU TERUS MAJU! 'PASUKAN BOLA SEPAK SARAWAK'




Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh pemain khususnya dan barisan pihak pengurusan pasukan bola sepak Sarawak di atas kejayaan menamatkan saingan Liga Premier 2010/2011 sebagai naib juara. Sekaligus melayakkan Sarawak beraksi secara 'automatik' di Liga Super pada musim hadapan. Penyertaan Sarawak dalam Liga Super telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Sudah pasti dengan kehadiran Sarawak akan lebih menghangatkan lagi persaingan dalam merebut kejuaraan Liga Super musim 2011/2012.

Apa yang diharapkan adalah bukan sahaja sokongan padu daripada peminat bola sepak Sarawak, tetapi yang paling penting perhatian daripada kerajaan negeri dalam memastikan segala isu berkenaan pasukan ini sentiasa diambil berat dan diselesaikan. Ini bertujuan sebagai langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah dalaman seperti sebelum ini yang boleh mempengaruhi prestasi pasukan bola sepak kita. 

Masalah kewangan adalah antara isu yang biasa menjadi punca utama kemerosotan prestasi di dalam sesebuah pasukan. Oleh itu, pihak pengurusan dan kerajaan negeri terutamanya haruslah memastikan peruntukan yang disediakan benar-benar mencukupi. Peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi gaji pemain dan pengurus, imbuhan insentif kepada pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang musim, dana untuk meningkatkan kualiti padang dan penyenggaraan stadium.

Kepada semua pemain bola sepak Sarawak, DPPNS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya. Teruskan tingkatkan prestasi, semoga Sarawak kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni. Di pihak DPPNS, juga akan bersama-sama dalam usaha membangunkan dan memartabatkan sukan bola sepak Sarawak. Dengan menganjurkan aktiviti seperti pertandingan bola sepak dan futsal, dari sini kita boleh mencari bakat-bakat baru yang mempunyai kemahiran tinggi dan berkualiti sebagai persediaan membina pasukan pelapis yang lebih mantap.

Wednesday 13 July 2011

PAS Miri Sokong Gerakan Isteri Bimbang Gejala Pelacuran

MIRI, 13 Julai: PAS Kawasan Miri menyokong penuh tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak untuk mengumpul tanda tangan daripada isteri-isteri di Bandaraya Miri sebagai tanda bantahan kepada penularan gejala pelacuran di sini melalui pusat-pusat urut.

Perkara ini pernah diketengahkan oleh PAS Kawasan Miri sebelum ini berkenaan pembukaan pusat-pusat urut yang semakin banyak di Bandaraya Miri.

Namun, sehingga kini,  masih belum ada satu tindakan konkrit daripada pihak yang berwajib bagi mengawal dan mengurangkan pusat-pusat seumpama ini, kata M Arifiriazul, Ketua Penerangan PAS Miri.

Tuesday 5 July 2011

Tangkapan pertama BERSIH di Sarawak

Miri, 5 Julai - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak. Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.

Zulhaidah dihadapkan ke mahkamah pagi ini dan ditahan reman selama 3 hari sehingga Jumaat. Penyokong-penyokong Zulhaidah mula membanjiri mahkamah sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap exco AMK tersebut. 

Monday 4 July 2011

Pemuda PAS Sarawak gesa segerakan Tabung Amanah Bumiputera (TAB)

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyambut baik reaksi positif daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri kepada cadangan menubuhkan Tabung Amanah Bumiputera (TAB) ketika Sidang DUN Sarawak yang lalu. TAB yang dicadangkan bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sarawak ini adalah satu langkah penting dalam memastikan pengagihan kekayaan negeri berlaku dengan lebih adil, merentas perbezaan kaum.

Berdasarkan statistik terkini, terdapat 55,975 buah keluarga miskin di Sarawak yang berdaftar dengan sistem e-Kasih dan 49% daripada jumlah ini pula dikategorikan sebagai golongan miskin tegar (hardcore poor). Daripada jumlah ini, lebih 80% adalah dari kalangan kaum Bumiputera dan hanya sekitar 2% - 4% dari kalangan kaum bukan Bumiputera. Perangkaan ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ini menunjukkan pola pengagihan ekonomi yang tidak seimbang di kalangan pelbagai kaum di Sarawak

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More