Wednesday 13 July 2011

PAS Miri Sokong Gerakan Isteri Bimbang Gejala Pelacuran

MIRI, 13 Julai: PAS Kawasan Miri menyokong penuh tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak untuk mengumpul tanda tangan daripada isteri-isteri di Bandaraya Miri sebagai tanda bantahan kepada penularan gejala pelacuran di sini melalui pusat-pusat urut.

Perkara ini pernah diketengahkan oleh PAS Kawasan Miri sebelum ini berkenaan pembukaan pusat-pusat urut yang semakin banyak di Bandaraya Miri.

Namun, sehingga kini,  masih belum ada satu tindakan konkrit daripada pihak yang berwajib bagi mengawal dan mengurangkan pusat-pusat seumpama ini, kata M Arifiriazul, Ketua Penerangan PAS Miri.

Borneo Post melaporkan, wanita khasnya golongan isteri di sini diajak melakukan protes bagi membantah penularan gejala pelacuran oleh tukang-tukang urut ‘China Dolls’ di pusat refleksologi.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita telah bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai kepada orang awam khasnya wanita untuk me-nyokong perjuangan mereka menentang kegiatan maksiat itu.

Mereka merancang untuk mengumpul tandatangan dari golongan wanita terutama   isteri-isteri di sekitar bandar raya ini pada satu majlis di sebuah hotel di sini sebagai menyuarakan keluhan dan kebimbangan mereka.

Ia merupakan kempen bantahan kepada pihak berkuasa khasnya Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk tidak membenarkan tukang-tukang urut wanita dari negara China masuk bekerja ke sini dan menghentikan operasi pusat refleksologi.

Khidmat seks yang ditawarkan oleh pekerja wanita dari negara China di pusat refleksologi berjaya menggoda golongan lelaki khasnya suami mereka.

SMS memberitahu, gejala berkenaan memberi kesan negatif kepada golongan suami, anak, saudara dan rakan yang berpasangan, kewangan dan masalah kesihatan.
Bukan cara tarik pelancong
Bagi PAS Kawasan Miri, bagi menarik pelancong asing ke Bandaraya Miri bukan dengan cara pembukaan tempat-tempat hiburan seumpama ini.

Bandaraya Miri memiliki banyak sumber daya tarikan yang lain bagi menarik kehadiran pelancong-pelancong bagi melawat Bandaraya Miri.

"Pihak Majlis Bandaraya Miri perlu lebih kreatif dalam membangunkan sektor pelancongan di Bandaraya Miri dan dalam masa yang sama memastikan kemudahan-kemudahan awam berada pada tahap yang baik," katanya.

Tidak seperti keadaan sekarang, pusat hentian bas dalam bandar masih lagi tidak ada penambah-baikan dan tidak memberikan kemudahan yang sebaiknya kepada pengguna kemudahan awam ini.

Oleh yang demikian PAS Kawasan Miri ingin mencadangkan beberapa perkara bagi menangani perkara ini:

1. Lesen pembukaan pusat-pusat urut perlu diperketatkan dan dikurangkan
2. Penguatkuasaan bagi memeriksan pusat-pusat urut ini perlu dilakukan sekerap mugkin dengan penglibatan pihak PBT, Polis dan JAIS

PAS Kawasan Miri, katanya,  bersedia untuk bersama-sama dalam gerak-kerja penguatkuasaan ini.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More