Wednesday 8 June 2011

Pemuda PAS Sarawak: Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) berasa bangga dengan pencapaian terkini pasukan bola sepak negeri Sarawak yang telah berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Bola Sepak Malaysia. Ini sekaligus melayakkan Pasukan Bola Sepak Sarawak naik ke Liga Super Malaysia pada musim akan datang secara MERIT setelah 3 tahun beraksi dalam kancah Liga Perdana. Ini menunjukkan peningkatan yang amat besar Pasukan Bola Sepak Sarawak sepanjang 3 tahun yang lepas.

Kejayaan Pasukan Bola Sepak Sarawak ini merupakan suatu kejayaan yang kolektif disemua peringkat bermula dari pasukan pengurusan sehinggalah kepada para pemain pasukan. Oleh yang demikian DPPNS turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pengurus pasukan iaitu Dato’ Sudarsono
atas Kepimpinan beliau untuk membimbing pasukan Sarawak yang suatu ketika dahulu merupakan pasukan yang terkuat di Malaysia. Ucapan syabas dan tahniah daripada DPPNS turut dikalungkan kepada dua individu penting dalam membentuk pasukan Sarawak yang matang iaitu Jurulatih Hj Zaki dan Jurulatih Robert Alberts atas kejayaan membimbing anak-anak buahnya ke Liga Super pada musim akan datang.

Bagi DPPNS pasukan Sarawak yang diketuai oleh kapten pasukan iaitu Zamri Morshidi wajar diberikan penghargaan daripada kerajaan Negeri Sarawak tambahan lagi, pasukan ini dibarisi hampir kesemuanya anak-anak watan negeri Sarawak. Kemasukan Sarawak ke Liga Super walau bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kerana FAM dikhabarkan akan menukar format Liga Super daripada 14 pasukan kepada 12 pasukan. Jika ini berlaku, maka hak pasukan Sarawak untuk masuk ke Liga Super secara MERIT akan ditidakkan. Oleh yang demikian, DPPNS mendesak Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan hasrat tersebut. Ini bukan sahaja menidakkan hak Sarawak untuk beraksi di Liga Super musim akan datang, malah menjadikan Liga Super Malaysia kurang kompetaf dengan jumlah pasukan yang sedikit.
Saudara Mohammad Arifiriazul (Ketua DPPNS) dalam ucapan ringkasnya menyebut, “Saya berbangga dengan pasukan Sarawak yang ada pada hari ini setalah beberapa tahun bergelut dengan masalah dalaman dan prestasi pasukan. Saya berharap agar pasukan ini dapat dikekalkan dan diberikan insentif terbaik oleh kerajaan negeri. Kami DPPNS turut akan bersama-sama membangunkan bola sepak negeri Sarawak dengan menganjurkan pertandingan-pertandingan bola sepak atau futsal dalam usaha melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti”

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More