Monday 13 June 2011

Pemuda PAS Sarawak: Atlit Berpotensi Sarawak Dipinggirkan

Pemuda PAS Sarawak hari ini menerima seorang tetamu istimewa iaitu Saudara Jack Ho yang merupakan seorang atlet triathlon Sarawak yang pernah mengharumkan nama Sarawak di pentas sukan antarabangsa.  Saudara Jack ingin bertemu Pemuda PAS Sarawak kerana ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi oleh atlet seperti beliau dan serta kurangnya sokongan daripada pesatuan diperingkat negeri mahupun dari pihak kerajaan negeri sendiri.

Beliau merupakan salah seorang atlet elit triathlon di Malaysia. Banyak pencapaian yang membanggakan antaranya menjadi atlet tunggal Malaysia di Kejohanan Sukan Universiti Australia 2009, tempat kedua Kejohanan Xterra Malaysia-Kuantan Triathlon, penyertaan di Kejohanan Triathlon Antarabangsa Port Dickson, Kejohanan Triathlon Antarabangsa OSIM Singapore dan banyak lagi pencapaian yang membanggakan.



Perkara yang menjadi permasalahan kepada atlet seperti Saudara Jack Ho dalam usaha membina kerjaya sebagai atlet professional bagi mengharumkan nama Sarawak adalah berkenaan dengan dana bagi membiayai kos-kos penyertaan kejohanan-kejohanan peringkat tempatan dan antarabangsa. Beliau telah beberapa kali bertemu dengan Persatuan Triathlon Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada sukan ini namun alasan yang diberikan adalah tiada dana disalurkan kepada persatuan. Beliau juga pernah bertemu dengan YB Datuk Lee Kim Shin (Menteri Muda Sarawak – Sukan) namun jawapan yang diberikan cukup mengecewakan.

“Saya telah bertemu dengan persatuan dan menteri muda sukan sendiri berhubung bantuan penajaan dan pembiyaan ini, namun semua jawapan yang adalah sama iaitu tiada dana yang diperuntukkan”, jelas Saudara Jack Ho semasa pertemuan tersebut.

Tambah beliau lagi,”Datuk Lee Kim Shin juga menyebut bahawa sukan ini tidak termasuk dalam SUKMA sebab itu kita tiada peruntukan untuk membiayai altet bagi sukan ini. Tapi saya merasa hairan kenapa pihak negeri hanya memandang SUKMA, kenapa tidak menilai bahawa sukan triathlon ini dipertandingkan di peringkat olimpik”.

Dalam pada itu, pihak Pemuda PAS Sarawak akan berusaha untuk memastikan keperluan atlet-atlet seperti Saudara Jack Ho diambil perhatian oleh kerajaan negeri. “Saya akan pastikan perkara ini didengari sekali lagi oleh menteri yang terbabit dan diambil perhatian serius oleh persatuan yang berkenaan”, itu janji Ketua Pemuda PAS Sarawak iaitu Mohammad Arifiriazul.

Sekali lagi Pemuda PAS Sarawak menegaskan akan terus bersama-sama para atlet Sarawak dalam memperjuangkan hak meraka dan memastikan sukan Sarawak akan terus meningkat kepada pencapaian yang membanggakan. 

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More