Monday 13 June 2011

PAS Mendesak Kemudahan Bank diadakan di Bekenu

Pemuda PAS Sarawak berasa amat kesal dan simpati dengan keadaan pekan Bekenu yang tidak memiliki kemudahan bank atau mesin pengeluar duit (ATM). Pekan Bekenu terletak 50 minit perjalan daripada Bandaraya Miri dan pekan Niah. Terdapat banyak perniagaan yagn dijalankan di pekan Bekenu antaranya kedai keperluan asas, kedai makan, kedai motosikal, kedai pakaian dan stesen-stesen minyak. Bekenu juga dikenali sebagai sebuah kawasan nelayan dan perusahaan kelapa sawit.


Atas faktor-faktor tersebut, menjadikan satu keperluan yang mendesak kepada penduduk-penduduk di sekitar Bekenu untuk diberikan kemudahan bank atau sebuah mesin pengeluar duit. Pemuda PAS Sarawak meminta dan mendesak ahli parlimen Sibuti atau ahli dewan undangan negeri Bekenu untuk memastikan agar kemudahan tersebut dapat disediakan kepada penduduk di Bekenu.

“Kami merasa cukup simpati dengan keadaan di sini dimana penduduk di sini terpaksa pergi ke Miri atau Niah yang terletak hampir sejam perjalanan hanya untuk mengambil duit di bank atau mesin ATM. Perkara ini cukup kita kesali kerana kemudahan seumpama ini pun tidak mampu untuk diperjuangkan oleh wakil rakyat terbabit”, kata Mohammad Arifiriazul (Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Miri). Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan lebih 40 orang pemuda di Bekenu dan rangka lawatan penubuhan PAS di kawasan Bekenu.

Beliau menambah, “Dengan wujudnya bank atau mana-mana institusi kewangan di sini akan turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi di pekan ini. Pekan ini terdapat banyak perniagaan dan merupakan antara tempat pelancongan yang berpotensi”.

Di sekitar kawasan Bekenu juga masih terdapat kampung-kampung yang masih belum diberikan kemudahan elektrik, air malah kemudahan jalan yang sempurna.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More