Wednesday 8 June 2011

KP Sarawak: Kabinet Sarawak, Kabinet Tanpa Orang Muda

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak melalui Ketua Pemudanya Saudara Mohammad Arifiriazul mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet Kerajaan Sarawak yang baru sahaja diisytiharkan oleh Ketua Menteri (KM), Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud pada 3hb Mei 2011 yang lepas. Kecekapan KM dalam melantik barisan menteri beliau dalam masa kurang sebulan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri. Pemuda PAS Sarawak juga mendoakan agar barisan kabinet negeri ini akan menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin dengan penuh amanah dan berintegriti.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga berpandangan bahawa pemilihan barisan kabinet baru Sarawak jelas menampakkan kelemahan BN Sarawak yang amat ketandusan pemimpin pelapis dari kalangan generasi muda Sarawak. Dalam kerancakan pembangunan negeri yang diwar-warkan sebelum ini, tentu sekali pandangan dan pendekatan golongan muda amat diperlukan dalam
memastikan kejayaan semua projek pembangunan yang cuba dilaksanakan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan KM dan BN Sarawak jelas tidak menghargai suara dan peranan penting golongan muda Sarawak dalam membangunkan negeri bertuah ini, malahan, mereka lebih selesa untuk menggunakan kemenangan ‘hebat’ mereka kali ini untuk meneruskan dominasi golongan berkepentingan agar segala penyelewengan hasil negeri dalam mandat yang lepas akan terus didiamkan dan disembunyikan. Malah, adalah tidak keterlaluan untuk kita nyatakan di sini bahawa kabinet baru Sarawak ini tidak ubah seperti kabinet boneka KM yang dianggotai oleh para menteri yang ‘loyalists’ dan ‘yes men’ kepada beliau. Ini sememangnya satu kerugian besar kepada negeri dan rakyat Sarawak seluruhnya.

Kenyataan KM yang menyebut beliau belum bersedia untuk merombak kabinet negeri adalah satu lagi petanda bahawa janji beliau untuk berundur selepas pilihanraya negeri yang lepas hanyalah gimik politik semata-mata. DPPNS berasa kesal dengan permainan politik kolot KM yang lebih mementingkan kedudukan peribadi beliau sebagai pemimpin tertinggi BN Sarawak tanpa melihat kepada kepentingan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain dalam BN untuk berkhidmat, khususnya dari kalangan pemimpin-pemimpin muda. Bagi Pemuda PAS Sarawak, ini sebenarnya adalah cerminan ketakutan BN Sarawak kepada Kabinet Bayangan PR Sarawak yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berwibawa dan kebanyakannya dari generasi profesional muda Sarawak.

Pemuda PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pejuang rakyat yang bakal beraksi di sidang DUN Sarawak tidak lama lagi. Semoga kepercayaan rakyat kepada kita dan Pakatan Rakyat digunakan sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman selaras dengan ajaran agung Islam. Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak akan terus memberi komitmen yang tertinggi dalam memastikan segala kepentingan rakyat Sarawak dibela dan dipertahankan.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sarawak PAS Youth would like to congratulate Sarawak’s new cabinet which was recently announced by Chief Minister (CM), Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud last Tuesday. This efficient move is indeed commendable in order to ensure a smooth post-election transition and thus, an effective state administration. We also hope that the newly-appointed ministers will be able to play their role as leaders of the people with uprightness and integrity.


At the same time, Sarawak PAS Youth also views this new cabinet with a hint of cynicism. As we are all aware from the announcement, it is clear that Sarawak BN is indeed in deficit of young, talented leaders. In light of all the mega-development initiatives as declared, there is an urgent need for Sarawak’s youth population to be involved with the state development programmes at all levels, not only at the bottom receiving end, but more importantly, at the state leadership level. Their fresh views and vibrant approaches are pivotal to make the success of the projects, a reality. In fact, this ‘cabinet of oldies’ is a vivid sign from BN Sarawak that it does not care and does not appreciate the importance of young Sarawakians in developing the state. In contrast, Sarawak BN seems to be more interested in retaining the domination of the few notoriously self-centred politicians simply to ensure that the various cases of corruption and abuse of power that have tainted their rather long reign in the state, could be silenced and concealed. It is even inexcessive to say here that, Sarawak’s new cabinet is indeed a ‘puppet’ cabinet manned by those who are loyalists and ‘yes men’ to the current CM. And indeed, this is a tragic loss to the state and to the people of Sarawak as a whole.

Sarawak PAS Youth also opines that CM’s subsequent statement which says he is not yet ready to reshuffle his cabinet is another omen that his promise to resign after the state election is nothing more than a cheap political gimmick. We are very disappointed with CM’s antiquated political game which is very much Machiavellian and self-centred at the expense of giving the opportunity for new leaders within Sarawak BN to further flourish in service of the state. For us in PAS Youth, we are confident that this is in actuality, the reflection of BN’s fear and panic towards the highly credible, PR Shadow Cabinet which also consists of many talented, young Sarawakian professionals.

Sarawak PAS Youth would like to take this prime opportunity in wishing all the best to all ‘pejuang rakyat’ who will be relentlessly voicing-out Sarawakians’ concerns and issues in the coming Sarawak’s DUN seating. We pray and hope that, with the solid trust that the rakyat has given us, we will give our level best and put our fullest endeavour to uphold justice and eliminate corruption which are in fact, at the core of our great faith, Islam. At the same time, DPPNS further affirms our commitment in fighting for the needs of the Sarawak people.

PAS FOR ALL
Sarawak PAS Youth Chief

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More