Monday 13 February 2012

TAHNIAH KERANA TOLAK UMNO DI SARAWAK

Usaha yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak tidak mendapat restu untuk memasuki  negeri Sarawak. Persoalan timbul, kenapa jawatankuasa ini ditubuhkan? adakah mereka melihat Sarawak merupakan talian hayat bagi mereka untuk terus mentadbir Putrajaya. Pada hari ini terlalui banyak pendedahan berkaitan penyelewengan, penipuan, dan pelbagai kes rasuah yang berlaku yangbersekitar pimpinan UMNO.

Dewan Pemuda PAS Sarawak mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana  tidak menyokong penubuhan UMNO cawangan Sarawak. Rakyat Sarawak telah membuat keputusan yang baik untuk kepentingan rakyat tempatan. UMNO bercita-cita tinggi untuk menetap di Sarawak kerana melihat pada keputusan pilihanraya negeri dan pilihanraya umum yang lepas. Negeri Sarawak merupakan deposit untuk Barisan Nasional memenangi pilihanraya raya lepas. Justeru tidak mustahil UMNO ingin meneruskan penguasaan di Putra jaya dengan mencari peluang di Negeri Sarawak setelah ditolak oleh 5 negeri pakatan rakyat.Selain itu DEWAN PEMUDA PAS SARAWAK mengucapkan terima kasih sebab telah menerima keberadaan Parti Islam Semalaysia PAS bertapak di negeri Sarawak dan melihatkan perkembangan positif, rakyat Sarawak boleh menerima keberadaan PAS di negeri ini tetapi tidak UMNO

Negeri lain juga perlu mengikuti  jejak langkah Sarawak menolak UMNO kerana kepincangan dan penyelewengan yang realitinya berlaku dalam pentadbiran mereka. RAKYAT SARAWAK JUGA DISERU AGAR MENOLAK PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE -13 INI KERANA SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI UNTUK MENJADI KERAJAAN PADA MASA YANG AKAN DATANG.
JUH UBAH LAGI KITA……..

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More