Thursday 23 February 2012

KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK MESEJ KEPADA PEMUDA PBB: ISRAEL ADALAH SEBUAH NEGARA YANG TIDAK SAH

     Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menegaskan sokongan kami yang tidak berbelah-bahagi kepada ketetapan dan pendirian yang telah diambil oleh Mursyidul-Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah. Ini adalah kerana Negara tersebut didirikan melalui perampasan tanah air rakyat Palestin yang terdiri daripada orang Islam dan Kristian pada tahun 1948.Ini secara asasnya, menjadikan Israel sebuah kuasa penjajah dan sebarang penentangan terhadap penjajahan ganas Israel itu sebagai sesuatu yang sah dan perlu diberi sokongan antarabangsa.

     Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak keseorangan dalam menyatakan pendirian ini kerana, ketetapan yang serupa telah dipersetujui oleh semua ulama’ muktabar sedunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari Mesir dan Dr WahbahAz-Zuhailidari Syria. Pemuda PAS Sarawak menyokong penuh pendirian ini kerana rejim Israel telah menumpahkan begitu banyak darah rakyat Palestin yang tidak bersalah baik yang Muslim mahupun yang Kristian sepanjang penjajahan mereka di BumiSuci ini. Dalam masa yang sama, Israel juga tidak pernah menyesali kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin dan terus-menerus melanggari ketetapan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tanpa mengendahkan tekanan masyarakat dunia.

     Pemuda PAS Sarawak juga ingin memperingatkan Pemuda PBB supaya mendesak pemimpin-pemimpin pemuda BN khususnya, KetuaPemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menarik balik kenyataan beliau yang menyokong aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel. Daripada rekod yang kami perolehi, terdapat bukti yang kuat bahawa aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Israel adalah amat aktif sepanjang pentadbiran BN. Berdasarkan satu laporan oleh Kesatuan Eropah, Malaysia adalah rakan dagang ke-15 paling besar untuk negara Israel. Ini menunjukkan ketidak prihatinan kerajaan BN terhadap sensitivity umat yang amat bersimpati kepada perjuangan Palestin. Ia juga adalah satu bukti tuntas sifat hipokrasi dan bermuka-muka BN semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka yang sempit.

     Dalam masa yang sama, kami merasakan Naib Ketua Pemuda PBB telah membuat kenyataan yang melucukan apabila beliau cuba berspekulasi tentang masa depan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Tuan Guru adalah asset Utama kepada PAS dan pada hakikatnya, Tuan Guru adalahMursyidul-Am bukan sahaja untuk PAS malahan untuk Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Pendirian teguh PAS berkenaan pejuangan Palestin tidak pernah berubah dan sokongan padu kami kepada pembebasan Palestin daripada penjajahan haram Israel tidak pernah pudar. Bagi PAS, perjuangan Palestin adalah satu perjuangan suci untuk menegakkan keadilan dan membawa keamanan yang sebenar kepada semua rakyat Palestin.


MOHAMMAD ARIFIRIAZUL BIN PAIJO
KetuaPemuda PAS Sarawak

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More