Wednesday 2 November 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bintulu (DPPKB) tuntut kesungguhan pihak Polis dan wakil rakyat untuk menyelesaikan kes kehilangan adik Siti Nor Hajar


Bintulu- 3 November 2011, Dewan Pemuda Pas Kawasan Bintulu (DPPKB) tuntut kesungguhan pihak Polis dan wakil rakyat untuk menyelesaikan kes kehilangan adik Siti Nor Hajar. DPPKB pada pagi ini telah berkunjung menziarahi keluarga adik Siti Nor Hajar. Kunjungan mereka pada awal pagi ini tadi adalah untuk mengucapkan takziah di atas pemergian anakanda tercinta mereka. Sungguhpun Kedua-dua ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana masih lagi berada di Hospital Bintulu atas urusan janazah Allahyarham.
Pemuda Pas pada hari ini merasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengulas dengan lebih lanjut sejurus sahaja pihak Polis akan mengeluarkan kenyataan mereka selepas “Post moterm” keatas mayat adik Siti Nor Hajar. Namun, Pemuda Pas kini nekad untuk menuntut kepada pihak Polis agar menyiasat kes ini dengan sebaiknya dan bukan hanya membiarkan sahaja.
“ ini adalah kes pertama yang hanya saya boleh katakan “misteri”, Saya dan DPPKB akan mendesak pihak Polis untuk meyiasat kes ini selanjutnya.” Kata Ketua Pemuda DPPKB, Zharudin Narudin. DPPKB juga menggesa pihak Polis menunjukkan kesungguhan menyiasat kes ini kerana bimbang ianya akan berulang lagi.
“Kalau dahulu kita hanya mendengarnya di berita TV dan akhbar tentang Kes kehilangan di semenanjung Malaysia, tapi kini ianya berlaku di depan mata kita di bintulu ini.” Ujar Zharudin Narudin lagi. DPPK juga menggesa wakil rakyat untuk turun padang dan bukannya hanya duduk di bilik hawa dingin tanpa sebarang bantuan! Jangan sekali-kali kita membiarkan keadaan sebegini berlaku di kawasan kita ini lagi, DPPKB juga mengingatkan agar masyarakat Bintulu khasnya agar sentiasa mengawasi keselamatan anak-anak mereka. DPPKB juga menyifatkan inilah kemajuan yang dibawa olah Barisan Nasional, biarpun mereka angkuh dengan pembianaan projek-projek besar dan angan-angan tinggi untuk melaksanakan projek mega tetapi mereka alpa dan lalai akan kebajikan rakyat sendiri dan hanya meletakkan kesalahan itu kembali kepada rakyat sahaja.
DPPKB tidak akan membiarkan rakyat Bintulu dilamun kes-kes misteri mahupun jenayah lagi, dan ini sudah pasti kerana DPPKB sentiasa nekad membantu rakyat Bintulu demi kesejahteran dan kebajikan semua. Pada malam ini juga DPPKB dan Dewan Muslimat PAS Bintulu (DMPB) akan berkunjung ziarah dan mendengar luahan ahli keluarga mereka lagi sebelum DPPKB membuat tuntutan kepada pihak Polis.
Zharudin Narudin;
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bintulu

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More