Tuesday 18 October 2011

Futsal Terbuka Miri anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri

Miri, 16 Oktober- Lebih 300 anak muda hadir ke program Futsal Terbuka Miri anjuran Dewan Pemuda PAS Miri yang diadakan di Borneo Futsal, Miri. Program tersebut, dengan bertemakan “Orang Muda Geng Kamek” telah berjaya menarik anak muda daripada pelbagai kaum, dari seluruh Miri. Program ini dengan objektif memupuk budaya sihat di kalangan anak muda mendapat sambutan luar jangkaan daripada anak-anak muda.
Sebanyak 25 pasukan telah mengambil bahagian dalam program selama 2 hari tersebut. Paling menarik, pasukan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kampung Pasir juga mengambil bahagian dengan memakai jersi hijau, dan PKR dengan memakai jersi biru. Seluruh kepimpinan PAS Miri, diketuai Yang diPertua PAS Miri, Hj Jofri hadir bagi menunjukkan sokongan kepada program anak muda di samping bermesra dengan anak muda yang hadir.

Pasukan Dewan Himpunan PAS Miri, daripada kaum Iban
Futsal Terbuka Miri kali ini menyaksikan pasukan Jukako1 telah berjaya menewaskan pasukan Nebraska di perlawanan akhir. Untuk tempat ketiga, pasukan Taman Tunku berjaya menewaskan pasukan Bajet 50 sen.

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Sdr Arifriazul dalam ucapan beliau, mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Tiada insiden pergaduhan atau kekasaran sepanjang perjalanan program menunjukkan anak muda Miri merupakan anak muda yang matang. Beliau juga mengajak anak muda untuk bersama-sama Pemuda PAS Sarawak dalam usaha membangunkan anak muda di seluruh Sarawak. Dewan Pemuda PAS Sarawak melalui Jabatan Budaya, Seni dan Sukan akan terus menganjurkan program-program berbentuk sukan dan budaya kepada anak muda.

Johan bersama hadiah tempat pertama
“Anak muda dijemput menyertai Kelab Jabatan Budaya, Seni dan Sukan (Department of Art, Culture and Sports) Dewan Pemuda PAS Sarawak untuk sama-sama menyertai program-program yang dianjurkan, walaupun tidak menyertai PAS sebagai ahli” ujar Arifriazul dalam ucapannya.

Ketua Pemuda PAS Miri, menyatakan rasa gembira dengan sambutan yang hangat ke atas program ini, “Ini menunjukkan PAS bukan lagi entiti yang ditakuti oleh anak muda” ucap Husni yang ditemui selepas program.

Salah seorang peserta mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS atas penganjuran program futsal ini.

“Ini menunjukkan PAS bukan hanya parti politik semata-mata, malah juga sesuai untuk anak muda melalui program-program sukan sebegini. Program juga dijalankan dengan semangat setiakawan dan kesukanan yang tinggi. Ini harus dipuji” kata Nazri, salah seorang peserta yang mengambil bahagian.

Program tersebut, yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Miri, mendapat sokongan padu ADUN Piasau, YB Alan Ling yang turut sama hadir memeriahkan program.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More