Monday 2 January 2012

PEMUDA PAS SARAWAK : SINAR KEBANGKITAN TAHUN 2012


Sedar tidak sedar, kini tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirai masanya. Tahun 2012 pula akan memulakan pusingan masanya menggantikan sorotan waktu lalu yang tidak mungkin akan berundur semula.

Mengimbau kembali detik lintasan tahun 2011 yang lepas, Dewan Pemuda PAS Sarawak mengharungi banyak pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan sebagai pengajaran dan bekalan ilmu di masa akan datang.

IMPAK 2.0 yang dirasmikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz

Sepanjang tahun 2011, banyak aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Sarawak bagi merancakkan lagi suasana politik Malaysia khususnya di Sarawak. Antara program rasmi yang menjadi sejarah penting yang berlaku pada tahun 2011 ialah :

1. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-13
2. Isu Hak Tanah Adat Rakyat Sarawak (HAK 2011)
3. Muktamar Pemuda PAS Sarawk Ke-7
4. Ijtima’ Pemuda PAS Sarawak (IMPAK 2.0)

Usrah riadah pemuda

Selain itu, aktiviti dalaman parti di setiap kawasan juga diperkasakan bagi menguatkan ruh tarbiyah setiap ahli gerakan yang bertungkus lumus dalam menggerakkan parti.

Edaran bubur lambuk kepada masyarakat

Juga, aktiviti kemasyarakatan diperhebatkan di setiap kawasan untuk mendekatkan diri kepada rakyat dan secara langsung memperkenalkan PAS adalah sebuah parti yang mesra rakyat. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti:


1. Siarah ukhuwah
2.            2.  Sumbangan kepada fakir miskin
3.            3Edaran bubur lambuk dan lain-lain lagi.


Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diusahakan secara semaksima mungkin untuk memastikan bahawa objektif sebenar yang ingin dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Sarawak dapat dipamerkan kepada rakyat Sarawak secara langsung.

Dewan Pemuda PAS Sarawak berharap agar tahun 2011 menjadi tahun yang bermanfaat dan semakin mematangkan Pemuda PAS untuk tahun yang mendatang. Mudah-mudahan segala usaha murni yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Sarawak terus disokong oleh rakyat dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Menjelang tahun baru 2012 yang mula menjengah ini, Dewan Pemuda PAS Sarawak akan menjanjikan kejutan yang lebih istimewa dari tahun sebelumnya terutama dalam usaha untuk menguasai media massa Sarawak.

Akhir kata, salam mahabbah. Bersama menuju ke Negara Berkebajikan.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More