Sunday 29 January 2012

OPS Banjir DPPKPJ



SEBUYAU, 28 Jan. : Dewan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya  (DPPKPJ) bersama PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan program Ops Banjir di Rumah Panjang Lunying,Sebuyau diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Ustaz Nazri bersama 18 Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Petra Jaya & PAS Kawasan Petra Jaya.

Menurut wakil PAS di kawasan tersebut, Saudara Betty & Saudara Jelani, penduduk rumah panjang mengalami kerugian akibat banjir kerana baja serta alatan-alatan berkebun yang lain dihanyutkan oleh banjir tersebut.

Naib Ketua Pemuda PAS Petra Jaya selaku pengarah program, Ustaz Nazri berkata, program turun padang serta ziarah ini adalah program rentetan daripada musibah banjir yang berlaku pada penghujung tahun 2011 sehingga awal tahun 2012.

“Pemuda PAS Petra Jaya sentiasa cakna dengan permasalahan rakyat dan akan cuba membantu sedaya upaya permasalahan rakyat dalam kawasan Batang Lupar."

“ Kita telah menyampaikan sumbangan kepada 39 buah keluarga berupa barangan keperluan harian.” sambungnya lagi.

Sementara itu, Yang Di Pertua PAS Petra Jaya merangkap Pesuruh Jaya Pas Negeri Sarawak, Haji Adam Ahid memuji usaha ziarah kebajikan yang dilakukan oleh Pemuda PAS Petra Jaya.

Beliau yang turut hadir dalam program tersebut sempat menyentuh & menerangkan sedikit sebanyak mengenai konsep Negara Berkebajikan supaya tidak wujud salah faham mengenai konsep ini kepada masyarakat Iban di Rumah Panjang tersebut.


“ Program ziarah ini sangat baik untuk mendekati masyarakat . Malah, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di sini.

''Saya harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebagai merealisasikan konsep Negara Kebajikan '' katanya.

Rombongan DPPKPJ sampai di Rumah Panjang Lunying, Sebuyau.

Antara penduduk yang hadir

YDP PAS Kawasan Petra Jaya menyampaikan sedikit ucapan kepada penduduk di Rumah Panjang Lunying,Sebuyau


 Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya  menyantuni kanak-kanak yang turut hadir.

 Haji Adam Ahid menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada salah seorang ketua keluarga.


Bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat balik ke Kuching.



0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More