Tuesday, 27 December 2011

Bahaya menanti Penduduk Kampung Sebuyau

SEBUYAU: Hasil maklumat semasa yang diterima oleh Dewan Pemuda PAS Negeri baru-baru ini,kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sebuyau di sini, diancam bahaya selepas benteng penahan ombak sepanjang satu kilometer pecah dilanda air pasang besar dan ombak setinggi kira-kira lima meter sejak dua hari lalu. 

Ketua Kaum Kampung Sebuyau Baru, Sapiee Wasli, berkata kerosakan pada benteng batu dan konkrit menyebabkan ombak besar dan air pasang membanjiri kampung dan menjejaskan pasar, sebuah Pusat GiatMara serta dua sekolah rendah berdekatan.



"Kejadian paling teruk berlaku dua malam yang lalu sehingga menyebabkan kami penduduk kampung tidak dapat tidur lena kerana ombak masuk ke rumah selepas benteng yang terletak hanya kurang 10 meter dari kampung kami itu pecah," katanya.

Katanya, akibat kejadian, beberapa buah rumah tenggelam selain kerosakan harta benda penduduk seperti kenderaan. 

"Paras air naik dengan begitu cepat sehingga penduduk tidak dapat berbuat apa-apa dan keadaan bertambah buruk selepas bekalan elektrik turut terputus sejak malam kelmarin," kata Sapiee. 

"Ketika ini penduduk yang terjejas terpaksa berpindah ke sebuah surau berdekatan selain ada yang berpindah ke sebuah sekolah rendah bantuan kerana masih lagi bimbang dengan ancaman ombak besar," katanya. 



Hari ini, Pemuda PAS Kawasan Petrajaya akan mula bergerak ke kawasan yang dilanda ombak besar untuk memberikan pertolongan yang semaksimanya dalam usaha membantu penduduk yang ditimpa bencana alam ini.

Kedudukan Sebuyau di muara Sungai Batang Lupar dan menghadap Laut China Selatan menyebabkan kampung itu sentiasa berdepan ancaman ombak besar dan arus air yang deras.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More