Selamat Datang

Blog Rasmi Pemuda PAS Sarawak

Anak Muda Memimpin Kebangkitan!

Ayuh anak muda Malaysia,kita buktikan!

Friday, 13 January 2012

Konvensyen Pakatan Rakyat Di Kedah Darul Aman..

Assalammualaikum.
Ikuti siaran langsung melalui link http://amantv.net/, siaran langsung perjalanan konvensyen pakatan rakyat.

saudara dan saudari sekalian, inilah medium yang ada untuk Pakatan rakayat untuk menyampaikan apa yang mereka rancang dan ingin laksanakan untuk rakyat. Jika kita selalu menilai melaui berita TV dan Surat khabar milik barisan nasional. Maka tidak salah untuk mendengar sendiri apa yang ingin disampaikan dalam konvensyen ini.

Orang Mudak Sarawak diwakili Oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri sarawak. saudara:
http://www.facebook.com/#!/arifiriazul

ORANG MUDAK GENG KITA! JOM BEBASKAN RAKYAT DARI CENGKAMAN GENG KUKU BESI!!!!

Wednesday, 11 January 2012

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan : PAS Sarawak menyambut baik keputusan mahkamah

Dewan Pemuda PAS Sarawak hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah di atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Dari segi undang-undang memang didapati bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang tidak bersalah kerana bukti yang ditunjukkan tidak mencukupi iaitu DNA dan oral- lisan yang mana tidak boleh disabitkan kesalahan.

Jesteru itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak melihat bahawa isu ini seharusnya diperjuangkan bukan atas dasar semata-mata Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan ketua pembangkang tetapi beliau adalah merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bersuara dan mempertahankan dirinya.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, siapakah yang sebenarnya meliwat Saiful Bukhari setelah keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah setelah hampir 3 tahun kes ini dibicarakan.

Monday, 2 January 2012

PEMUDA PAS SARAWAK : SINAR KEBANGKITAN TAHUN 2012


Sedar tidak sedar, kini tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirai masanya. Tahun 2012 pula akan memulakan pusingan masanya menggantikan sorotan waktu lalu yang tidak mungkin akan berundur semula.

Mengimbau kembali detik lintasan tahun 2011 yang lepas, Dewan Pemuda PAS Sarawak mengharungi banyak pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan sebagai pengajaran dan bekalan ilmu di masa akan datang.

IMPAK 2.0 yang dirasmikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz

Sepanjang tahun 2011, banyak aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Sarawak bagi merancakkan lagi suasana politik Malaysia khususnya di Sarawak. Antara program rasmi yang menjadi sejarah penting yang berlaku pada tahun 2011 ialah :

1. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-13
2. Isu Hak Tanah Adat Rakyat Sarawak (HAK 2011)
3. Muktamar Pemuda PAS Sarawk Ke-7
4. Ijtima’ Pemuda PAS Sarawak (IMPAK 2.0)

Usrah riadah pemuda

Selain itu, aktiviti dalaman parti di setiap kawasan juga diperkasakan bagi menguatkan ruh tarbiyah setiap ahli gerakan yang bertungkus lumus dalam menggerakkan parti.

Edaran bubur lambuk kepada masyarakat

Juga, aktiviti kemasyarakatan diperhebatkan di setiap kawasan untuk mendekatkan diri kepada rakyat dan secara langsung memperkenalkan PAS adalah sebuah parti yang mesra rakyat. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti:


1. Siarah ukhuwah
2.            2.  Sumbangan kepada fakir miskin
3.            3Edaran bubur lambuk dan lain-lain lagi.


Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diusahakan secara semaksima mungkin untuk memastikan bahawa objektif sebenar yang ingin dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Sarawak dapat dipamerkan kepada rakyat Sarawak secara langsung.

Dewan Pemuda PAS Sarawak berharap agar tahun 2011 menjadi tahun yang bermanfaat dan semakin mematangkan Pemuda PAS untuk tahun yang mendatang. Mudah-mudahan segala usaha murni yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Sarawak terus disokong oleh rakyat dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Menjelang tahun baru 2012 yang mula menjengah ini, Dewan Pemuda PAS Sarawak akan menjanjikan kejutan yang lebih istimewa dari tahun sebelumnya terutama dalam usaha untuk menguasai media massa Sarawak.

Akhir kata, salam mahabbah. Bersama menuju ke Negara Berkebajikan.

Tuesday, 27 December 2011

Bahaya menanti Penduduk Kampung Sebuyau

SEBUYAU: Hasil maklumat semasa yang diterima oleh Dewan Pemuda PAS Negeri baru-baru ini,kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sebuyau di sini, diancam bahaya selepas benteng penahan ombak sepanjang satu kilometer pecah dilanda air pasang besar dan ombak setinggi kira-kira lima meter sejak dua hari lalu. 

Ketua Kaum Kampung Sebuyau Baru, Sapiee Wasli, berkata kerosakan pada benteng batu dan konkrit menyebabkan ombak besar dan air pasang membanjiri kampung dan menjejaskan pasar, sebuah Pusat GiatMara serta dua sekolah rendah berdekatan.



"Kejadian paling teruk berlaku dua malam yang lalu sehingga menyebabkan kami penduduk kampung tidak dapat tidur lena kerana ombak masuk ke rumah selepas benteng yang terletak hanya kurang 10 meter dari kampung kami itu pecah," katanya.

Katanya, akibat kejadian, beberapa buah rumah tenggelam selain kerosakan harta benda penduduk seperti kenderaan. 

"Paras air naik dengan begitu cepat sehingga penduduk tidak dapat berbuat apa-apa dan keadaan bertambah buruk selepas bekalan elektrik turut terputus sejak malam kelmarin," kata Sapiee. 

"Ketika ini penduduk yang terjejas terpaksa berpindah ke sebuah surau berdekatan selain ada yang berpindah ke sebuah sekolah rendah bantuan kerana masih lagi bimbang dengan ancaman ombak besar," katanya. 



Hari ini, Pemuda PAS Kawasan Petrajaya akan mula bergerak ke kawasan yang dilanda ombak besar untuk memberikan pertolongan yang semaksimanya dalam usaha membantu penduduk yang ditimpa bencana alam ini.

Kedudukan Sebuyau di muara Sungai Batang Lupar dan menghadap Laut China Selatan menyebabkan kampung itu sentiasa berdepan ancaman ombak besar dan arus air yang deras.

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More