Friday, 7 October 2011

Bajet 2012 Tidak Menyeluruh dan Bersifat Defensif

Kuching-08 Oktober 2011 . Bajet tidak menyeluruh dan menyentuh hati rakyat, begitulah yang disifatkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) dan tidak terkejut dengan pengumuman Bajet 2012 oleh Perdana Menteri semalam, kerana ia bersifat defensif dan ingin menyelamatkan kedudukan Barisan Nasional yang kini terdesak dengan pelbagai isu yang dirungkai oleh rakyat Malaysia. Mereka sudah tiada pilihan lain untuk menyelamatkan kedudukan mereka melainkan dengan mengumumkan bajet yang sebenarnya tidak menyuluruh dan menyentuh segenap masyarakat terutamanya golongan muda. 

Adalah tidak dinafikan juga bajet besifat berulang dari kerajaan itu sebenarnya adalah tidak lebih hanya ingin memancing undi dari golongan tertentu  antara ialah bantuan kepada bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seramai 4,300 orang inipun diberi secara one-off. Dimanakah peruntukan untuk golongan muda? Yang jelas dan secara langsung menyentuh semua lapisan golongan muda di Negara ini kerana tidak Nampak bagaimanakah semua peruntukan tersebut diagihkan seperti sebelum ini. Yang jelas sehingga kini ramai lagi dari golongan diatas tidak merasa peruntukan tersebut sperti yang sedia ada sebelum ini.

Bajet semalam juga cuba menambah bebanan golongan muda dan berpendapatan rendah dan sederhana dengan meningkatkan jumlah pinjaman rumah pertama kepada RM400 ribu daripada RM200 ribu. Dala masa yang sama tahap pendapatan rakyat  masih sama dan akan meningkatkan jumlah hutang rakyat dan membebankan rakyat. Selain daripada itu PM juga cuba menyelitkan atau menemplak Pakatan rakyat melelui isu-isu tertentu tetapi tidak berhasil kerana rakyat sebenarnya ingin mendengar pengumuman bajet bukannya ceramah yang mengutuk pembangkang dan juga “angkat bakul sendiri” walaupun sebenarnya pembaharuan dalam beberapa perkara yang diumumkan oleh BN itu sebenarnya daripada Pakatan Rakyat yang juga rakyat Malaysia.

Selain itu, peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak juga tidak menyeluruh, hanya sekadar memberi dan meneruskan peruntukan Jalan raya dan memperbaharui peruntukan koridor tenaga. Semua perkara ini jelas hanya akan menguntungkan wakil rakyat daripada rakyat itu sendiri yang menikmatinya. Perkara-perkara tersebut bukanlah baru bagi rakyat Sarawak, kerana kesusahan rakyat Sarawak telah lama mereka rasai sendiri walaupun peruntukan disediakan. Jelas inilah peruntukan yang tidak adil dan menyeluruh. DPPNS juga mohon penjelasan adakah ini yang dikatakan bajet transformasi untuk rakyat? Maka DPPNS berpendapat, Bajet Pakatan Rakyat adalah lebih baik dan menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Zharudin Narudin
Ketua Penerangan DPPNS

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More