Tuesday 30 October 2012

BELANJAWAN 2013 TIDAK PEKA KEPERLUAN KHUSUS SARAWAK



KENYATAAN MEDIA RASMI

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SARWAK

Perdana Menteri Malaysia baru sahaja membentangkan Belanjawan Malaysia 2013 dengan tema Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Detepati. Pemuda PAS Sarawak melihat belanjawan yang telah

dibentangkan oleh Perdana Menteri ini sebabai belanjawan yang tidak Peka dengan keperluan mendesak rakyat Sarawak. dengan bajet keseluruhan sebanyak rm251.6 billion, sarawak hanya memperolehi:
  1. Peruntukan bagi membiayai 40,000 tong simpanan air dengan peruntukan sebanyak RM100 juta ke kawasan pedalaman Sarawak dilihat sebagai suatu usaha yang tidak holistik terhadap memenuhi keperluan rakyat Sarawak di pedalaman yang memerlukan bekalan air bersih terus ke rumah. Usaha ini seumpama melepaskan batuk ditangga dengan hanya memberikan suatu penyelesaian bersifat sementara tahun demi tahun. Peruntukan seumpama ini menunjukkan suatu petanda jelas bahawa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN masih buntu dalam memberi suatu penyelesaian konkrit bagi keperluan rakyat Sarawak di pedalaman.
  2. Sebagai contoh di kawasan Pulau Bruit di dalam parlimen Tanjung Manis. Pada tahun 1997 telah diumumkan untuk diadakan projek pimbanaan tali air bagi tujuan penyediaan sumber air kepada penduduk di kawasan tersebut. Namun sehingga ke tahun ini hanya tali air yang ada namun ia tidak mengalirkan air bagi menjadi sumber air kepada penduduk di kawasan tersebut.
  3. Di dalam Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri tiada suatu peruntukan khusus terhadap pembangunan infrastruktur di Sarawak dan Sabah walaupun umum sedia maklum bahawa Sarawak serta Sabah masih lagi memerlukan suntikan dana yang banyak bagi pembangunan infrastruktur asas terutama jaringan jalan raya. Berbeza dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat meletakkan khusus satu peruntukan khusus bagi pemulaan projek Lebuhraya Pan Borneo. Kami yakin bahawa dengan pembinaan satu lebuh yang yang baik di Sarawak dan Sabah bakal merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Sarawak. 
  4. Kami juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan persekutuan untuk membuat penilaian semula terhadap royalti minyak dan gas yang diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas. Royalti sebanyak 5% itu merupakan nilaian yang diambil kira pada tahun 1970an dan perlu ditambah paling minima 15% lagi menjadi 20% seperti mana yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Ini merupakan nilaian yang munasabah dengan mengambil kira sekarang negeri-negeri pengeluar minyak ini di antara negeri yang dikategorikan masih terkebelakang dari infrastruktur asas dan miskin. 
  5. Jelas, selama setahun akan datang Jika BN masih lagi memerintah, Sarawak masih lagi berada dalam keadaan sekarang malah mungkin lebih teruk kerana tiada suntikan dana untuk kemajuan fizikal dan sosial masyarakat disediakan. Rakyat perlu berfikir dengan membandingkan bajet PR dan BN yang mana satu memberi dan membantu rakyat secara berterusan dan yang mana pula memberi dan membantu secara “once-off”. 
  6. Secara kesimpulannya Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan pada kali ini masih lagi bernada yang sama dan tiada pembaharuan khusus melainkan dilihat sebagai belanjawan pilihanraya apabila banyak insentif "once off" seperti pemberian BR1M, bantuan kepada mereka yang bujang dan rebat RM200 terhadap pembelian talifon pintar. Sekali lagi kami tegaskan bahawa Sarawak dan Sabah masih lagi terpinggir di dalam belanjawan ini mungkin atas sebb BN melihat bahawa Sarawak dan Sabah masih lagi sebagai simpanan tetap BN.
Mohammad Arifiriazul,
Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak
arifiriazul@pas.org.my

0 comments:

Post a Comment

Pautan Popular

Blog Ketua Pemuda PAS Malaysia

Pengunjung

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More